Korang yang nak shopping murah, jangan lupa ke Mydin. Ada banyak baju raya yang murah dan berwarna-warni, serendah RM5 sehelai. Murah lagi daripada roti john kat bazar. Apakah rahsia Mydin?
Mungkin korang tidak tahu, Mydin asalnya kedai runcit biasa.
Nama pasaraya itu diambil daripada pengasasnya, Mydin.
Segala-galanya bermula apabila kedai Gulam Husen Jamal hangus terbakar rentetan Perang Dunia Kedua yang merebak ke Tanah Melayu. Tragedi ini memaksa anaknya, Mydin untuk berpindah dari Pulau Pinang ke Kota Bharu, Kelantan. Mengambil faktor bersempadan dengan Thailand, Mydin membuka kedai runcit pertamanya di sana kerana mudah mendapatkan stok yang murah.
Tahukah anda, Mydin ketika itu berumur 21 tahun.
Selama 22 tahun, Mydin bekerja keras daripada sifar. Dia sanggup mengayuh basikal dan memanjat bas untuk menghantar barang kepada pelanggannya. Korang bayangkan, macam Lalamove atau Shopee Express, tetapi tanpa apps!
Pada 1979, Mydin membuka cawangan baru di Kuala Terengganu. Pada 1989, cawangan seterusnya pula dibuka di Kuala Lumpur. Setelah itu, Mydin lebih berani untuk bercita-cita besar. Dia mahu membina pasaraya besar pertamanya di Subang Jaya.
Masa itu, tiada bank yang sanggup bagi pinjaman.
Kata mereka, risikonya tinggi kerana bersaing dengan gergasi seperti Giant di zaman itu. Anak kedua Mydin, Datuk Ameer Ali lantang membidas, “Kenapa orang Malaysia suka pergi pasar malam? Sebab harganya murah.”
Akhirnya, Bank Arab-Malaysian Berhad setuju memberikan sumbangan.
And the rest is history.
Daripada kedai runcit yang berdindingkan kayu, pasaraya Mydin berubah kepada rangkaian pasaraya besar yang mencatat keuntungan berbilion ringgit. Boleh dikatakan, Mydin telah melaksanakan fardhu kifayah, iaitu menjadi usahawan muslim yang berjaya dan membangunkan umat Islam.
Apa yang kita boleh pelajari daripada Mydin, adalah berniaga dengan jujur. Bukannya scam orang, lepastu minta simpati bila tersontot! Mydin menunjukkan kecekalan dengan membina empayar perniagaannya selama 32 tahun, sebelum membina pasaraya besar pertama. Inilah tokoh usahawan yang patut kita angkat.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Anda mahu baca lebih banyak kisah orang-orang hebat, dan bagaimana mereka mencapai kejayaan seperti hari ini, kami nak cadangkan buku terbaharu yang kami terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu daripada buku best seller Bahasa Inggeris iaitu Hidden Genius. Boleh dapatkan di Shopee kami: https://shope.ee/20YNOtZyfO
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:




No comments yet