Sambil-sambil drive tu, pernahkah korang renungkan lirik, “Kau menguasai selautan, Yang tersembunyi di genggaman, Nafi dan isbat kau sandingkan, Sebagai tali pegangan.”

Apa yang dimaksudkan nafi dan isbat?

“Lailahaillallah”, lafaz tauhid ini mengandungi nafi dan isbat. Nafi adalah membersihkan hati daripada selain Allah. Isbat adalah menetapkan di dalam hati hanyalah Allah. Maknanya, mengosongkan hati daripada selain Allah, dan mengisbatkan tiada lagi kecuali Allah.

Seorang sufi bagai menguasai selautan duniawi.

Syeikh Nazrul Nasir menceritakan dalam kuliahnya, ada seorang sufi bernama Ibrahim bin Adham.

Beliau seorang raja yang meninggalkan takhtanya demi mengabdikan diri kepada Kekasih abadi. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang pernah berkhidmat di istananya dahulu. Lelaki itu kehairanan melihat keadaan Ibrahim yang daif. Jauh berbeza dengan kemewahan istana.

Sambil itu, Ibrahim bin Adham menjahit kainnya dengan jarum. Bila dia mendengar omelan tak sudah lelaki tersebut, jarum di jarinya terjatuh ke dalam kolam. Alangkah mengejutkan, beberapa ekor ikan muncul dan memberikan jarum daripada emas dan perak. Namun, wali Allah ini hanya mengambil jarum biasa seperti yang digunakannya tadi.

Kalau mereka mahu dunia, selautannya sudah di genggaman.

“Sufi kau hilang di pandangan, Ada di dalam kenikmatan, Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah, Andai tertutup tirai sufi, Yang terang tidak nampak terang, Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan.”

Bak kata Rumi, “Muutu Qabla anta Muutu”, matilah sebelum engkau mati.

Rumi menyebut dalam Mathnawi, “Wahai pemilik kesejatian, jika engkau menginginkan tersingkapnya hijab al-Haqq: pilihlah kematian, dan robeklah hijab.”

Tidak hairanlah Rumi mampu whirling berjam-jam. Rahsianya tersimpan dalam ‘mematikan’ diri sendiri. Pertamanya, mematikan syahwat daripada meguasai diri. Keduanya, merobek hijab rohani. Tiada lagi keakuan, sehingga fikiran boleh bertenang dan badan boleh melayang-layang terbang.

Bahkan, asal muasal whirling pun terjadi bila Rumi mendengar ketukan besi di bengkel, lalu teringatkan “Allah, Allah, Allah”. Apa sahaja yang terdengar di telinga, mengingatkan kepada-Nya.

Itulah maksud nafi.

Apa pula isbat?

Isbat adalah jatuh cinta berkali-kali. Ianya tafsiran bagi Surah Maidah ayat 54, “Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia mencintai mereka dan mereka juga mencintai-Nya.”

Allah dahulu mencintai kita, barulah kita mencintai Allah.

Kalau kita sudah rindu kepada Tuhan, ertinya yang memanggil kita pulang adalah Tuhan. Kita mencintai Tuhan, dengan cinta daripada-Nya. Isbat, mengembalikan semua kepada-Nya.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang yang meminati lirik sufi, pasti meminati RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shope.ee/LPt0ldjUH


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply