Menurut cerita masyarakat tempatan, rumah ladang ini merupakan tempat berlakunya siri pembvnvhan dan kisah penderitaan yang dialami penghuninya. Menjadikan kisah seram dan penampakan kelibat menakutkan ini berterusan berterusan hingga ke hari ini.
Dikelilingi oleh pohon-pohon oak telah hidup berabad-abad lamanya, rumah itu mempunyai beranda yang luas, tiang besi yang diukir indah, permadani gebu, ukiran patung batu, dan candelier kristal yang tergantung. Pada pandangan pertama, rumah dan persekitarannya yang menghijau menyelimuti rumah dengan rasa kedamaian dan ketenangan.
Rumah itu sendiri adalah sebuah rumah besar dengan kerangka yang luas dan luaran dengan papan dan dibina dalam dua bahagian. Fasa pertama dibina pada tahun 1796, membentuk bahagian depan rumah iaitu bahagian utama. Ukurannya bertambah besar disebabkan oleh pemulihan dan pengubahsuaian pertengahan abad ke-19, rumah itu dibina mengajur ke selatan dan menggandakan keluasannya.
Dijuluk dengan gelaran “Salah Satu Rumah Paling Berhantu di Amerika”, rumah ladang ini dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 12 hantu. Sering dilaporkan bahawa 10 pembvnvhan telah berlaku di rumah ladang itu, tetapi rekod jelas hanya menunjukkan pembvnvhan William Winter.
Myrtles Plantation bermula sebagai sebidang tanah yang dibeli oleh David Bradford, seorang veteran Per4ng Revolusi Amerika. Di sini, dia membina sebuah rumah pada tahun 1796 dan menamakan tempat itu “Laurel Grove.”
Oleh kerana Bradford seorang yang dikehendaki kerana peranannya dalam Whisky Rebell1on pada tahun 1971-1794, Bradford melarikan diri dan bersembunyi. Dia membina rumah itu dan ketika itu St. Francisville masih lagi jajahan Sepanyol.
Dia tinggal di sana bersendirian selama beberapa tahun sehingga dia mendapat pengampunan secara rasmi semasa era Presiden John Adams pada tahun 1799. Dia kemudian membawa keluarganya tinggal untuk tinggal disitu.
Setelah kem4tian Bradford, kebun itu diserahkan kepada anak perempuan dan suaminya, Clarke Woodruff. Tetapi hidup mereka tidak begitu bahagia. Daripada tiga anak mereka, hanya seorang yang mencapai umur dewasa.
Dalam kebanyakan khabar angin yang tersebar, kisah seorang gadis bernama Chloe paling popular. Woodruff dikenali sebagai lelaki yang baik namun mempunyai keburukan iaitu nafsu yang tak terkawal. Dia juga telah lama memerhatikan seorang budak suruhan di ladang itu yang bernama Chloe.
Gadis itu tahu dia tidak boleh menolak kemahuan Woodruff, kerana dia akan dihukum dengan disuruh bekerja berjam-jam di bawah terik matahari, atau lebih teruk dari itu. Kerana tidak mempunyai pilihan, dia telah terpaksa memenuhi kemahuan s3ks Woodruff dan ianya hubungan itu bertahan selama beberapa tahun.
Oleh kerana bimbang diketahui oleh isteri Woodruff, Chloe acap kali mengintai dan mencvri dengar perbualan Woodruff dan isterinya (entah apa faedah cvri dengar perbualan orang dalam hal ni). Perbuatannya dihidu oleh Woodruff dan telinga Chloe telah dip0tong sebagai hukuman. Sejak itu, Chloe terpaksa memakai kain diatas kepala menutup telinganya yang c4cat.
Disebabkan tidak puas hati, Chloe mahu membalas dendam. Dia meletakkan r4cvn dalam makanan dan menyebabkan isteri Woodruff dan dua anaknya men1nggal dunia.
Budak suruhan lain yang bekerja di ladang itu takut perbuatan Chloe akan mendatangkan susah kepada mereka semua. Mereka mengg4ntung Chloe dan menyebabkan Chloe m4ti disitu. Tubuhnya dip0t0ng dan dibuang ke sungai.
Satu versi lain mengatakan Woodruff telah menjadikan budak suruhan lain sebagai pemvas n4fsu dan mula melupakan Chloe. Dia yang khuatir kedudukannya sebagai perempuan simpanan telah terjejas, malah dia bakal bekerja di ladang semula mula merencana sesuatu.
Dia meletakkan sedikit r4cvn dalam makanan anak-anak Woodruff dan berharap Woodruff akan memerlukannya supaya dapat menjaga mereka semasa sak1t. Rancangannya telah rosak kerana anak-anak Woodruff m4ti akibat r4cvn yang sikit itu. Budak suruhan lain yang m4rah dengan perbuatan Chloe telah menggantung Chloe di pokok sehingga m4ti, tubuhnya dip0tong dan dibuang ke sungai.
Pada tahun 1834, Woodruff menjual ladang itu kepada seorang ahli keluarga Ruffin Gray Stirling (keturunan ahli perubatan terkenal di Francisville). Stirlinh telah melakukan pengubahsuaian pada rumah itu dan nama rumah itu ditukar kepada Myrtle. Ini kerana pokok Myrtle yang banyak tumbuh di kawasan sekitar ladang itu.
Tidak lama selepas itu, rumah itu beralih milik kepada seorang lelaki bernama William Winter, seorang lelaki yang mengahwini salah seorang anak perempuan Stirling.
Kejadian buruk berlaku pada 1871, seorang lelaki yang tidak dikenali telah men3mb4k Winter ketika dia keluar dari rumah. Temb4kan itu menyebabkan keceder4an p4rah di dada Winter. Winter dikatakan sempat berlari masuk ke dalam rumah dan terjatuh di tangga. Lelaki itu m4ti dalam pelukan isterinya bernama Sarah.
Selepas dari itu, Myrtles terus bertukar tangan dari seorang ke seorang. Kemudian kejadian yang tidak diduga mula berlaku di Myrtle Plantation. Sekitar tahun 1970, ketika Myrtles Plantation dibeli oleh keluarga Meyers, reputasinya sebagai rumah yang berhantu mula naik.
Keluarga ini mengusahakan semula kawasan ladang dan tinggal dirumah itu. Mereka mengalami kejadian-kejadian aneh semasa tinggal di rumah itu. Antaranya, penghuni dan tetamu di rumah ladang itu mendengar suara yang pelik. Mereka juga mendakwa ternampak kelibat seorang gadis yang memakai penutup kepala.
Banyak yang berpendapat bahawa itu mungkin jelmaan Chloe yang telah dis1ksa dan dibvnuh kejam. Kisah khabar angin itu menjadi hangat yang pada ketika ini. Kemudian, pada tahun 1992, pemilik Myrtles melakukan sesi fotografi dan mendakwa kelibat Chloe muncul dalam gambar mereka.
Dia mengambil gambar rumah itu untuk proses mendapatkan polisi insurans. Penampakan kelibat itu hanya disedari selepas tiga tahun semasa gambar itu digunakan sebagai poskad. Bila diteliti, satu kelibat gadis muda muncul dalam foto itu.
Beberapa penduduk juga mengaku pernah melihat kelibat gadis-gadis muda dengan pakaian lama (didakwa budak suruhan Woodruff). Ada juga yang mendakwa melihat kelibat anak-anak Woodruff muncul di cermin berhampiran bilik tempat mereka m4ti selepas mereka diracvn (macam mana mereka kena anak-anak Woodruff yang duduk situ tahun 1830?).
Terdapat juga khabar angin dan buah mulut masyarakat tempatan yang mengatakan Myrtles Plantation dibina diatas kubur masyarakat pribumi amerika (Indian). Ada juga yang mendakwa melihat kelibat wanita pribumi Amerika berada dikawasan rumah itu.
Kisah pembvnvhan Willian Winter juga mengundang kisah seram di kalangan masyarakat. Kelibat hantu Winter dilihat terhuyung-huyung melalui pintu masuk rumah selepas ditembak dan menaiki anak tangga hingga ke anak tangga ke-17, di mana nyawanya tamat dalam pelukan isteri.
Rumah berhantu ini dijadikan tarikan pelancong. Mystery Tours diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu malam, dan para tetamu duduk pemandu pelancong yang akan menceritakan pengalaman peribadi mereka di rumah berhantu itu.
Sesi lawatan ditawarkan setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang. Lawatan ini akan menceritakan tentang sejarah dan kisah misteri kawasan ladang itu untuk sekitar 45 minit/satu sesi. Pengeranya berharga $15 untuk dewasa $12 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah (termasuk cukai).
Boleh tempah sesi lawatan di https://www.myrtlesplantation.com/tour/day-tours
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih