Banyak komik dan wayang keluaran Marvel dan DC yang mengisahkan tentang penceritaan ‘multiverse’ iaitu kewujudan alam semesta lain selain alam semesta tempat kita berada. Lepas layan, mesti kita tertanya-tanya macam mana rupa alam semesta lain itu? Adakah wujud ‘kembar’ kita di sana, atau alam semesta sana lagi pelik dari sekadar ada planet dan bintang?

 

Konsep ‘multiverse’ adalah salah satu elemen sains fiksyen yang buat kita teruja. Tapi, wujudkah ‘multiverse’ ini dari sudut pandang sains sebenar?

 

Dulu, teori kewujudan ‘multiverse’ telah lama dibincang dalam kalangan ahli falsafah Yunani. Tapi, bagi ilmuan sains teori ini hanyalah khayalan ahli falsafah semata-mata sebab mustahil untuk mereka pergi ke angkasa dan terus mencari ‘multiverse’ tersebut.

 

Sampai masuk abad ke-20 Masihi, barulah saintis-saintis angkasa mengambil perhatian tentang teori kewujudan ‘multiverse’ ini. Banyak teori-teori mereka tentang kewujudan berbilang-bilang alam semesta.

 

 

Pertama, alam semesta lain memang wujud. Alam semesta kita seluas bertrillion tahun cahaya dan mempunyai penghujung. Di luar penghujung alam ada alam semesta lain yang hukum fizik dia sama tapi mempunyai dunia yang berbeza dengan kita.

 

Teori kedua pula ialah alam semesta kita begitu luas tanpa batasan. Mungkin tidak wujud konsep ‘multiversi’ tapi akan ada Bumi sama dengan Bumi kita dan ‘kembar’ korang pun ada di Bumi tersebut. Mungkin juga ramai korang dari Bumi yang berbeza.

 

Teori ketiga ni agak menarik sikit, iaitu teori kitaran abadi. Mungkin ‘multiverse’ yang dimaksudkan ialah alam semesta yang lepas sebelum alam semesta sekarang. Maksudnya, kita mungkin pernah hidup sebelum ini, kemudian kita mati, alam semesta pun turut mati.

 

Kemudian berlaku lagi peristiwa Big Bang. Lepas tu alam semesta baru lahir dan kita pun lahir semula dengan badan baru dan kehidupan baru. Kita tak tahu pun berapa kali telah kita meninggal dunia. Kitaran abadi ini berterusan tanpa henti, maka ‘multiverse’ yang dimaksudkan ialah alam semesta sebelum alam semesta sekarang.

 

Tiga teori ini sajalah saya senaraikan. Banyak lagi teori lain tapi ketiga-tiga teori ini cukup korang tahu yang saintis begitu teruja nak mengkaji kewujudan ‘multiverse’ ini. Adakah kita bakal menemui ‘kembar’ kita dari alam semesta lain?

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply