Menurut Syeikh Daud al-Fathani di dalam Tarikh Fathani, negeri Langkasuka itu asalnya adalah Kedah dan Pattani, takluknya meliputi Ligor (Nakhorn Si Thammarat), Senggora (Songkhla), Jaya (Chaiya), dan ke selatan sehingga ke mulut tanjung yakni Temasek (Singapura). Inilah asal-muasal negeri Melayu lama. Langkasuka di Pattani itu dikatakan wujud pada tahun 200 masihi oleh orang-orang Cina manakala yang di Kedah dinyatakan telah wujud lama sebelum masihi dikunjungi oleh orang-orang Cina.
Syeikh Daud juga menyatakan orang-orang Cina pada masanya menyatakan bahawa Langkasuka itu adalah negeri yang sama dengan Chih Tu dan ia terletak di atas salah satu daripada tiga pulau-pulau yang dinamakan Langkasuka.
Hal ini bermakna catatan yang siap dikumpul pada tahun 1811 ini menepati catatan Sui Shih bahawa sempadan Chih Tu bermula di Pulau Sangkar Ayam di Chumpon berdekatan Jaya. Di pedalamannya kelihatan pergunungan Langkasuka, yakni banjaran yang berada di sebelah selatan Banjaran Tenasserim, memanjang sehingga ke Perlis dipanggil Banjaran Nagara (Nakhorn atau Nakawan).
Kapal Sui kemudian ditunda oleh 30 kapal Chih Tu ke ibukota Chih Tu di Pattani dalam tempoh satu bulan.
Langkasuka di Pattani yang bermula selewat-lewat tahun 200 masihi diperincikan oleh Syeikh Daud telah beberapa kali bertukar agama daripada Hindu kepada Buddha dan dalam catatan Sui lawatan pada abad ke-enam masihi agama di sana dinyatakan mempunyai asas Buddhisme dengan pengaruh kultus Brahmin Hindu yang kuat. Adat-istiadat istana dipegang oleh mereka ini. Cuma menariknya dalam tahun 400-an masihi, Syeikh Daud menyatakan bahawa disamping orang Melayu mula dipengaruhi dakyah agama-agama keIndiaan, mereka juga mendapati wujud masyarakat luar yang datang dengan agama Majusi, agama Nabi Isa dan agama Nabi Musa, kebanyakannya datang dari Teluk Parsi dan Hadhramaut-Yaman. Buddhisme dinyatakan telah masuk pertama kalinya ke Langkasuka sebelum meresap ke China.
Keturunan asal-muasal raja Langkasuka dipanggil Mahawangsa kemudian dalam tahun 750-an telah datang anak-anak raja Sriwijaya dari dinasti Sangjayawangsa Palembang membuka negeri Jaya dan berkahwin dengan anak-anak raja Mahawangsa dan pada waktu ini baru Pattani mendapat nama dengan kisah Tok Tani. Cuma versi ini perlu dilihat kembali perkaitannya dengan versi Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat Pattani lainnya
500 tahun setelah itu yakni tahun-tahun 1200-an diriwayatkan pula satu peperangan besar antara Sriwijayawangsa dengan Sailendrawangsa di Jawa telah tercetus, dan Pattani masuk menjadi sekutu Sriwijaya dan akhirnya suatu perdamaian telah dimeterai oleh kedua-dua pihak dan pada waktu itu pengaruh Jawa mula masuk ke Semenanjung, mewujudkan tiga lapisan kebudayaan Langkasuka dengan Melayu Palembang dan Jawa Sailendra. Pada waktu itulah mula muncul permusuhan antara keluarga Melayu Islam di Pattani dan Palembang dengan keluarga Melayu yang masih Buddha di Ligor dan Jaya yang masing-masing dikatakan tidak senang dengan dakwah Islam kerana dilihat menyaingi usaha pembangunan monumen Buddha di negeri mereka. -tm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih