Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Negara Melayu Raya
Alam Melayu

Negara Melayu Raya

Bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang gagah perkasa suatu ketika dahulu. Menguasai beberapa buah wilayah geografi yang luas dan mempunyai ilmu kelautan yang hebat sehingga menjadi legenda apabila sesetengah sejarawan mengatakan Panglima Awang sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia. Bangsa Melayu bertebaran di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, pesisir pantai Sumatera dan Borneo, serta sebilangan kecil di Tanah Sari (Myanmar), Sri Lanka, dan Cape Town (Afrika Selatan). Kali ini, penulis akan membincangkan sekiranya bangsa Melayu akan bersatu dan mewujudkan sebuah negara Bangsa Melayu yang menggabungkan semua wilayah yang didiami orang Melayu membentuk sebuah negara.

Penulis mendapat idea selepas melayari youtube berkaitan dengan dialek bahasa Melayu di Nusantara dan saling berbalas-balas komen dengan netizan Melayu dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan Thailand. Walaupun berbeza negara tetapi semua mempunyai jati diri yang sama sebagai orang Melayu. Penulis berasa sedih apabila kini bangsa Melayu telah terpisah kepada beberapa buah negara berasingan akibat penjajahan Barat.

Alangkah indahnya kalau bangsa Melayu bersatu dan mencipta sebuah negara bangsa beridentitikan Melayu yang menggabungkan seluruh bangsa-bangsa Melayu di Nusantara. Penulis juga mendapat idea melalui seorang youtuber luar negara iaitu RealLifeLore yang sering memuatnaik video sekiranya wilayah empayar-empayar silam kini bersatu dan membentuk sebuah negara, apa akan terjadi kepada negara tersebut dalam konteks sekarang. Jadi, penulis mengambil idea tersebut untuk membentuk sebuah negara bangsa Melayu berdasarkan fakta sekarang.

Peringatan, ini hanyalah khayalan penulis sahaja berdasarkan beberapa fakta menarik mengenai bangsa Melayu dan wilayah yang didiami bangsa Melayu sekarang.  Oleh itu, penulis menamakan negara ini sebaga negara MELAYU RAYA.

Sebelum itu, istilah “melayu” sebenarnya luas merangkumi semua penduduk pribumi Nusantara yang kini lebih di kenali sebagai rumpun Austronesia, tapi bagi penulis, penulis hanya mengklasifikasikan istilah “Melayu” itu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, dan Singapura. Terdapat juga etnik yang turut di klasifikasikan sebagai “Melayu” iaitu Minang, Kerinci, Betawi, dan etnik Melayu di Kalimantan seperti Kutai, Berau dan Banjar

NEGERI, WILAYAH, DAN PROVINSI ASAL

Wilayah asal pentadbiran di negara Melayu Raya boleh di bahagikan kepada tiga buah bahagian utama iaitu Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan Borneo, serta sebuah kawasan yang terpisah iaitu Jakarta.

  • Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Tanah Melayu yang terdapat dalam negara Melayu Raya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sekarang iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, serta dua buah wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Singapura turut termasuk dalam Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, wilayah-wilayah di selatan Thailand atau “changwat” yang mempunyai penduduk Melayu yang ramai juga termasuk dalam Semenanjung Tanah Melayu bagi negara Melayu Raya. Wilayah ini yang kini mempunyai 9 buah wilayah iaitu Phang Nga (Pungah), Phuket (Bukit), Krabi (Ghraibi/Krambit),Trang (Terang), Satun (Sentul), Songkhla (Singgora), Pattani (Patani), Yala (Jala), dan Narathiwat (Menara/Nara).

Untuk lebih jelas, senarai nama asal changwat dalam bahasa Thailand yang telah di tukar ke dalam bahasa Melayu boleh rujuk di bab PEMBAHAGIAN WILAYAH DAN PENUKARAN NAMA

  • Sumatera

Bagi bahagian Sumatera pula, terdapat 7 buah wilayah yang di panggil provinsi bagi negara Indonesia sekarang iaitu Sumatera Utara, Riau, Sumatera Barat, Kepulauan Riau, Jambi, Sumatera Selatan, dan Kepulauan Bangka Belitung. Tetapi bagi wilayah Sumatera Utara, penulis telah pecahkan kepada dua bahagian iaitu satu yang termasuk dalam negara Melayu Raya, dan satu lagi tidak termasuk. Wilayah yang tidak termasuk ialah wilayah majoriti etnik Batak dan Nias yang mendiami di bahagian barat wilayah Sumatera Utara. Untuk lebih faham sila rujuk peta.

  • Borneo

Borneo pula merangkumi Brunei, Sabah, Sarawak, Labuan dan wilayah pesisir pantai Kalimantan Indonesia sekarang yang didiami ramai rumpun melayu seperti Melayu-Banjar, Melayu-Kutai, Melayu-Berau, Melayu-Sambas, dan Melayu-Pontianak. Provinsi yang terlibat ialah sebahagian daripada provinsi Kalimantan Timur, Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah, dan Kalimantan Barat. Penulis mengambil kawasan yang didiami ramai oleh etnik melayu di pesisir pantai yang di pecahkan mengikut kabupaten dan kecamatan. Untuk lebih faham sila rujuk peta.

  • Jakarta

Wilayah Jakarta sekarang yang nama rasminya ialah Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta. Jakarta merupakan tanah asal bagi etnik Betawi yang merupakan etnik baru hasil percampuran seluruh penduduk dari Nusantara. Mereka berbudaya Melayu dan turut bercakap dalam bahasa Melayu dialek Betawi yang seakan-akan dialek Perak.

PEMBAHAGIAN WILAYAH DAN PENUKARAN NAMA

Pembahagian wilayah dan penukaran nama yang baru bagi negara Melayu Raya hanyalah mengikut gambaran dan persepsi penulis sahaja yang sesetangahnya di gabungkan menjadi sebuah wilayah, dan ada juga yang di pecahkan kepada beberapa buah wilayah. Tetapi bagi penukaran nama pula, penulis mengambil nama asal mengikut sejarah, nama lama, atau mengikut nama daerah yang berada di dalam wilayah tersebut.

  • Penukaran nama wilayah

Nama wilayah atau changwat di Thailand seperti berikut:

Phang Nga

Pungah, juga sesetengah menyebut sebagai Penambang

Phuket

Bukit

Krabi

Ghraibi, sesetengah menyebut sebagai Krambit, dan Pedang

Trang

Terang

Satun

Sentul

Songkhla

Singgora (Singoro dalam dialek Patani-Kelantan)

Pattani

Patani

Yala

Jala

Narathiwat

Menara (Naro dalam dialek Patani-Kelantan)

Nama wilayah atau provinsi di Indonesia seperti berikut.

Nama Asal

Nama yang di tukar

Sumatera Barat

Pagaruyung (nama Kerajaan Pagaruyung yang merupakan kawasan asal Sumatera Barat)

Kalimantan Timur – yang di pecahkan

Kutai (nama kabupaten dan Kesultanan Kutai)

Balikpapan (nama kabupaten)

Kalimantan Selatan

Banjar (Kesultanan Banjar dan kawasan etnik Banjar)

Pesisir pantai Kalimantan Tengah

Sampit (nama kabupaten)

Kalimantan Barat – yang di pecahkan

Sambas (nama kabupaten dan Kesultanan Sambas)

Tanjungpura (nama Kerajaan Tanjungpura, kini Kabupaten Ketapang)

Sumatera Utara – yang di pecahkan

Deli Serdang (nama kabupaten dan kawasan asal bagi Kesultanan Deli)

Riau – yang di pecahkan

Riau

Rokan (nama kabupaten)

Sumatera Selatan

Palembang (nama bandar)

Ogan (nama kabupaten)

  • Pembahagian dan penggabungan wilayah

Di bawah ialah antara wilayah yang terlibat:

Wilayah yang di gabung

Wilayah asal

Ghraibi

Ghraibi

Bukit

Pungah

Singgora

Singgora

Sentul

Terang

Patani

Patani

Jala

Menara

Selangor

Selangor

Kuala Lumpur

Palembang

Sumatera Selatan

Jambi

Wilayah yang di pecahkan

Wilayah asal

Sarawak

Sarawak

Bintulu

Miri

Kutai

Kalimantan Timur

Balik Papan

Mahakam Hulu

(tidak termasuk dalam Melayu Raya)

Banjar

Kalimantan Selatan

Banjarmasin

Kabupaten dan kecamatan di pesisir pantai

Kalimantan Tengah

Kabupaten dan kecamatan di pedalaman yang didiami majoriti etnik Dayak tidak termasuk

Sambas

Kalimantan Barat

Tanjungpura

Melawi (tidak termasuk)

Deli Serdang

Sumatera Utara

Bahagian barat provinsi Sumatera Utara (tidak termasuk)

Riau

Riau

Rokan

Bandar Jambi

Jambi

Wilayah asal Jambi (kecuali bandar Jambi) di gabungkan ke dalam Palembang

Palembang

Sumatera Selatan

Ogan

MAKLUMAT RINGKAS

Negara Melayu Raya

Ibu negara

Pentadbiran

Bandaraya terbesar

Singapura

Putrajaya

Jakarta (10 juta orang penduduk)

Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi

Bahasa-bahasa lain

Bahasa Melayu

·         Jawa

·         Siam

·         Mandarin

·         Dayak

·         Batak

Kumpulan Etnik

Melayu (44%)

Jawa (16 %)

Cina (14.3)

Siam (3%)

India (2.7%)

Lain-lain (20%)

Agama Rasmi

Islam

Peratusan penganut agama

Islam (72.7%)

Budhha (12.7%)

Kristian (9.3%)

Hindu (2.8%)

Lain-lain (2.5%)

Keluasan

984,759

Penduduk

Kepadatan penduduk

101,320,000

103 orang 1 km persegi

KDNK Nominal

·         Jumlah

·         Perkapita

RM 4,450.9 bilion (ranking 16 dunia)

RM 43,929 (ranking 62 dunia)

  1. PENTADBIRAN

Pentadbiran kawasan bagi negara Melayu Raya terbahagi kepada tiga jenis iaitu wilayah persekutusan, wilayah, dan negeri. Terdapat 39 kawasan pentadbiran dalam negara Melayu Raya.

  • Wilayah persekutuan

Bagi wilayah persekutuan, terdapat enam wilayah persekutuan Melayu Raya iaitu Singapura, Putrajaya, Jakarta, Jambi, Banjarmasin, dan Labuan.

Singapura merupakan ibu negara Melayu Raya kerana kedudukannya yang strategik berada di tengah-tengah negara serta laluan utama antara timur dengan barat. Manakala Putrajaya sebagai pusat pentadbiran bagi kerajaan persekutuan. Jakarta merupakan bandaraya terbesar dalam Melayu Raya dan merupakan wilayah persekutuan di Pulau Jawa. Jambi pula merupakan wilayah persekutuan bagi kawasan Sumatera, dan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pulau Sumatera. Banjarmasin pula wilayah persekutuan bagi selatan Pulau Borneo, sementara Labuan pula sebagai pusat kepada Borneo utara.

  • Wilayah

Dalam negara Melayu Raya terdapat 23 buah wilayah. Wilayah tersebut penulis pecahkan kepada tiga bahagian iaitu wilayah di Semenanjung Tanah Melayu, wilayah di Sumatera, dan wilayah di Borneo. Bagi wilayah yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, terdapat 5 buah wilayah iaitu Ghraibi dengan Bukit sebagai ibu wilayah, Singgora (Singgora), Patani (Patani), Pulau Pinang (Georgetown), dan Melaka (Melaka).

Bagi bahagian Sumatera pula, terdapat 8 buah wilayah iaitu Deli Serdang (Medan), Rokan (Pekan Baru), Riau (Kota Pelalawan), Pagarurung (Padang), Palembang (Palembang), Ogan (Martapura), Kepulauan Riau (Tanjung Pinang), dan Bangka-Belitung (Pangkal Pinang).

Untuk bahagian Borneo, terdapat 10 buah wilayah iaitu Sarawak (Kuching), Bintulu (Bintulu), Miri (Miri), Sabah (Kota Kinabalu), Kutai (Samarinda), Balikpapan (Balikpapan), Banjar (Banjar Baru), Sampit (Sampit), Tanjungpura (Ketapang), dan Sambas (Pontianak).

No.

Wilayah

Ibu Kota

No.

Wilayah

Ibu Kota

1

Ghaibi

Bukit

13

Kepulauan Bangka Belitung

Pangkal Pinang

2

Singgora

Singgora

14

Sarawak

Kuching

3

Patani

Patani

15

Bintulu

Bintulu

4

Pulau Pinang

Georgetown

16

Miri

Miri

5

Melaka

Melaka

17

Sabah

Kota Kinabalu

6

Deli Serdang

Medan

18

Kutai

Samarinda

7

Rokan

Pekan Baru

19

Balikpapan

Balikpapan

8

Riau

Kota Pelalawan

20

Banjar

Banjar Baru

9

Pagaruyung

Padang

21

Sampit

Sampit

10

Palembang

Palembang

22

Tanjungpura

Ketapang

11

Ogan

Martapura

23

Sambas

Pontianak

12

Kepulauan Riau

Tanjung Pinang

  • Negeri

Manakala, dalam Melayu Raya terdapat 10 buah negeri yang mempunyai sultan dan raja iaitu Perlis dengan Kangar sebagai ibu negeri, Kedah (Alor Setar), Perak (Ipoh), Selangor (Kuala Lumpur), Negeri Sembilan (Seremban), Johor (Iskandar Puteri), Pahang (Kuantan), Terengganu (Kuala Terengganu), Kelantan (Kota Bharu), dan Brunei (Bandar Seri Begawan).

No.

Negeri

Ibu Negeri

No.

Negeri

Ibu Negeri

1

Perlis Indera Kayangan

Kangar

6

Johor Darul Ta’zim

Iskandar Puteri

2

Kedah Darul Aman

Alor Setar

7

Pahang Darul Makmur

Kuantan

3

Perak Darul Ridzuan

Ipoh

8

Terengganu Darul Iman

Kuala Terengganu

4

Selangor Darul Ehsan

Kuala Lumpur

9

Kelantan Darul Naim

Kota Bharu

5

Negeri Sembilan Darul Khusus

Seremban

10

Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan

  1. GEOGRAFI

Luas negara Melayu Raya kira-kira 984,759 km persegi. Jika menjadi sebuah negara, negara Melayu Raya merupakan negara ke-30 terbesar di dunia di belakang Mesir (1 juta km persegi), dan di depan Tanzania (945,000 km persegi). Kawasan negara Melayu Raya merangkumi Semenanjung Tanah Melayu termasuk beberapa wilayah Selatan Thailand dan Singapura yang mempunyai keluasan kira-kira 167,405km persegi, keluasan saiz di Sumatera kira-kira 330,082 km persegi, keluasan di Borneo kira-kira 486,608 km persegi, dan luas Jakarta kira-kira 664 km persegi.

Negara Melayu Raya merupakan negara yang berada di zon garisan Khatulistiwa, yang merupakan negara yang panas dan lembab. Negara ini tidak terlepas daripada lingkaran api pasifik yang terdapat di Pergunungan Barisan di Pulau Sumatera. Gunung yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah dengan ketinggian 4,095 meter. Selain itu, negara ini juga mempunyai pantai yang sangat luas yang mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, dan di sebelah pantai timur Sumatera. Terdapat ribuan pulau-pulau yang berada di dalam negara Melayu Raya seperti di Kepulauan Riau, Bangka Belitung, dan di pesisir pantai dari Phuket ke Langkawi. Sungai Batang Hari merupakan sungai terpanjang di negara Melayu Raya dengan panjangnya kira-kira 800km yang terletak di Pulau Sumatera.

  1. EKONOMI

Melayu Raya mempunyai ekonomi yang agak besar dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal sebanyak RM 4,450.9 bilion atau 1,112.7 bilion US dolar, yang berada di kedudukan ke 16 dunia di belakang Mexico. Pendapatan perkapita mengikut KDNK nominal pula ialah RM 43,929 setahun atau 10,982 dalam US dollar, berada di kedudukan 62 dunia mengatasi Malaysia sekarang di ranking ke 67 dunia.

Berikut ialah KDNK nominal dan perkapita nominal bagi setiap wilayah di Melayu Raya untuk tahun 2017 mengikut nilai Ringgit Malaysia (RM). Susunan senarai berdasarkan pendapatan perkapita bermula dari yang tertinggi.

Wilayah/Negeri

KDNK nominal (ribu)

KDNK (perkapita)

Populasi

Singapura

1,395,912,000

247,064

5,650,000

Brunei

46,590,000

110,404

422,000

Jakarta

729,708,000

69,496

10,500,000

Labuan

6,265,000

65,949

95,000

Selangor + Kuala Lumpur + Putrajaya

516,630,000

61,820

8,357,000

Pulau Pinang

88,126,000

49,873

1,767,000

Sarawak + Miri + Bintulu

129,829,000

49,327

2,632,000

Kutai + Balikpapan (data berdasarkan Kalimantan Timur)

167,392,000

46,928

3,567,000

Melaka

42,426,000

46,015

922,000

Negeri Sembilan

47,025,000

41,615

1,130,000

Pahang

58,896,000

35,352

1,666,000

Johor

128,583,000

34,362

3,742,000

Kepulauan Riau

66,916,000

32,996

2,028,000

Riau + Rokan

182,367,000

31,672

5,758,000

Terengganu

36,097,000

29,347

1,230,000

Perak

73,211,000

29,226

2,505,000

Ghraibi + Bukit + Pungah

26,401,000

26,348

1,002,000

Sabah

93,494,000

23,979

3,899,000

Perlis

5,936,000

23,372

254,000

Kedah

43,988,000

20,327

2,164,000

Singgora + Sentul + Terang

32,446,000

17,104

1,897,000

Bangka Belitung

18,708,000

14,616

1,280,000

Palembang + Ogan + Jambi

163,924,000

14,584

11,240,000

Sampit (data berdasarkan Kalimantan Tengah)

13,376,000

14,476

924,000

Deli Serdang (data berdasarkan Sumatera Utara)

141,511,000

14,352

9,860,000

Kelantan

25,242,000

13,593

1,857,000

Pagaruyung

66,026,000

12,064

5,473,000

Banjar + Banjarmasin

45,773,000

11,588

3,950,000

Sambas + Tanjungpura (data berdasarkan Kalimantan Barat)

39,472,000

10,764

3,667,000

Patani + Menara + Jala

18,639,000

9,904

1,882,000

MELAYU RAYA

4,450,909,000

43,929

101,320,000

Nota penting: KDNK Pariti Kuasa Beli (PPP) yang nilainya lebih tinggi daripada KDNK Nominal tiada maklumat lengkap, penulis tidak dapat jelaskan seperti di atas

  • Industri

Ekonomi industri Melayu Raya sangat unik dengan perkembangan kepelbagaian industri, transhipment, petroleum dan gas, pertanian, penternakan, dan hasil laut. Kawasan perindustrian utama bagi sektor pembuatan terdapat di Lembah Klang, Singapura, Johor Bahru, Jakarta, Medan, Batam, dan Kuching.

Industri perkapalan, maritim, dan transhipment pula tertumpu di pelabuhan utama seperti di Singapura, Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Tanjung Periok (Jakarta), dan Batam. Industri ini sangat efektif di Melayu Raya memandangkan keadaan geografi Melayu Raya yang berada di tengah-tengah laluan timur-barat dan mempunyai pulau-pulau yang banyak memberikan impak positif kepada sektor maritim yang melibatkan pemindahan kargo dan penumpang, selain kawasan perindustrian yang luas yang memberi kesan positif kepada aktiviti di pelabuhan.

Pelabuhan-pelabuhan Melayu Raya juga tersenarai antara pelabuhan kontena paling sibuk di dunia iaitu Pelabuhan Singapura berada di ranking ke dua dunia dengan jumlah kontena yang di urus sebanyak 33.7 juta kontena setahun, Pelabuhan Klang ranking ke-12 dunia, Pelabuhan Tanjung Pelepas (19), dan Tanjung Priok (27).

Ekonomi Melayu Raya juga di pengaruhi oleh sektor minyak dan gas. Hasil minyak dan gas banyak terdapat di luar pesisir pantai Laut China Selatan, dan terdapat juga di daratan di sekitar wilayah Rokan, dan Kutai. Hasil pengeluaran minyak di Sumatera yang melibatkan wilayah Rokan, Riau, Ogan, dan Kepulauan Riau (Kepulauan Natuna) kira-kira 400,000-430,000 barrel sehari. Di luar pesisir pantai Borneo dan Semanjung Tanah Melayu pula kira-kira 800,000-850,000 sehari. Jumlah pengeluaran minyak Melayu Raya kira-kira 1,200,000 hingga 1,280,000 barrel sehari menjadikan Melayu Raya sebagai negara pengeluar minyak yang ke-19 terbesar dunia.

Hasil pertanian Melayu Raya juga menyumbang kepada pendapatan negara. Banyak hasil pertanian diperolehi melalui tanaman kelapa sawit, getah, balak, dan padi. Kawasan utama penanaman sawit terdapat di Rokan, Riau, dan Pahang. Jumlah hasil pengeluaran sawit Melayu Raya kira-kira 41,000,000 tan metrik setahun, atau mewakili 61% daripada pengeluaran sawit dunia. Hasil balak juga terdapat banyak di Pulau Sumatera dan Kalimantan.

Selain itu, Melayu Raya juga mempunyai hasil penternakan dan hasil laut yang banyak memandangkan keadaan geografi negara yang mempunyai laut yang luas, dan sungai yang panjang.

  1. DEMOGRAFI
    • Populasi

Negara Melayu Raya mempunyai jumlah penduduk sekitar 101,320,000 orang yang berada di kedudukan ke-13 dunia di belakang Filipina dan di depan Vietnam, dengan kadar kepadatan penduduk sekitar 103 orang bagi setiap satu km persegi. Rakyat bagi negara Melayu Raya terbahagi kepada pribumi dengan bukan peribumi. Pribumi ialah penduduk asal kepulauan Nusantara yang datang dari pelbagai tempat, manakala bukan pribumi ialah kaum yang bukan asal dari Nusantara yang sebahagian besarnya merupakan kaum Cina.

Berikut merupakan penduduk bagi setiap wilayah persekutuan, wilayah, dan negeri di dalam negara Melayu Raya:

No.

Wilayah Persekutuan, Wilayah, dan Negeri

Penduduk (anggaran 2018)

Luas (km2)

1

Jakarta

10,500,000

664

2

Deli Serdang

9,860,000

34,599

3

Selangor

8,267,000

8,104

4

Palembang

8,176,000

110,402

5

Singapura

5,650,000

723

6

Pagaruyung

5,473,000

42,012

7

Rokan

4,020,000

48,636

8

Sabah

3,899,000

73,631

9

Johor

3,742,000

19,210

10

Banjar

3,230,000

38,373

11

Sambas

3,226,000

53,944

12

Kutai

2,622,000

120,220

13

Perak

2,505,000

21,035

14

Ogan

2,424,000

31,248

15

Kedah

2,164,000

9,500

16

Kepulauan Riau

2,028,000

8,201

17

Singgora

1,897,000

13,937

18

Patani

1,882,000

10,936

19

Kelantan

1,857,000

15,099

20

Sarawak

1,805,000

38,784

21

Pulau Pinang

1,767,000

1,048

22

Riau

1,738,000

38,355

23

Pahang

1,666,000

36,137

24

Kepulauan Bangka Belitung

1,280,000

16,424

25

Terengganu

1,230,000

13,035

26

Negeri Sembilan

1,130,000

6,686

27

Ghraibi

1,002,000

9,421

28

Balikpapan

945,000

11,591

29

Sampit

924,000

27,200

30

Melaka

922,000

1,664

31

Banjarmasin

720,000

100

32

Jambi

640,000

205

33

Miri

482,000

34,566

34

Tanjungpura

441,000

31,242

35

Brunei

422,000

5,765

36

Bintulu

345,000

51,100

37

Perlis

254,000

821

38

Labuan

95,000

92

39

Putrajaya

90,000

49

MELAYU RAYA

101,320,000

984,759

Berikut merupakan 20 bandar terbesar bagi negara Melayu Raya

No.

Bandar

Penduduk

(bancian 2010)

Wilayah/Negeri

1

Jakarta

9,607,787

Jakarta

2

Singapura

5,077,000

Singapura

3

Medan

2,097,610

Deli Serdang

4

Kuala Lumpur

1,588,750

Selangor

5

Palembang

1,455,284

Palembang

6

Batam

944,285

Kepulauan Riau

7

Pekan Baru

897,767

Rokan

8

Padang

833,562

Pagaruyung

9

Samarinda

727,500

Kutai

10

Georgetown

708,127

Pulau Pinang

11

Ipoh

657,892

Perak

12

Banjarmasin

625,481

Banjarmasin

13

Petaling Jaya

613,977

Selangor

14

Balikpapan

557,579

Balikpapan

15

Pontianak

554,764

Sambas

16

Shah Alam

541,306

Selangor

17

Jambi

531,857

Jambi

18

Iskandar Puteri

529,074

Johor

19

Seremban

515,490

Negeri Sembilan

20

Johor Bahru

497,067

Johor

  • Etnik dan kaum

Jumlah pribumi di Melayu Raya kira-kira seramai 81 juta orang atau 80% daripada keseluruhan penduduk Melayu Raya. Manakala etnik pribumi yang terbesar ialah etnik Melayu yang membentuk 44% atau kira-kira 44.7 jutaorang yang terdiri daripada pelbagai sub-etnik Melayu seperti Melayu Semenanjung, Melayu-Minang, Melayu-Banjar, Melayu-Betawi, Melayu-Kutai, Melayu-Berau, dan lain-lain etnik yang bertutur dalam bahasa Melayu.

Bagi pribumi yang bukan Melayu, etnik Jawa merupakan etnik terbesar dengan jumlah penduduk seramai 16.2 juta orang atau 16%. Manakala lain-lain pribumi sebahagian besarnya dari etnik Dayak, dan Batak, dan selebihnya datang dari pelusuk Nusantara. Etnik Dayak kebanyakannya berada di Pulau Borneo terutamanya di wilayah Sabah, Sarawak, Pontianak, dan Kupang. Manakala  etnik Batak pula ramai mendiami wilayah Deli Serdang kira-kira 2 juta orang.

Bagi kaum bukan pribumi pula, etnik Cina merupakan etnik yang terbesar dengan jumlah kira-kira 14.6 juta orang atau 14.4% daripada jumlah penduduk, di ikuti etnik Siam dan India masing-masing seramai 2.9 juta (3%) dan 2.7 juta (2.7%) orang. Etnik Cina kebanyakannya tinggal di bandar-bandar utama seperti di Singapura, Jakarta, Lembah Klang, Medan, Kuching, Pulau Pinang, Pontianak, dan lain-lain. Etnik Siam pula kebanyakannya tingga di utara Semenanjung Tanah Melayu dan merupakan etnik majoriti di Ghraibi, dan Singgora. Etnik India pula ramai menetap di bandar-bandar besar di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Singapura, Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Lembah Kinta.

Senarai pecahan kaum mengikut bahagian:

Semenanjung Tanah Melayu

Sumatera

Borneo

Jakarta

JUMLAH

Pribumi

Melayu

18,650,000

15,900,000

6,480,000

3,700,000

44,730,000

Jawa

N/A

10,100,000

2,500,000

3,600,000

16,200,000

Lain-lain Pribumi

600,000

8,340,000

8,630,000

2,500,000

20,070,000

Jumlah Pribumi

19,250,000

34,340,000

17,610,000

9,800,000

81,000,000

Cina

11,100,000

1,300,000

1,540,000

700,000

14,640,000

Siam

2,980,000

N/A

N/A

N/A

2,980,000

India

2,700,000

N/A

N/A

N/A

2,700,000

JUMLAH

36,030,000

35,640,000

19,150,000

10,500,000

101,320,000

 *Nota penting: untuk bukan warganegara, penulis tidak dapat maklumat yang tepat, dan mustahil untuk penulis dapatkan angka kerana bagi data bancian penduduk Malaysia, bukan warganegara di Malaysia juga ramai terdiri daripada pribumi Indonesia dan tidak pasti keturunan mereka. Jadi, penulis hanya meletakkan bukan warganegara (walaupun datang dari seluruh dunia) sebagai lain-lain pribumi sahaja.

  • Agama

Agama Islam merupakan agama terbesar dalam negara Melayu Raya dengan jumlah penganutnya seramai 73.6 juta orang atau mewakili 72.7% daripada jumlah penduduk. Diikuti Buddha seramai 12.9 juta (12.7%), Kristian 9.4 juta (9.3%), Hindu 2.8 juta (2.8%), dan lain-lain 2.6 juta (2.5%).

Bagi penganut Islam, kebanyakan kaum pribumi menganut agama Islam kecuali etnik dayak dan batak, dengan Pulau Sumatera merupakan bahagian paling ramai penganut Islam yang berjumlah 32.3 juta orang. Penganut Buddha pula kebanyakannya di anuti oleh kaum Cina dan Siam yang kebanyakannya tertumpu di Semenanjung Tanah Melayu. Bagi penganut Kristian pula, kebanyakannya di anuti oleh etnik Dayak (Borneo), dan Batak di wilayah Deli Serdang.

Kira-kira 2 juta orang penganut Kristian terdiri daripada etnik Batak. Selain itu, terdapat sebilangan kecil kaum Cina yang menganut Kristian. Kebanyakan etnik India pula menganut Hindu iaitu seramai 2.8 juta orang (2.8%) dan lain-lain agama yang merujuk kepada penganut animisme dan mereka yang tidak beragama.

Islam

Buddha

Kristian

Hindu

Lain-lain

 JUMLAH

Semenanjung Tanah Melayu

18,560,000

10,940,000

1,730,000

2,700,000

2,100,000

36,030,000

Sumatera

32,340,000

700,000

2,400,000

N/A

200,000

35,640,000

Borneo

13,880,000

890,000

3,940,000

100,000

340,000

19,150,000

Jakarta

8,800,000

400,000

1,300,000

N/A

N/A

10,500,000

 JUMLAH

73,580,000

12,930,000

9,370,000

2,800,000

2,640,000

101,320,000

PENUTUP

Bangsa Melayu sekarang bertebaran di seluruh Nusantara, dan terpisah dengan beberapa buah negara. Penulisan di atas bertujuan untuk memberikan gambaran kepada pembaca sekiranya bangsa Melayu yang mendiami wilayah-wilayah tersebut bersatu dan mewujudkan sebuah negara yang besar yang beridentitikan bangsa Melayu. Fakta dan data di atas di ambil berdasarkan konteks sekarang. Akhir kalam, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

RUJUKAN

World Economic Outlook Database, April 2018, International Monetary Fund. Accessed on 1 October 2018

“Statistik Indonesia 2016” (PDF). Jakarta: Badan Pusat Statistik. 2016

Central Bureau of Statistics: Estimates 2014 Archived November 13, 2010, at the Wayback Machine.

Badan Pusat Statistik. “Hasil Sensus Penduduk 2010 Data Agregat Per Provinsi” (PDF). Badan Pusat Statistik

Cikgu Joe Satun. Sejarah Melayu di Thailand.  https://satunsiam.blogspot.com/2015/12/sejarah-melayu-di-thaland.html

“Gross Regional and Provincial Product, 2013 Edition”. Office of the National Economic and Social Development Board (NESDB). April 2015. ISSN 1686-0799. Retrieved 16 July 2016.

“Official exchange rate (LCU per US$, period average)”. data.worldbank.org. Retrieved 2015-07-22.

“Table 30: GDP by State, 2010-2016 at Current Prices – RM Million” (PDF) (in Malay and English). Department of Statistics, Malaysia. p. 17/32. Retrieved 22 February 2018.

“Table 2.6.2: Gross Domestic Product by State at Constant Prices (2010 = 100), 2010 – 2016, Malaysia” (PDF) (in Malay and English). Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department of Malaysia. p. 1/2. Retrieved 22 February 2018.

“Population by States and Ethnic Group”. Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. 2015.

“Laporan Kiraan Permulaan 2010”. Jabatan Perangkaan Malaysia. p. 27. Archived from the original on 27 December 2010.

“Production of Crude Oil including Lease Condensate 2016” (CVS download). U.S. Energy Information Administration. Retrieved 27 May 2017.

“Total Population – Both Sexes”. World Population Prospects, the 2017 Revision. United Nations Department of Economic and Social Affairs, Population Division, Population Estimates and Projections Section. June 2017.

Production volume of palm oil worldwide from 2012/13 to 2017/18 (in million metric tons), www.statista.com/statistics/613471/

“Jumlah dan Distribusi Penduduk”. Badan Pusat Statistik. May 2010

“Report for Selected Countries and Subjects – Indonesia”. www.imf.org. International Monetary Fund. Retrieved 11 January 2018.

Thailand Archived 3 July 2015 at the Wayback Machine., The World Factbook.

Brunei Demographics Profile 2014. Brunei Government. 2015.

“Population and Population Structure”. Singstat. Department of Statistics Singapore. Retrieved 5 August 2018.

“Population by religion, region and area, 2010” (PDF). NSO. Archived (PDF) from the original on 19 October 2016.

Statistics Indonesia (November 2015). “Result of the 2015 Intercensal Population Census” (PDF)

“Lloyd’s List Top 100 Ports | Maritime Intelligence”

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet