Khabar-khabar angin kononnya sekolah jenis kebangsaan Cina melahirkan murid pandai berbanding sekolah kebangsaan adalah kenyataan berlebih-lebihan dan mendekati dongeng mitos saja.

Laporan dari Kementerian Pendidikan menunjukkan antara tahun 2006 hingga 2010, kadar keciciran sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan (SK). Laporan dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) juga mengakui bahawa satu dari empat orang pelajar tercicir dari sekolah Cina pada usia 18 tahun. Ini menjadikan kadar keciciran sekolah Cina adalah sebanyak 25 peratus.

Sumber: The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia oleh Dr. Muhammed Abdul Khalid

Juga: https://www.thestar.com.my/…/main-reason-is-students-lack-o…

Malah mutu pendidikan di sekolah kebangsaan semakin meningkat dan perbezaan prestasi antara SK dengan SJKC adalah kecil, iaitu 0.3 mata peratus pada 2011. Malah prestasi SJKC semakin merudum berbanding SK yang prestasinya semakin naik.

Rujuk: https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2018/02/bab-3.pdf

Entah siapa la yang sebarkan dongeng tu. Segelintir orang Melayu yang perasan urban pun tertipu. Lain kali kena pandai baca statistik. Banyak kali tertipu ni. Hari tu orang Islam di Malaysia dituduh kononnya paling ramai terlibat dalam perkahwinan bawah umur. Keluar data dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah, rupa-rupanya paling ramai adalah non-muslim huhu.

Rujuk: https://says.com/…/non-muslim-lebih-ramai-kahwin-bawah-umur…

Juga: https://www.thestar.com.my/…/nonmuslim-child-marriages-on-…/

Kes Eljibiti pun sama. Dok canang eljibiti sana sini tup tup keluar statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia, rupa-rupanya golongan Eljibiti terutama MSM (Men who have sex with Men) adalah pengidap AIDS tertinggi negara. Berjuta habis nak rawat demer ni kalau tengok laporan KKM 2019.

Rujuk: www.moh.gov.my/…/P…/Laporan/Umum/Report_GAM_2019_(Final).pdf

Juga: www.moh.gov.my/…/Ending%20AIDS%20in%202020%20(Final_271115)…

Cuba hidup jangan menyusahkan orang. Hentikan promosi gaya hidup tak sihat ni. Kita nak nasihat ikut agama, demer macam tak bertuhan, macam tak percayakan Allah swt. Ini matematik dan sains pun tak menyebelahi benda Eljibiti ni pun nak denial syndrome juga. No komen lah kan. Tunggu tanah kubur lah jawabnya.

Kesimpulan dari semua kes Tipah Tertipu ni, kenalah berpihak pada fakta dan data. Jangan asyik percaya pada tahyul dan dongeng.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.