Necro no Hanayome ataupun tajuk Bahasa Inggeris-nya, The Bride of Necro merupakan sebuah lagu yang diciptakan oleh Kanon69 dan dinyanyikan oleh Bis. Video yang dimuat-naik di platform Youtube ini mendapat sentuhan ilustrasi daripada Rahwia dan meraih sebanyak 550 000 tontonan.

Lagu ini pada asalnya telah dimuat naik di sebuah laman perkongsian video yang berpusat di Jepun, iaitu Nico Nico Douga sebelum diapungkan ke Youtube dalam pelbagai versi cover. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ‘bercinta’ dengan mayat ataupun istilah yang lebih tepat, Necrophilia.

Necrophilia atau juga dikenali sebagai thanatophilia merupakan satu gejala tarikan seksual atau perlakuan bersetubuh melibatkan mayat. Menurut Merriam-Webster, necrophilia bermaksud suatu obsesi yang melibatkan rangsangan seksual terhadap mayat.

Istilah ini mula digunakan oleh seorang ahli sains bernama Joseph Gulslain pada tahun 1850 dalam sebuah syarahannya yang berkaitan dengan kesihatan mental. Istilah ini merupakan gabungan daripada dua perkataan Greek iaitu ‘nekros (mati) dan ‘philia’ (cinta). Istilah ini dipopularkan oleh seorang ahli psikiatri yang bernama Benedict Morel.

Difahamkan bahawa necrophilia ini merupakan suatu masalah psikologi yang mengakibatkan individu yang mengalaminya mempunyai rangsangan terhadap mayat sekaligus mendorong mereka untuk melakukan hubungan seksual dengan mayat.

Berbalik kepada video Necro no Hanayome atau jika diterjemahkan kepada Bahasa Melayu ianya berbunyi ‘Pengantin Mayat’. Untuk pengetahuan pembaca, lagu ini sebenarnya digarap berdasarkan kisah sebenar yang berlaku pada tahun 1931. Berikut merupakan lirik dalam romaji berserta terjemahannya dalam Bahasa Inggeris.

Mono iwanu kuchibiru ni iki wo fukikonde 
Koyoi “anata” wa yomigaeru  ano koro no sugata de

‘ll breathe life into these silenced lips 
Tonight “you” shall return to me, as you once were

Shiro hada no musume ga seki wo shita “Kono karada anata ni sasageru wa” 
Shiro fuku no isha ga sasayaita “Mukae ni yuku yo” 
Shiro hada no musume wa kuchihateta  sekai no dare ni mo misuterare 
Shiro fuku no isha wa awarende  dare mo shiranai ibasho de nemuraseta

A maiden with white skin coughed, “I entrust this body to you” 
A doctor in white garb whispered, “I will see to you” 
The maiden with white skin began to rot away, forsaken by everyone in the world 
The doctor in white garb was merciful and laid her to rest in a place where they could be alone

Kuchite mo mada utsukushii kao de 
Futari shika inai reibyou de isha wa koi wo shita

Although she decays, her face remains beautiful 
Undisturbed in a mausoleum, the doctor fell in love

Sore wa eien no koi ka  kindan no koui ka 
Mata aitai to negau dake  sore ga tsumi na no deshou ka

Is this eternal love, or a forbidden act? 
I only wish to see you again; how can that be sinful?

Mono iwanu kuchibiru ni  iki wo fukikonde 
Koyoi futari wa musubareru  shukufuku mo sarezu ni

I’ll breathe life into these silenced lips 
Tonight we will be wed, without anyone’s blessing

“Kusari-ochita gankou ni aoi garasu wo” 
“Yaburekaketa ude ni kinu no hada wo” 
“Okasareta naizou ni men no GAAZE wo” 
“Houseki de kazatta shiroi DORESU wo”

“Blue glass to fill the empty eye sockets…” 
“Ribbons of silk to mend torn limbs…” 
“Cotton gauze for the afflicted organs…” 
“Adorn the pure white dress with jewels…”

Kuchiyuku tabi toritsukurotte 
Koi wo utatte mata isha wa te wo sometsudzuketa

Should something decay, the doctor would simply mend it 
Professing his love, he once again stains his hands

Yagate abakareta no wa  minikui kaibutsu de 
“Sore” wo tsukuriageta isha wa benbaku wo sakenda

The unsightly abomination was eventually uncovered 
The doctor who created “it” passionately stood his ground

“Kore wa eien no koi da  kanojo no negai da 
Shi ni yuku to kimeta omaera ga misuteta onna ja nai ka” 
Aa  kanashiki hanayome  mono ienu mama de

“This is our eternal love! It is what she desires! 
Weren’t you the ones who resolved to forsake this woman in death?!” 
Ah, the mournful bride maintains her silence

Koyoi futari wa sabakareru  kanojo wo misuteta hitotachi no seigi de 
Tadashii no wa daare?

Tonight judgement is passed on them by the righteousness of those who forsook her 
Who in this case is truly just?

Terjemahan lirik daripada laman web www.animelyrics
Pautan ke lagu Necro no Hanayome: https://www.youtube.com/watch?v=Vd-yN2jTrVA

Berdasarkan bait-bait pada lirik lagu ini, dapat difahami bahawa kisah yang cuba disampaikan itu melibatkan seorang doktor dan seorang gadis yang menghidap penyakit batuk yang kronik. Video ini dimulakan dengan imej seorang gadis yang terbatuk-batuk berjumpa dengan seorang doktor untuk mendapatkan rawatan.

Namun begitu, gadis tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia. Doktor itu kemudiannya membawa gadis tersebut ke rumahnya dan melakukan pelbagai perbuatan pelik terhadap mayat gadis itu; menari dengannya pada tengah malam, memakaikan pakaian yang cantik dan menghiasnya dengan berlian dan batu permata.

Namun, terdapat satu bahagian yang menjijikkan di mana doktor itu bertindak menggantikan bahagian mayat tersebut yang telah mereput dengan pelbagai bahan. Antara yang dilakukan oleh doktor itu termasuklah memasukkan bebola kaca biru ke dalam soket mata, menggantikan kulit mayat tersebut dengan kain sutera dan memasukkan kapas ke dalam organ dalaman mayat gadis itu.

Video ini diakhiri dengan orang ramai menangkap doktor tersebut di rumahnya berikutan perbuatan songsangnya yang melanggar norma sosial. Sepanjang paparan video bagi lagu ini, kita dapat melihat bagaimana doktor tersebut berdelusi bahawa dia dan mayat tersebut merupakan suami isteri dan menjalani hidup yang bahagia dengan mayat itu. Ianya dilakukan dalam keadaan dia sendiri menyedari bahawa tindakannya itu sebenarnya merupakan satu tindakan gila, sebagaimana yang disebutkan pada satu rangkap pada lagu tersebut:

Is this eternal love, or a forbidden act? 
I only wish to see you again; how can that be sinful?

Walau bagaimanapun, tahukah pembaca bahawa lagu ini diadaptasi daripada kisah sebenar? Ya! Kisah yang menyeramkan lagi menjijikkan ini merupakan sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 1931. Kisah ini melibatkan seorang doktor yang bernama Carl Tanzler dan seorang gadis bernama Elena de Hoyos.

Dr. Carl Tanzler

Dr. Carl Tanzler merupakan seorang ahli radiologi yang bertugas di Hospital Tentera Laut Amerika, Key West, Florida. Dia dilahirkan di Dresden, Germany pada tahun 1877 dan berkahwin dengan Doris Anna Shafer pada tahun 1920. Merreka dikurniakan dua orang anak iaitu Ayesha Tanzler dan Crystal Tanzler.

Pada tahun 1926, mereka berpindah ke Amerika Syarikat. Setelah menetap di Florida, Carl berkhidmat di Hospital Tentera Laut Amerika dengan menggunakan nama Count Carl von Tasel. Hal ini kerana ketika beliau melawat Genoa, Itali, dia mendakwa telah bermimpi tentang moyangnya, Countess Anna Constantia von Cosel yang meramalkan wajah cinta sejatinya – iaitu seorang wanita yang berambut hitam pekat.

Semasa berkhidmat di sana, Carl Tanzler ditugaskan di bahagian wad tuberculosis. Tuberculosis ataupun batuk kering merupakan satu penyakit yang sangat kronik pada waktu itu. Dia merupakan seorang doktor yang sangat rajin dan disenangi oleh rakan-rakannya.

Namun pada bulan April 1930, berlalu suatu detik yang mengubah hidupnya yang selama ini bahagia menjadi sadis. Elena Milagro de Hoyos, seorang gadis jelita lagi menawan berkunjung ke pejabatnya.

Keadaan ini disebutkan oleh lagu tersebut menerusi rangkat berikut:

A maiden with white skin coughed, “I entrust this body to you”
A doctor in white garb whispered, “I will see to you”
The maiden with white skin began to rot away, forsaken by everyone in the world
The doctor in white garb was merciful and laid her to rest in a place where they could be alone

Elena Milagro de Hoyos

Dr. Carl Tanzler berasa terkejut kerana Elena merupakan gadis yang sering muncul di dalam mimpinya – wanita yang diramalkan oleh moyangnya, Countess Anna sebagai cinta sejatinya. Elena ketika itu berumur 22 tahun dan merupakan seorang pesakit tuberculosis.

Dia mengunjungi Carl dengan harapan agar penyakitnya dapat disembuhkan. Carl Tanzler yang ketika itu berumur 53 tahun telah jatuh cinta kepada Elena dan berazam untuk menyembuhkan penyakit Elena lalu memperisterikannya.

Walaupun perasaan cinta Carl itu tidak berbalas, dia tetap ikhlas untuk merawat Elena. Carl memohon kebenaran daripada keluarga Elena untuk menggunakan kaedah perubatan moden untuk merawat penyakit Elena itu. Sepanjang proses rawatan dijalankan, dia tidak pernah berputus asa untuk meraih cinta Elena.

Namun, usaha Carl tidak kesampaian kerana Elena meninggal dunia pada tanggal 25 Oktober 1931. Carl yang dirundung kesedihan melampau meminta kebenaran daripada keluarga Elena untuk membina sebuah pusara sebagai tempat persemadian Elea. Hanya Carl seorang sahaja mempunyai kunci ke pusara berkenaan.

Kegilaan Carl semakin menjadi-jadi apabila dia mendakwa kononnya roh Elena sering menziarahinya. Dia kemudiannya memasang telefon di dalam pusara tersebut secara rahsia, supaya boleh bersembang dengan mayat Elena semasa melawat pusara itu. Disebabkan oleh sikapnya yang pelik dan dianggap gila, Carl dipecat.

Rangkap selanjutnya di dalam lagu di atas menceritakan bagaimana ‘cinta’ Carl Tanzler tidak pernah padam walaupun Elena kini hanyalah sekujur mayat yang sedang mereput.

Although she decays, her face remains beautiful 
Undisturbed in a mausoleum, the doctor fell in love

Obsesi Carl Tanzler tidak terhenti di situ kerana dua tahun kemudian, iaitu pada bulan April 1933, dia membawa jasad Elena yang telah mereput itu ke makmal di rumahnya. Beliau melakukan hal ini kerana mendakwa Elena telah menerima lamarannya dan meminta Carl untuk mengeluarkannya dari pusara tersebut.

Rangkap seterusnya memerihalkan bagaimana Carl Tanzler cuba ‘membaiki’ mayat Elena.

“Blue glass to fill the empty eye sockets…” 
“Ribbons of silk to mend torn limbs…” 
“Cotton gauze for the afflicted organs…” 
“Adorn the pure white dress with jewels…”

Should something decay, the doctor would simply mend it 
Professing his love, he once again stains his hands

Jasad Elena yang telah begitu mereput kini ‘dibaiki’ oleh Carl. Dia mengawet mayat Elena dengan cecari formaldehyde dan menggunakan wangian dalam jumlah yang banyak untuk menghilangkan bau busuk mayat berkenaan.

Untuk mengembalikan semula keanggunan Elena, dia memakaikan mayat Elena dengan sepasang pakaian sutera yang cantik. Wajah mayat Elena pula ditampal dengan menggunakan kain yang dicelup dalam lilin dan plaster of paris.

Kemudian, Carl memasukkan bebola kaca ke dalam soket mata Elena. Selain itu, Carl turut memakaikan rambut palsu yang diperbuat daripada rambut Elena yang telah dikumpulkan oleh ibu Elena sendiri yang kemudiannya diserahkan kepada Carl Tanzler tidak lama selepas pengebumiannya pada tahun 1931.

Lebih menjijikkan, Carl Tanzler memasukkan tiub kertas ke dalam kemaluan Elena untuk membolehkannya melakukan hubungan seksual dengan mayat Elena, sepertimana yang dilaporkan oleh dua orang pakar yang melakukan autopsi ke atas mayat Elena.

Rangkap di bawah ini pula menceritakan bagaimana perbuatan terkutuk Carl itu akhirnya dapat dihidu oleh orang ramai. Namun, dia tetap berkeras mahu bersama dengan Elena.

The unsightly abomination was eventually uncovered 
The doctor who created “it” passionately stood his ground

Tujuh tahun lamanya Carl Tanzler ‘hidup’ bersama mayat Elena sebelum perbuatannya itu disyaki oleh kakak Elena yang bernama Florida setelah mendapat maklumat dan khabar angin daripada orang ramai bahawa Carl telah meniduri mayat adiknya.

Sepertimana yang disyaki, Florida menemukan mayat adiknya itu di rumah Carl dan beliau terus melaporkannya kepada pihak polis. Carl diarahkan untuk menjalani ujian psikiatri di penjara sementara menunggu hukuman dijatuhkan ke atasnya. Dia didakwa atas kesalahan merosakkan kubur dan mayat Elena.

Walau bagaimanapun, tuduhan ke atas Carl digugurkan atas beberapa faktor. Sejurus selepas ditemui, mayat Elena dibedah siasat oleh ahli patologi dan mayatnya dipamerkan sebagai tontonan awam di rumah pengebumiam Dean-Lopez, di mana keadaan mayatnya itu telah disaksikan oleh seramai 6800 orang. Kemudian, penduduk setempat menanam semula mayat Elena itu di sebuah kubur yang tidak bertanda.

Keadaan mayat Elena setelah tujuh tahun ‘hidup’ dengan Carl Tanzler

Setelah dibebaskan dari pusat psikiatri pada tahun 1944, Carl Tanzler dipindahkan ke Pasco County di Florida. Dia kemudiannya menulis sebuah autobiografi tentang cintanya terhadap Elena dalam sebuah buku yang berjudul Fantastic Adventures. Buku ini diterbitkan pada tahun 1947.

Pada tanggal 3 Julai 1952, Carl ditemui meninggal dunia. Pihak yang menemui mayat Carl turut menjumpai sebuah patung yang menyerupai Elena di rumahnya. Kisah cinta necrophilia Carl Tanzler ini telah menarik perhatian kebanyakan agensi berita dan penulis cerita seram di samping menjadi inspirasi kepada penulisan mereka.

Rangkap di bawah ini mengisahkan tentang delusi Carl Tanzler yang semakin menjadi-jadi apabila dia mendakwa bahawa tindakannya itu merupakan keinginan yang disuarakan oleh Elena sendiri.

“This is our eternal love! It is what she desires! 
Weren’t you the ones who resolved to forsake this woman in death?!” 
Ah, the mournful bride maintains her silence

Autobiografi Carl Tanzler berkenaan rasa cintanya terhadap Elena de Hoyos

Lagu ini diakhiri dengan rangkap yang menceritakan bagaimana Carl mempersoalkan tindakan masyarakat yang cuba mengganggu kebahagiannya. Walau bagaimanapun, Carl seakan-akan berada dalam keadaan denial state (menafikan) apabila dia cuba untuk merasionalkan perbuatannya.

Tonight judgement is passed on them by the righteousness of those who forsook her 
Who in this case is truly just?

Kegilaan necrophilia Carl Tanzler ini pada akhirnya merosakkan hidupnya sendiri. Secara peribadi, saya sebenarnya berasa sangat kasihan dengan keadaan mayat Elena yang sadis dan menyayat hati. Mayatnya telah dijadikan sebagai pemuas nafsu songsang Carl tanpa keizinan dan kerelaan dirinya.

Kalau kita lihat keadaan mayat Elena setelah ditemukan oleh penduduk setempat, amat menyedihkan kerana jasadnya yang sepatutnya mereput secara semula jadi telah diawet oleh Carl Tanzler sehingga berupa seperti makhluk yang menyeramkan.

Kesimpulannya, necrophilia ini merupakan suatu masalah mental yang sangat kronik, membawa kepada perlakuan seks songsang yang menjijikkan. Lagu The Bride of Necro ini telah menceritakan serba-sedikit tentang kisah hidup Carl Tanzler. Sejujurnya, saya berasa kagum dengan kolaborasi Kanon69 yang telah menghasilkan lagu ini berdasarkan kisah sebenar di samping nyanyian mantap daripada Bis serta ilustrasi oleh Rahwia yang berjaya ‘menghidupkan’ kisah ini.

Kes berkenaan necrophilia ini jelas menunjukkan bahawa manusia apabila tidak memandu nafsu dengan betul akan mengakibatkan mereka terjebak dengan perlakuan songsang dan perkara yang diharamkan oleh Allah. Kisah ini seharusnya dijadikan iktibar bahawa perkara ini tidak mustahil akan terjadi dalam kalangan mana-mana kelompok masyarakat – tanpa disangka-sangka.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kes lain yang melibatkan necrophilia. Namun, kes Carl ini agak popular kerana kisahnya dijadikan idea dan inspirasi di dalam sejumlah penulisan dan filem seram. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar mematikan kita dalam keadaan husnul khatimah dan memelihara jasad kita daripada pelbagai musibah.

RUJUKAN

Steve Finbow. (2014). Grave Desire: A Cultural History of Necrophilia. John Hunt Publishing.

The man who cherished a rotting corpse. Youtube: ObsoleteOddity.

What is necrophilia? What does Necrophilia mean? Necrophilia meaning, definition and explanation. Youtube: The Audiopedia.

Bride of Necro – Analysis. https://aminoapps.com/c/anime/page/blog/bride-of-necro-analysis/qztR_udLZj6av6pBzrJPVmVEGqPB7B

Anime Lyrics. https://www.animelyrics.com/doujin/bis/nekuronohanayome.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Epicurian Ataraxia. Hanya sebutir garam yang larut dalam lautan ilmu. Cuma insan biasa yang ingin mencungkil potensi diri. Berharap untuk membudayakan ilmu dalam kalangan masyarakat Melayu.

Comments are closed.