Sejak tahun 1990, sebanyak 34 buah negara baru tercipta. Kebanyakannya terhasil rentetan daripada pembubaran Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) dan Yugoslavia pada awal 1990-an. Beberapa buah negara lain pula terbentuk menerusi pelbagai pergerakan, seperti pergerakan anti-koloni dan pergerakan kemerdekaan sebagaimana yang berlaku pada Eritrea dan Timor Leste.

NEGARA-NEGARA DARIPADA USSR

Sejumlah lima belas negara baru meraih kemerdekaan setelah USSR dibubarkan pada tahun 1991. Kebanyakan negara ini telah pun mengisytiharkan kemerdekaan beberapa bulan sebelum Soviet Union tumbang secara rasmi:

  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Belarus
  • Estonia
  • Georgia
  • Kazakhstan
  • Kyrgyzstan
  • Latvia
  • Lithuania
  • Moldova
  • Russia
  • Tajikistan
  • Turkmenistan
  • Ukraine
  • Uzbekistan

NEGARA-NEGARA BEKAS YUGOSLAVIA
Yugoslavia dibubarkan pada awal 1990-an lalu membentuk lima buah negara merdeka:

  • 25 June 1991: Croatia dan Slovenia
  • 8 September 1991: Macedonia mengisytiharkan kemerdekaan pada tarikh ini tetapi tidak diperakui oleh Negara-Negara Bersatu sehinggalah tahun 1993, dan Amerika Syarikat serta Russia sehingga Februari 1994.

  • 29 Februari 1992: Bosnia dan Herzegovina

  • 17 April 1992: Serbia dan Montenegro, juga dikenali sebagai Persekutuan Republik Yugoslavia

NEGARA-NEGARA BARU LAIN
Tiga belas buah negara lain meraih kemerdekaan menerusi pelbagai keadaan, termasuklah pergerakan kemerdekaan:

  • 1 Mac 1990: Namibia menjadi negara Afrika Selatan. Sebelum itu, Namibia dikenali sebagai Afrika Barat Daya ketika ia merupakan wilayah Jerman.

  • 22 Mei 1990: Yaman Utara dan Yaman Selatan bergabung menjadi negara Yaman yang bersatu.

  • 3 Oktober 1990: Jerman Timur dan Jerman Barat bergabung untuk membentuk negara Jerman yang bersatu setelah tumbangnya Tirai Besi.

  • 17 September 1991: Kepulauan Marshall yang dahulunya sebahagian daripada Trust Territory of Pacific Islands (ditadbir oleh Amerika Syarikat) meraih kemerdekaan sebagai negara bekas koloni. Pada tarikh ini juga, Micronesia yang dahulunya dikenali sebagai Kepulauan Caroline turut merdeka daripada Amerika Syarikat.

  • 1 Januari 1993: Republik Czech dan Slovakia menjadi negara-negara merdeka setelah Czechoslovakia dibubarkan. Pemisahan secara aman ini juga dikenali sebagai Velvet Divorce(Penceraian Baldu), setelah Velvet Revolution (Revolusi Baldu) yang membawa kepada penamat pemerintahan komunis di Czechoslovakia.

  • 5 Mei 1993: Eritrea, yang merupakan sebahagian dari Ethiopia, menarik diri dari keanggotaan dan meraih kemerdekaan. Dua negara itu kemudian terlibat dalam sebuah peperangan yang dahsyat kerana berebutkan wilayah. Perjanjian damai akhirnya dicapai pada tahun 2018.

  • 1 Oktober 1994: Palau yang dahulunya sebahagian daripada Trust Territory of Pacific Islands(ditadbir oleh Amerika Syarikat) meraih kemerdekaan sebagai negara bekas koloni.

  • 20 Mei 2002: Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal pada tahun 1975 namun tidak merdeka dari Indonesia sehinggalah tahun 2002.

  • 3 Jun 2006: Montenegro merupakan sebahagian dari Serbia & Montenegro (juga dikenali sebagai Yugoslavia), namun meraih kemerdekaan setelah menyerahkan referendum. Dua hari kemudian, Serbia menjadi entiti tersendiri setelah Montenegro berpisah.

  • 17 Februari 2008: Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia secara sepihak. Wakil-wakil penduduk Kosovo bersepakat bahawa negara itu merdeka dari Serbia, walaupun terdapat bantahan daripada 11 orang perwakilan daripada minoriti Serbia.

  • 9 Julai 2011: Sudan Selatan secara aman memisahkan keanggotaan daripada Sudan berikutan sebuah referendum pada Januari 2011. Sudan menjadi medan kepada dua perang saudara, dan referendum tersebut diperakui dan dipersetujui hampir secara sebulat suara.

DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:

Matt Rosenberg. (11 Julai 2019). The World’s Newest Countries Since 1990. ThoughtCo. https://www.thoughtco.com/new-countries-of-the-world-1433444


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.