Apa perasaan korang kalau terjatuh ke laut dan ditelan ikan paus? Mungkin, seperti itulah situasi Nabi Yunus yang kena telan dengan seekor ikan yang besar bernama Nun.

Apa jadi pada baginda?

Sebelum itu, korang kena tahu yang kisah ini disebutkan dalam al-Quran. Perinciannya pula dihuraikan dalam kitab Qasasul Anbiya’ karangan Imam Ibnu Katsir.

Saiz ikan yang menelan baginda lebih besar daripada paus.Ia turut hidup dengan umur yang panjang. Nabi Yunus masuk ke dalam perut ikan Nun itu. Ikan Nun membawa baginda ke dasar lautan.

Nabi Yunus telah diliputi dengan tiga kegelapan iaitu kegelapan perut ikan, kegelapan dasar lautan dan kegelapan malam yang hitam. Dia bawah dasar lautan tersebut, baginda mendengar tasbih ikan-ikan dan pelbagai hidupan laut yang sentiasa memuji Allah.

Pada kebiasaannya, manusia yang ditelan ikan paus pasti sudah tidak boleh bergerak dan akan mati tidak lama lagi. Nabi Yunus cuba menggerakkan badan baginda. Setelah berjaya, baginda bersujud dan mengucapkan: “Oh Tuhanku, aku telah sujud kepadamu di sebuah tempat yang tidak pernah seorang pun sujud di situ.”

Ikan Nun menerima perintah dari Allah agar menelan sahaja Nabi Yunus hidup-hidup serta tidak membunuh baginda. Ikan Nun mentaati Allah dan berhati-hati agar tidak menghancurkan daging atau mematah-matahkan tulang baginda.

Sepanjang berada dalam perut ikan, Nabi Yunus sentiasa bertasbih kepada Allah: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Setelah 40 hari, Ikan Nun mendapat perintah dari Allah agar membawa Nabi Yunus ke tepi pantai. Apabila sampai ke tempat berkenaan, ikan besar itu memuntahkan baginda ke daratan. Baginda tercampak ke pasir pantai dalam keadaan lemah, seperti seekor burung yang tidak mempunyai bulu. Tubuh baginda merasa sakit kerana telah tinggal di dalam perut ikan selama berpuluh hari.

Allah menumbuhkan sejenis pokok seperti labu untuk baginda. Daunnya lebar dan boleh dijadikan pakaian. Manakala buahnya manis serta boleh terus dimakan. Tumbuhan ini juga tidak disukai oleh serangga seperti lalat dan nyamuk. Nabi Yunus mengambil daunnya untuk dijadikan selimut dan memetik buahnya untuk dijadikan makanan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply