“Seandainya seluruh dunia ini diperintah oleh sebuah kerajaan tunggal, nescaya ibu kotanya pasti akan diletak di Istanbul” — Napoleon Bonaparte
Istanbul, merupakan sebuah kota besar di Selat Bhosporus yang memisahkan Laut Marmara dengan Laut Hitam tetapi menjadi penghubung antara benua Asia dan Eropah, sebelum dikenali sebagai Istanbul, kita semua sedia maklum yang ia dikenali sebagai Constantinople ketika zaman pemerintahan Empayar Rom Timur atau Byzantium.
Tetapi, tahukah anda bahawa jauh sebelum itu lagi ia juga pernah dikenali dengan pelbagai jenis nama samada secara rasmi mahu pun sebagai gelaran yang terkenal, nama sebuah kota biasanya dikenali berdasarkan kerajaan yang memerintah pada waktu itu. Berikut adalah beberapa variasi nama-nama terawal sebelum Constantinople dan Istanbul.
- LYGOS
Dipercayai sebagai nama terawal yg digunakan untuk merujuk pada kota tersebut ketika ia menjadi kawasan penempatan orang-orang Thracia purba berhampiran tanah semenanjung atau Seraglio Point.
- BYZANTIUM
Nama ini berdasarkan sebutan perkataan latin yg diasaskan oleh koloni kaum Yunani dari Margara sekitar 667SM. Dikatakan namanya adalah bersempena dengan nama Byzas, seorang Raja lagenda mitos purba Greek.
Nama Byzantium kemudian digunakan secara umum di Barat untuk merujuk kepada Kerajaan Rom Timur, yang ibu kotanya adalah Constantinople.
Sebagai satu istilah untuk negara Rom Timur secara keseluruhannya, nama Byzantium dijejak oleh sejarawan Hieronymus Wolf sekurang-kurangnya pada tahun 1555, ironinya waktu itu satu abad sudah berlalu setelah empayar yang penduduknya kenali sebagai Empayar Rom sudah tidak lagi wujud berikutan Kejatuhan Constantinople pada 1453.
- AUGUSTA ANTONINA
Digunakan sekitar abad ke-3 oleh Empayar Rom. Kota ini digelar Augusta Antonina untuk satu jangka waktu yang singkat pada abad ke-3 Masihi.
Maharaja Rom ketika itu, Septimius Severus (193-211) memberikan nama itu sebagai penghormatan kepada puteranya Antoninus, yang kemudiannya menjadi Kaisar/maharaja Caracalla.
- NEW ROME
Sebelum maharaja Rom Constantine the Great menjadikan kota ini sebagai ibu kota baharu Empayar Rom Timur pada 11 Mei 330, dia melakukan satu projek pembinaan besar, yang pada dasarnya adalah pembinaan semula kota itu dalam skala monumen-monumen yang sebahagiannya dimodelkan berdasarkan Kota Rom di Itali.
Nama-nama lain pada sepanjang tempoh ini antaranya adalah “New Second Rome”, “Alma Roma”, “Eastern Rome” dan ‘Roma Constantinopolitana”.
Istilah “New Rome” dipinjam hasil dari polemik politik Timur-Barat, terutamanya dalam konteks Perpecahan Besar yang digunakan oleh para penulis Yunani untuk menekankan sisi persaingan dengan kota Rom yang asli.
New Rome juga kekal digunakan sebagai sebahagian daripada gelaran rasmi untuk Patriarch of Constantinople.
- CONSTANTINOPLE
Dalam bahasa latin, perkataan ini menghasilkan sebutan “Konstantinopolis“, nama ini bertahan hingga sekurang-kurangnya abad ke-20 di mana ia masih dipanggil dengan nama Constantinople oleh pihak barat walaupun telah berabad ia ditakl*k bangsa Turki semenjak Sultan Mehmet II membukanya pada 1453.
Kota ini menjadi semakin terkenal ketika menggunakan nama ini yang merupakan tanda penghormatan kepada Kaisar Constantine the Great kerana menjadikannya sebagai ibu kota.
Ia pertama kali dibuktikan dalam penggunaan rasmi di bawah Maharaja Theodosius II (408–450) dan kekal menjadi nama rasmi utama kota sepanjang zaman pemerintahan Byzantium.
Ia bahkan menjadi nama yang paling umum digunakan untuk kota itu di Barat hingga awal abad ke-20. Ia juga terus digunakan secara tidak rasmi (termasuk varian Kostantiniyye) oleh Empayar Uthmaniyyah hingga penubuhan Republik Turki.
- ISTANBUL
Catatan terawal yang menemui penggunaan perkataan ini adalah dari rekod Arab dan Armenia dengan varian yang pelbagai dan berbeza-beza sebutan seperti “Stimbol” atau “Stamboul” (tanpa vokal ‘I’). Ia membawa maksud “sebuah bandar”.
Lalu ia menjadi perkataan harian yang sering digunakan orang Turki Anatolia untuk menyebut “bandar/kota” hatta sejak sebelum penakl*kan 1453 lagi. Perlembagaan Uthmaniyah 1876 telah menyatakan “Ibu kota bagi negara berdaulat Uthmaniyah adalah Istanbul”
Ada pelbagai varian nama lagi berdasarkan perbezaan lidah asing seperti orang Yunani yang sentiasa mengenali orang Istanbul sebagai masyarakat “Stambul”, manakala Islambol pula adalah nama lain atau nama alternatif bagi Istanbul selepas penakl*kan 1453 dan bukannya digunakan secara rasmi seperti yang disangka kebanyakan orang. Ia biasa digunakan oleh penyair untuk berimaginasi tentang sebuah kota mengikut model Istanbul.
Rantau Asia Tenggara juga ada tempat yang memiliki nama berbeza sebelum kita kenali hari ini contohnya Borneo adalah nama yang sama merujuk kepada Brunei berdasarkan sebutan orang Eropah, kini istilah Borneo digunakan bagi merujuk keseluruhan kepulauan yang dikongsi tiga negara berkenaan dalam konteks Malaysia.
Bahkan Semenanjung Malaysia masih ada nama alternatif nya iaitu jika di semenanjung, sebagai Tanah Melayu, atau dahulu secara rasminya sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu. Indonesia mungkin lebih sinonim dengan nama era penjajahan iaitu Hindia Timur Belanda.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih