Bandar Meerut terletak dua jam daripada New Delhi. Ia memainkan peranan besar dalam negeri Uttar Pradesh. Gabungan tradisional dan pemodenan telah membuka peluang pekerjaan kepada populasi jutaannya.
Tetapi penghujung Mei 2020 tidak mewarnai bandar ini dengan kelebihannya. Sejarah silamnya sejak Tamadun Indus pun tidak disentuh. Kerana pada 29 Mei 2020, sebuah hospital kerajaan telah ditimpa bala yang agak aneh.
Jika Mesir mempunyai sejarah badaian bala serangga dan Singapura pula ialah kisah todak, hospital Meerut pun telah menyertai dengan sejarah sendiri.
Tetapi bala tersebut ialah sekumpulan monyet yang mencuri sampel d4rah daripada suspek koronavirus (Pratap & Gupta, 2020).
Seperti yang dilaporkan seorang pengelola perubatan bernama Dr Dheeraj Baliyan, kumpulan monyet tersebut telah meny3r4ng pembantu makmal dan melarikan sekotak berisi tiga sampel d4rah.
Kumpulan beruk-beruk telah memanjat pokok dan membaling balik sampel. Tetapi sebelum membaling, mereka sempat menggigitnya (AFP, 2020).
Setakat ini belum disahkan lagi jika koronavirus boleh menj4ngkiti haiwan, suatu proses yang digelar pengunduran zoonosis (Newman, 2020).
Para saintis sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengendalikan hal ini. Kerana sebarang kegagalan boleh (1) menyebabkan penularan semula terhadap manusia dan (2) memberikan hvkuman tidak adil kepada haiwan.
Tetapi berdasarkan penemuan dalam pencarian vaksin, beruk memperolehi imuniti tersendiri selepas disuntik koronavirus (Steenhuysen, 2020).
Maka buat sementara waktu, tiada siapa risau jika gelagat beruk Meerut boleh mengundang masalah kesihatan. Namun atas langkah pencegahan, mereka tetap membersihkan keadaan sekeliling dan memastikan limpahan d4rah tidak disentuh orang ramai.
Beruk-beruk di India memang sudah biasa meny3r4ng makanan. Banyak dalam kalangan kelompok beruk telah biasa diberikan makanan.
Kerana bagi sesetengah pecahan agama Hinduisme, beruk dianggap sebagai unsur ketuhanan (Tabin, 2020).
Biasanya makanan akan diberikan dalam bungkusan – dan mungkin disebabkan kebiasaan inilah mereka sangka sampel d4rah itu ialah makanan.
Dijangka punca s3r4ngan adalah kerana kekurangan orang ramai di khayalak umum. Akibatnya, makanan pun kurang diberi.
Pengunduran zoonosis ialah perkara terakhir diperlukan India. Anjing dan kucing pun sudah terbukti boleh menghid4pi koronavirus, walaupun peluang j4ngkitan itu sendiri sangatlah minimum (AFP, 2020).
Walaupun data China tidak boleh dipercayai, India telahpun melepasi angka rasmi dilaporkan. Sehingga 1 Jun, sebanyak 198,370 kes telah dilaporkan dengan kesembuhan 91,819.
Sebarang percambahan adi-kluster tentu sekali akan meranapkan segala keletihan India dalam perjuangan yang masih belum selesai.
Enam bandaraya yang berdepan dengan sebahagian besar peratusan ini: Ahmedabad, Chennai, Delhi, Kolkata, Mumbai dan Pune.
Dibawah Akta Peny4kit Berj4ngkit 1897, India telah menggerakkan segala jentera diperlukan dalam semua jabatan-jabatan kerajaan.
Bagi Pertubuhan Kesihatan Dunia, India juga memegang suar harapan yang mampu menyumbang dalam kebolehan dunia menangani koronavirus (PTI, 2020).
Namun kesan-kesan ekonomi kerana perintah berkurung telah mer0sakkan dunia pekerjaan India. Ramai dalam kalangan pekerjaan kecil, pertanian dan persendirian telah dinafikan akses dalam pasaran (Kishore, 2020).
Bagi suku pertama tahunan, pertumbuhan India telah mencapai paras paling perlahan dalam tempoh lapan tahun.
Hanya +3.1 peratus sahaja mewarnai pencapaian India, tetapi dengan penularan pantas selepas April, tentu sekali penguncupan dan kemelesetan akan berlaku.
Kerajaan telah bergerak untuk merangsangkan ekonomi dengan potongan kadar – kerana ramalan pakar ekonomi meletakkan ekonomi India akan menguncup sebanyak 5-20 peratus bermula April (Manoj, 2020).
RUJUKAN:
AFP. (2020, Mei 16). Dutch dog, three cats inf3cted with Covid-19. New Straits Times. Retrieved from (ditapiskan).
AFP. (2020, Mei 30). Indian monkeys snatch coronavirus samples. Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/asia/south-asia/indian-monkeys-snatch-coronavirus-samples
Kishore, R. (2020, Mac 28). ‘Unprecedented cr1s1s; do whatever it takes’: Jayati Ghosh on Covid-19. Hindustan Times. Retrieved from (ditapiskan)
Manoj, K. (2020, Mei 30). Indian economy slows in March quarter, with worst to come. Reuters. Retrieved from https://in.reuters.com/article/india-economy-gdp/indian-economy-slows-in-march-quarter-with-worst-to-come-idINKBN23608R
Newman, T. (2020, Mac 31). Could COVID-19 impact great apes? Medical
Pratap, R.M., & Gupta, S. (2020, Mei 29). Monkeys snatch bl00d samples of suspected Covid-19 p4tients in India. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/05/29/india/monkey-samples-covid-19-india-intl-scli/index.html
PTI. (2020, Mac 24). India has tremendous capacity in er4dic4ting coronavirus p4nd3mic: WHO. India Times. Retrieved from (ditapiskan).
Steenhuysen, J. (2020, Mei 20). Monkeys inf3cted with COVID-19 develop immunity in studies, a positive sign for vaccines. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/world/2020/05/20/monkeys-infected-with-covid-19-develop-immunity-in-studies-a-positive-sign-for-vaccines
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih