Allah memberikan banyak mukjizat kepada Nabi Isa. Sepanjang masa, malaikat Jibril sering menemani baginda. Selain boleh berbicara sejak dalam buaian, Nabi Isa juga diberikan ilmu dari kitab suci iaitu Taurat dan Injil. Baginda juga seorang yang berhikmah dan pandai menulis.

Nabi Isa boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang berpenyakit sopak. Apabila baginda mengambil tanah liat dan membentuknya seperti burung, ia akan terbang dan menjadi burung yang sebenar setelah ditiup dengan izin Allah.

Kisah ini boleh ditemukan dalam kitab Qasasul Anbiya’ karangan Imam Ibnu Katsir.

Pada suatu hari, Nabi Isa menemui seorang wanita yang menangis di atas tanah perkuburan. Baginda mendekatinya dan bertanya, “Oh makcik, mengapakah makcik menangis di sini?”

“Oh Nabi Isa anak Maryam, satu-satunya anak gadisku sudah meninggal dunia. Aku sudah tidak mempunyai anak lagi. Aku telah berjanji dengan Tuhan bahawa aku tidak akan ke mana-mana sehinggalah Tuhan menghidupkannya supaya aku boleh melihatnya lagi,” jawab makcik tersebut.

Nabi Isa berkata, “Kalau engkau dapat melihatnya lagi, adakah engkau mahu pulang ke rumah?”

Makcik itu menjawab, “Ya, aku akan pulang setelah melihatnya.”

Kemudian, Nabi Isa berdiri menghadap kiblat dan menunaikan solat dua rakaat. Baginda pun berdoa selepas habis solat. Lantas, dengan suara yang jelas, baginda memanggil, “Hai gadis, bangun dan keluarlah!”

Tanah perkuburan itu bergegar. Nabi Isa memanggil lagi buat kali kedua. Maka, bumi pun terbelah dan menampakkan isi kubur. Nabi Isa memanggil lagi kali ketiga. Dengan izin Allah, seorang anak gadis keluar dari kubur berkenaan sambil membersihkan kepalanya yang berdebu.

“Mengapa engkau lambat menyahut panggilanku,” soal Nabi Isa.

Gadis itu menjelaskan, “Ketika engkau memanggil kali pertama, Allah menghantar malaikat untuk membentuk semula tubuhku. Pada panggilan kedua, rohku masuk semula ke tubuh. Pada panggilan ketiga, aku takut bahawa detik hari kiamat sudah tiba. Kerana ketakutan, alis dan bulu mataku jadi beruban.”

Gadis itu bangun dan menemui ibunya.

“Oh ibuku yang tersayang, apa yang membuatmu ingin untuk aku merasakan kesakitan maut buat kali kedua? Oh ibuku yang tersayang, sabarlah. Bertawakallah kepada Allah, kerana aku tidak ingin lagi hidup di dunia.” Seterusnya, gadis tersebut menghadap kepada Nabi Isa, “Oh Nabi Isa anak Maryam, mohonlah kepada Tuhanmu agar mengembalikanku ke alam kubur. Mudahkanlah aku untuk menghadapi sakaratul maut.”

Permintaan anak gadis itu diperkenankan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Rumi ada menceritakan kelebihan Nabi Isa dalam Mathnawi! Bacalah, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Diskaun istimewa untuk pembeli-pembeli terawal! Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi. Klik: https://shp.ee/e6n9puy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply