Di sebuah gua di Umm Jirsan, 80 batu di utara Madinah, pakar-pakar arkeologi merasa takjub dengan apa yang dilihat mereka. Dalam gua yang dikenali sebagai Gua Serigala itu, mereka menemui ratusan ribu tu.la.ng termasuk tu.la.ng manusia!
Sejak gua itu diteroka 10 tahun lepas, penemuan lambakan tu.la.ng-tu.la.ng ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengkaji. Tetapi Matthew Stewart dari Institut Ekologi Kimia Max Planck menerusi kajiannya mendapati ia dilakukan oleh dubuk dan telah dikumpul selama 7,000 tahun!
Gua Serigala terbentuk akibat aktiviti tiub lava lama dan dikatakan berusia lebih lima juta tahun. Tiub ini berukuran 1.5 km panjang sekaligus membuatkan bulu roma para pengkaji meremang apabila melihat lambakan tu.la.ng dalam gua berkenaan.
Rajah 1: Gua Serigala di Umm Jirsan terbentuk kira-kira lima juta tahun lalu. Sumber: springer.com
Kesimpulan ini dibuat selepas mengkaji permukaan tu.la.ng-tu.la.ng, kekerapan ia ditemui dan lokasi sekitar. Tambah Stewart, haiwan itu memang dikenali sebagai pengumpul tu.la.ng yang tegar di mana ia akan membawa tu.la.ng-tu.la.ng kembali ke gua yang dihuninya. Tu.la.ng-tu.la.ng ini sama ada diberi kepada anak-anak dubuk, dimakan atau disimpan.
Saintis menemui 2,000 tu.la.ng dengan separuh daripadanya sudah dikenalpasti. Selain tu.la.ng manusia, terdapat juga spesies haiwan seperti keldai, unta, kambing dan kuda. Pasukan pengkaji turut menemui tu.la.ng dubuk dalam lambakan tu.la.ng yang ditemui sekaligus menunjukkan haiwan ini boleh menjadi ka.ni.bal apabila situasi terdesak.
Kebiasaannya, dubuk akan makan keseluruhan ba.ng.kai haiwan termasuk tu.la.ng dan hanya meninggalkan gigi dan tu.la.ng rahang. Penemuan ini dilihat dapat memberi pelbagai maklumat tentang kegiatan awal manusia di kawasan berkenaan termasuk jenis haiwan yang digunakan ketika itu. Ia sudah pasti akan menyingkap pelbagai rahsia tentang sejarah manusia di wilayah berkenaan.
RUJUKAN:
Seddon, Sean. (2021). Scientists uncover mystery of desert cave full of ‘beautifully preserved’ bones. Daily Mirror.




No comments yet