Setiap peperangan di setiap zaman mempunyai perbezaan ketara dalam penggunaan senjata mengikut teknologi semasa. Penggunaan senjata kimia dan gas dalam perang sememangnya melanggar etika. Tapi ni cara paling mudah untuk membunuh ramai dalam masa yang singkat.
Semasa Perang Dunia Pertama, gas yang paling biasa digunakan untuk membunuh ialah ‘Mustard Gas’. Asalnya berbentuk cecair tidak berwarna, tetapi dalam Perang Dunia Pertama, ia berbentuk cecair berwarna mustard dengan bau yang seperti bawang putih atau lobak pedas.
Bersifat merengsa dan melepuh, gas ni menyebabkan kelecuran kimia bila meresap dalam kulit berserta lepuh meleleh cecair kuning. Apabila seseorang mula terdedah dengan gas ni, mulanya tiada gejala dirasai. Tapi bila kulit mula merengsa, dah terlambat dah untuk kita ambil langkah pencegahan.
Kadar kematian akibat Mustard Gas hanya 2-3%, tapi mereka yang mengalami kelecuran kimia dan masalah pernafasan imasukkan ke hospital dalam tempoh yang sangat lama dan mereka yang pulih sangat berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser semasa hayatnya.
Gas sering digunakan dengan pelbagai cara. Kebanyakan gas ditembak meneggunakan peluru artileri. Gas ditukar kepada bentuk cecair dan diletakkan dalam botol kaca di dalam kepala peledak yang akan pecah apabila mendarat dan cecair akan meruap.
Peluru dikodkan dengan warna seperti sistem yang dimulakan oleh Jerman. Peluru Palang Emas (atau Kuning) mempunyai gas mustard didalamnya.
Jerman melepaskan Mustard Gas pada musim panas 1917. Ia menyerang kulit dan membutakan mangsa serta menembusi topeng gas dan alat pernafasan yang sedia ada.
Kira-kira 1 juta tentera terkorban dengan gas-gas senjata kimia semasa perang. Kebanyakan askar tak pernah melaporkan berkenaan gas yang mereka hidu. Namun akhirnya menderita pada tahun-tahun kemudian akibat penyakit dan ketidakupayaan yang disebabkan oleh senjata kimia tersebut.
Oleh: Azizul Farhan
…
Perkembangan sains kadang-kala membawa kepada kemusnahan dan membinasakan setiap yang bernyawa apabila disalahguna. Ketahui lebih lanjut berkenaan tokoh-tokoh sains bersama THE PHYSICISTS ODYSSEY sempena JUALAN PASCA PBAKL di: https://bit.ly/ThePhysicistOdyssey




No comments yet