Korang ada terfikir tak macam mana angkasawan berak dan kencing di kapal angkasa? Dengan medan graviti yang lemah gitu, tak ke kalau diorang berak dan kencing, habis merata taik dan kencing tu pergi?
Kes pertama angkasawan kencing di angkasa ni bermula apabila angkasawan pertama USA ke angkasa (bukan bulan) Alan Shepard naik angkasa pada tahun 1961. Sebab lama sangat nak tunggu roket tu berlepas, last last dia kencing je dalam sut angkasawan dia.
Pada tahun 2018, NASA habiskan USD 23 juta untuk buat jamban khas untuk hal hal ni. Diorang reka jamban yang ada vakum, jadi bila kita berak ke kencing ke, sisa sisa tu tak terbang ke ruang kapal. Selalunya air kencing akan dikitar semula jadi air. Untuk taik pula, ada yang dihantar kembali ke bumi untuk kajian dan ada juga yang akan dibungkus dan dibakar. Selalunya bahan bahan sisa ni akan dikumpul pada satu tempat dan bila serpihan kapal yang ada sisa ni masuk ke atmosfera atas bumi, serpihan ni akan terbakar sekali dengan sisa sisa tu.
Jadi kalau korang tengok taik bintang malam malam, mungkin tu bukan taik bintang, tapi taik angkasawan yang terbakar bila dia masuk atmosfera bumi. Ni kalau buat wish masa nampak taik angkasawan terbakar ni bukan dapat makbul pun, entah entah dapat malang.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply