Drama Melayu kalau ada anak Dato’, suka pakai nama Danial. Lepastu CEO Megah Holding akan cakap, “Danial, papa nak daniel take over syarikat papa.” Tapi, korang tau tak Danial ni sebetulnya nama Nabi?

Ya, baginda adalah Nabi dari Bani Israil. Setepatnya ketika era awal penjajahan Nebuchadnezzar II ke atas Kota Babylon Bani Israil. Kaum Yahudi telah kalah perang dan terpaksa menerima pemerintahan baru. Menjadi resmi bagi penjajah, untuk mengasimilasi pentadbiran dengan negeri jajahan. Ini bertujuan menjamin keamanan dan kestabilan.

Raja Nebuchadnezzar II mengambil 4 pemuda Bani Israil untuk berkhidmat kepadanya. Sampai je istana, mereka dihidangkan arak wain. Namun kerana masih kuat berpegang dengan hukum Taurat, mereka tidak meminumnya. Salah seorang daripada mereka ialah Nabi Danial.

Mereka berempat mendapat tempat dalam dewan pentadbiran kerajaan baru. Dengan lantikan ini, mereka berpeluang memberi nasihat kepada raja. Nabi Danial dibagi nama Belteshazzar. Tiga yang lain dinamakan Shadrach, Meshach, dan Abednego.

Pada satu malam, Raja Nebuchadnezzar II bermimpi melihat sebuah berhala besar yang dibuat dari empat jenis logam. Kepalanya dari emas, abdomen bawahnya dari perak, bawahnya lagi dari tembaga dan kakinya dari besi dan tanah liat. Berhala agam itu hancur berkecai pula bila dihempas batu dari langit.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tidak ada siapa yang dapat mentakwil apakah maknanya.

Nabi Danial ke hadapan dan mentafsir satu persatu. Empat jenis logam tadi bermaksud empat Kerajaan yang sedang dan bakal menguasai tanah Babylon ini. Kerajaan Nebuchadnezzar II adalah kepala emas tadi yakni pemerintahan yang pertama. Perak dimaksudkan sebagai Parsi, tembaga dimaksudkan sebagai Yunani, besi dimaksudkan sebagai Rom dan tanah liat menunjukkan zaman ketidakstabilan.

Terpateri dalam sejarah, semua yang dinyatakan Nabi Danial menjadi benar belaka. Pemerintahan raja Nebuchadnezzar II dianggap zaman keemasan sebelum kerajaan-kerajaan lain bersilih ganti menawan Babylon.

Kerajaan Parsi Achaemenid menawan Babylon pada 539 SM. Kerajaan Yunani Alexander The Great menawan Babylon pada 321 SM. Kerajaan Rom menawan Babylon pada 116 M. Perpecahan Kerajaan Rom yang memerintah Babylon bermula pada 476 M.

Di malam lain, Raja Nebuchadnezzar II bermimpi ada sebuah pokok besar yang lebar dahan dan daunnya memayungi seluruh dunia. Sementara itu ada sosok dari langit yang mendikri pokok itu agar ditebang. Apakah pula makna mimpi yang ini!

Sekali lagi Nabi Danial dengan yakin menafsirnya. Takwilannya berkenaan kekuasaan Tuhan ke atas Raja-raja di muka bumi.

Satu masa, anak Nebuchadnezzar II iaitu Belshazzar merampas simpanan harta dari rumah ibadat Bani Israil untuk mengadakan pesta dan jamuan besar. Belshazzar memang tak reti hormat Nabi Danial selaku seorang Nabi. Serta merta, muncul suatu tulisan di dinding yang tidak mampu difahami sesiapa jua. Nabi Danial membacanya dan dengan mudah menterjemah. Katanya, Kerajaan Nebuchadnezzar II ini diramalkan jatuh kepada Medes dan Parsi.

Pada masa yang dijanjikan, ramalan ini menjadi kenyataan.

Raja Darius atau nama lainnya Nabopolassar dari Medes, menaiki takhta. Era ini dipanggil Neo-Babylonian Empire atau Empayar Babylon Kedua. Raja Darius membawa agama menyembah dirinya sebagai Tuhan. Bani Israil yang masih bertauhid mendapat dugaan berat. Malahan Nabi Danial turut terkena tempiasnya.

“Your Majesty looked, and there before you stood a large statue—an enormous, dazzling statue, awesome in appearance. The head of the statue was made of pure gold, its chest and arms of silver, its belly and thighs of bronze, its legs of iron, its feet partly of iron and partly of baked clay. While you were watching, a rock was cut out, but not by human hands. It struck the statue on its feet of iron and clay and smashed them. Then the iron, the clay, the bronze, the silver and the gold were all broken to pieces and became like chaff on a threshing floor in the summer. The wind swept them away without leaving a trace. But the rock that struck the statue became a huge mountain and filled the whole earth.” (Daniel 2:31-35) Bible New International Version.

“Your Majesty, you are the king of kings. The God of heaven has given you dominion and power and might and glory; in your hands he has placed all mankind and the beasts of the field and the birds in the sky. Wherever they live, he has made you ruler over them all. You are that head of gold.” (Daniel 2:37-38) Bible New International Version.


Korang kalau berminat nak tahu pasal Yahudi, jemput baca buku ni. Pratempah nak tamat dah. Link: bit.ly/kitabtamadunyahudi

Korang kalau berminat nak tahu lagi mendalam pasal Yahudi, jemput baca KITAB TAMADUN YAHUDI. Link: bit.ly/kitabtamadunyahudi

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply