Masuk je bulan Ramadan, pergi ke bazar dah jadi kewajipan. Balik je, kita pening kepala sebab berpuluh-puluh ringgit duit habis. Masalah kita cubalah nak berjimat, mesti ada yang cakap, nak makan pun masih berkira.
Persoalannya nak beli makanan, perlu berkira atau tidak?
Sebelum tu untuk pengetahuan korang, rakyat Malaysia menghabiskan sekitar RM5.4 bilion di bazar Ramadan untuk sebulan. Tambah mengejutkan lagi, kita semua membazir lebih kurang 10,000 tan makanan setiap hari di bulan Ramadan.
Itu baru bulan puasa. Kalau hari biasa pulak, kita habiskan RM200 hingga RM2,500 hanya untuk makan luar.
Maknanya dekat sini bab makan jangan berkira ni kita dah boleh tolak tepi lah kan. Tapi nanti ada yang cakap duit boleh cari. Nak makan, makan je sebab takut mengidam nanti. Masalah orang yang sama juga bising harga makanan dekat bazar jadi mahal. Tak konsisten betul.
Dia gini untuk makan jangan berkira ni boleh diamalkan jika korang semua baru gaji. Misalnya diawal setiap bulan korang asing siap-siap bajet untuk makan sedap sikit. Itu tak jadi masalah.
Benda ni akan jadi masalah bila korang amalkan bab makan jangan berkira ni setiap hari. Katakanlah kos korang makan sehari adalah RM50 sebab semua makan luar. RM50 ni darab dengan 30 hari akan jadi RM1500. Kalau terbabas sikit, kos akan jadi lebih tinggi.
Jadi bab makan ni kita kena berkira lah kan. Betul tapi janganlah sampai korang makan nasi bujang setiap hari.
Sebab itu namanya menyiksa diri sendiri.
Antara contoh terbaik yang korang boleh ikut adalah Warren Buffet. Sebab dia cuma membelanjakan $3 sahaja untuk bersarapan. Kita ni kadang-kadang sampai RM10 habis semata-mata nak makan nasi lemak.
Senang cerita, ikut korang nak makan apa. Tapi jangan sampai makanan ni baham nak dekat separuh daripada income. Lepas tu hujung bulan pening, duit asyik habis je.




No comments yet