Sebelum aku memulakan tulisan aku ni, izinkan aku untuk dabikkan bahawa Money Heist merupakan sebuah karya heist terbaik yang aku pernah tonton antara belasan karya-karya heist yang pernah wujud dalam sejarah. Kenapa aku mengatakan sedemikian? Sebab karya ni tak bercakap mengenai cliché dalam karya-karya heist semata-mata, sebaliknya ia bersifat seperti sebuah “propaganda” yang sedang disebarkan melawan sistem kapitalisme. Lebih menarik “propaganda” itu menggunakan wadah sebuah kisah mengenai rompakan untuk meneggakkan ideologi sosialismenya.

Sebelum apa-apa, aku nak ceritakan sedikit mengenai siri ini. Ia berkenaan mengenai sebuah rompakan yang diketuai oleh seorang lelaki yang memanggil dirinya The Professor. The Professor telah mengumpulkan penjenayah licik dari seluruh Sepanyol untuk mengelolakan sebuah rompakan yang didabiknya terbesar di dunia. Setiap penjenayah dinamakan sempena nama-nama bandar yang berdiri seluruh dunia, tanpa mereka mengetahui nama masing-masing.

Rompakannya bukan jenis yang biasa-biasa. The Professor telah memilih sebuah bank yang dimana di dalamnya terdapat mesin-mesin yang bekerja 24 jam memproses duit-duit dalam mata wang Euro. Kata Professor, mereka tidak merompak daripada manusia, mereka tidak merampas harta sesiapa. Maka bermulalah rancangan hebat The Professor yang merencanakan sebuah heist terhebat dan paling memukau. Lawan Professor adalah seorang inspektor polis bernama Raquel yang sama bijak, setanding dengan kelicikan Professor.

Apa yang aku ingin sampaikan berkenaan karya ini ialah simbolik-simbolik yang digunakan seolah-olah memberitahu bahawa mesej utama dalam karya ini berkaitan pertembungan antara sosialisme dan kapitalisme. Simbolik pertama yang anda dapat lihat ialah dah tentu pada pakaian serba merah para perompak ini. Merah ialah simbolik yang memang dikaitkan dengan sosialisme.  Jadi, pada pakaian mereh perompak itu sahaja adalah simbolik kepada sosialisme. Tapi mesti ada yang kata aku memandai-mandai pulak dengan warna merah jer aku terus kait dengan sosialisme. Sabar sat… kita baru kat mukadimah artikel.

Topeng Salvador Dali

Simbolik kedua yang kau nampak pada topeng yang dipakai oleh para perompak. Topeng itu ialah wajah Salvador Dali, seorang pelukis terkenal dalam sejarah Sepanyol yang pernah ada rekod memeluk ideologi Komunism pada awal usianya. Bahkan tak cukup dengan topeng tersebut, kita juga dapat melihat bagaimana lagu Bela Ciao dimainkan dalam siri TV ini yang merupakan lagu anti-fasis di Itali yang sangat dikaitkan dengan gerakan Komunis di Eropah itu. Tentunya, bagaimana hari kelahiran watak utama dalam cerita ini iaitu Moscow pada Hari Pekerja ditekankan pada babak kematiannya.

Seperti mana yang kita tahu, perjuangan Sosialisme dan Komunisme ialah mengangkat kelas pekerja yang ditindas oleh kapitalisme. Jadi, menyebut dengan jelas hari lahir watak utama yang mati pada hari pekerja secara tiba-tiba dalam siri ini tak lain dan tak bukan ialah percubaan untuk menguatkan lagi simbolik Sosialisme dalam cerita ini.

Kalau masih tak cukup perlambangan Sosialisme dalam kisah ini, pada awal musim ketiga, kita dapat melihat bagaimana The Professor merencanakan wang hasil rompakan mereka pada musim pertama dan kedua dituangkan dari atas langit kota Madrid, dan dibahagian sama rata kepada para marhaen yang menjadi mangsa kapitalisme yang mereka cuba lawan.

Ini memang lebih kurang sama dengan ideologi Sosialisme untuk membahagi sama ratakan harta kekayaan negara kepada rakyat marhaen. Dan kebetulan, The Professor dan pasukan rompakannya tidak merompak dari rakyat, tetapi dari bank yang mencetak wang. Mereka merompak dari kerajaan, dan memberikan wang tersebut kepada rakyat.

Bahkan perbahasan antara The Professor kepada Racquel, isi Inspektor Polis yang merangkap teman wanitanya, dalam percubaan menyakinkan bahawa dia bukanlah penjahat juga berbaur Sosialisme. Kata The Professor, dia cuma menyebarkan wang tersebut kepada rakyat kerana hakikatnya, kertas itu tiada nilai pun.

Kritikan lain itu yang dilontarkan oleh The Professor terhadap kapitalisme, dan bagaimana kerajaan Sepanyol mengendalikan krisis ekonomi 2008-2009 dahulu yang menghumbankan Eropah ke kancah krisis ekonomi yang membuatkan statistik mengangur Sepanyol meningkat, beban hutang yang semakin bertambah, dan bagaimana bank-bank cuma membantu para kapitalis melepaskan diri daripada bebanan hutang ketika itu, menunjukkan bahawa watak utama siri ini memang ada masalah dengan kapitalisme, atau itu sekurang-kurangnya yang aku nampak.

Mungkin kerana para rakyat dalam latar masyarakat siri tersebut memandang kumpulan ini dengan kaca mata aku, tak hairanlah mereka tidak dilayan seperti pengganas atau perompak, sebaliknya dijulang sebagai wira dan simbolik sebuah revolusi melawan tirani kapitalisme. Dan kepada Netflix, bila season 4 nak keluar ni? Kami dah tak menyabar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.