Muslim adalah suatu komuniti yang sudah wujud di Asia Tenggara sebelum kurun yang ke-15 lagi. Islam telah berkembang sejak abad ke-12 tetapi prosesnya adalah secara beransur-ansur iaitu sejak abad ke-12, dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-14 dan 15. Islam telah bertapak kuat di Asia Tenggara dengan lebih jelas pada abad ke-14 dan ke-15.

Pembinaan negara bangsa di Asia Tenggara bermula secara beransur-ansur setelah era penjajahan kolonial tamat. Negara-negara baru muncul untuk menggantikan struktur yang ditinggalkan oleh undang-undang kolonial. Thailand misalnya walaupun tidak dijajah tetapi mengamalkan sistem raja berperlembagaan dengan Perdana Menteri. Burma pula menggunakan struktur perlembagaan mengikut model British dan Amerika Syarikat.  

Muslim di Thailand dan Burma adalah kelompok minoriti. Kedudukan Muslim sebagai golongan minoriti yang dikelilingi oleh golongan majoriti beragama Buddha bukanlah sesuatu yang asing dalam konteks sejarah Asia Tenggara. Akan tetapi, nasib yang dilalui oleh masyarakat Islam di Kemboja, Vietnam dan Laos tidaklah mengalami kehidupan yang sukar saudara mereka di Burma dan Thailand.

Sehingga kini kedua-dua kelompok ini masih tidak sunyi daripada isu-isu penindasan terhadap mereka. Proses pembinaan negara bangsa di Thailand dan Burma bukan sahaja memberi cabaran besar terhadap komuniti Muslim, tetapi terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pemerintah dilihat cuba menghapuskan komuniti Muslim di negara terbabit.

Thailand

Muslim di Thailand majoritinya tinggal di selatan Thai. Komuniti Muslim di kawasan ini mempunyai sejarah yang panjang. Mereka pernah mendirikan kesultanan Patani yang masyhur. Mereka dikenal sebagai masyarakat Melayu Patani. Masyarakat Melayu Pattani mendapat layanan buruk dari Siam sejak Pattani tewas kepada Siam pada 1786. Sejak itu, sudah terdapat perkara yang menunjukkan wujudnya pencabulan hak kebebasan dan hak asasi manusia di wilayah Pattani. Peperangan sering terjadi dan apabila golongan Melayu Pattani tewas, mereka akan dijadikan tawanan perang dan dilayan dengan buruk oleh pihak Siam.

Contohnya, pada 1786, tawanan perang diikat tangan dan kakinya dengan rotan dan dibawa ke Bangkok. Tawanan perang ini berjalan sehingga sejauh seribu tiga ratus kilometer. Di samping itu, mereka dikerang untuk menggali terusan-terusan di Bangkok dengan tangan mereka yang masih terikat. Peristiwa ini jelas menunjukkan layanan buruk yang diterima oleh masyarakat Pattani yang akhirnya membawa kepada kemunculan gerakan pemisahan.

Pada tahun 1940-an, Phibul Songgram mengambil alih pemerintahan di Thailand. Proses Asimiliasi terus giat dijalankan. Pengenalan 3 pillars (rukun) yang melibatkan chat (bangsa Siam), sasana (agama Buddha), dan phramakasat. telah berperanan untuk membentuk negara bangsa di mana sekiranya seseorang ingin menjadi rakyat Thailand, dia perlu berpegang kepada prinsip ini. Jadi, sekiranya masyarakat Muslim ingin menjadi warganegara Thailand, mereka perlu menjadi bangsa Siam.

Selain itu, masyarakat Muslim juga perlu berpegang kepada phramakasat iaitu raja adalah titisan daripada keturunan Tuhan yang dianggap kuasa suci kepada bangsa Siam. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan prinsip Islam yang akhirnya telah menimbulkan kemarahan masyarakat Muslim.

Dalam aspek pendidikan pula, tindakan pihak pemerintah yang tidak prihatin terhadap kepentingan masyarakat Pattani telah mengheret kepada penentangan. Contohnya pada 1921, kerajaan Siam telah meluluskan Akta Pelajaran yang mewajibkan kanak-kanak belajar di sekolah kebangsaan Siam menggunakan bahasa Siam sebagai pengantar. Bagi menjayakan rancangan tersebut, pusat-pusat pengajian agama seperti pondok dan masjid diarahkan supaya mengubah dan menyesuaikan sukatan pelajaran mengikut ketetapan kerajaan.

Sebaliknya, masyarakat Melayu Pattani enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan yang dikendalikan oleh sami-sami Buddha. Sementara itu, kerajaan Siam memaksa penduduk-penduduk tempatan membiayai perbelanjaan sekolah tersebut. Akibatnya, wujud penentangan secara besar-besaran oleh masyarakat Melayu Pattani pada tahun 1922 dan ini menyebabkan dasar asimilasi dihentikan buat sementara waktu.

Burma

Masyarakat Muslim di Burma dianggap asing atau golongan imigran semata-mata, meskipun mereka telah berasimilasi dengan suasana tempatan, menggunakan bahasa Myanmar dan berpakaian sama seperti penduduk Myanmar yang lain. Stephen L. Keck dalam artikelnya menyebutkan;

Nonetheless, the one thing which unified these different representations of Islam was the fact that it was seen as foreign, external and ultimately alien to Burma. Implicit in these descriptions was the idea that Muslims in Burma could never be more than an immigrant group, which, even though they might dress as Burmans and speak Burmese, could never be fully assimilated into a Burman nation.

Antara etnik Muslim yang tertindas ialah Rohingya. Mereka tinggal di kawasan Rakhine. Pada tahun 1942, berlaku kekosongan dalam pentadbiran apabila British keluar dari Rakhine. Penduduk Myanmar mengambil kesempatan ini untuk mengapi-apikan penganut Buddha di Rakhine dan sebagai akibatnya, terjadi satu rusuhan besar yang menyaksikan 100 000 ribu Muslim dibunuh manakala ratusan ribu melarikan diri ke Bengal.

Pada 1978, berlaku satu operasi Naga Min yang dilaksanakan oleh pemerintah Burma di sebuah perkampungan terbesar di Rakhine iaitu Sakkipara di daerah Sittwe. Operasi ini dikatakan bertujuan untuk menjejaki pendatang haram. Etnik Rohingya menyedari mereka telah menjadi sasaran, mereka telah bertindak balas menentang pihak kerajaan. Penentangan itu kemudian dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas orang Rohingya.  Akhirnya, orang Rohingya ditangkap, dibunuh secara besar-besaran, dan golongan wanita dirogol di Sittwe. Peristiwa ini telah mendatangkan trauma kepada masyarakat Muslim ni Rakhine.

Penindasan terhadap komuniti Islam di Burma adalah disebabkan oleh pembabitan Sami Buddha dalam. Pada 2012, Sami Buddha telah mengadakan perarakan menyokong tindakan presiden agar orang Rohingya dihantar ke negara lain. Ini menunjukkan betapa bencinya masyarakat beragama Buddha terhadap masyarakat Rohingya. Apatah lagi sikap pemerintah Myanmar yang enggan menjawab kritikan mengenai isu ini. Mereka tetap berpegang kepada dasar kerajaantang tidak mengiktiraf kerakyatan masyarakat Rohingya.

Pembinaan negara bangsa di Asia Tenggara meninggalkan kesan negatif terhadap masyarakat Muslim di Burma dan Thailand. Sikap pemerintah yang tidak bertolak ansur dengan penduduk tempatan terhadap hak-hak mereka menyebabkan nasib mereka tidak terbela. Dasar asimilasi di Thailand sepatutnya boleh dilakukan dengan cara baik sekirannya dibuat dengan rundingan yang rapi bersama komuniti Muslim. Manakala, sikap pemerintah Burma yang tidak mahu menerima kerakyatan masyarakat Rohingya menujukkan mereka sememangnya mempunyai perasaan anti-Muslim.

RUJUKAN

Azharuddin Mohamed Dali, Azlinariah Abdullah. 2012. Airmata Kesengsaraan Rohingya, Identiti, Penindasan dan Pelarian. Kuala Lumpur: Inteam Publishing

Clive J. Christie. 1996. A Modern History of Southeast Asia: decolonization, nationalism and Separatism. Singapura: Palgrave Macmillan

M.C Ricklefs. 2010. A New History of Southeast Asia. New York. Palgrave Macmillan

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaaan Malaysia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Faizal Bin Basir. Anak muda kelahiran Tanjong Malim Perak ini merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Comments are closed.