Tidak ramai tahu sekitar 4,000 tahun lalu, wujud sebuah peradaban yang berupaya membina bandar terusan Liangzhu mengatasi Venice di Itali. Pengkaji arkeologi yang menemui tapak kota tersebut pada 1936 menggelarnya sebagai Venice Zaman Batu. Tetapi entah di mana silapnya, kota tersebut ditinggalkan begitu saja.

Sejak itu, ia menjadi sumber perdebatan ahli komuniti arkeologi tentang punca Liangzhu ditinggalkan. Ada yang berpandangan ia ditinggalkan akibat aktiviti pepe.ra.ngan. Ada juga mendakwa ia ditinggalkan akibat masalah kebuluran atau penularan penyakit. Namun begitu, para saintis percaya jawapan persoalan ini mudah saja: perubahan iklim.

Menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, pasukan pengkaji percaya hujan lebat yang dicetuskan oleh kitaran El Nino yang terlalu aktif sebagai punca banjir yang membanjiri Liangzhu. Banjir sama juga turut bertanggungjawab memu.sn.ahkan infrastruktur-infrastruktur yang mengawal aliran air untuk kota berkenaan.

Liangzhu terletak 100 batu di barat daya Shanghai dan berada di sebuah muara sungai berhampiran Laut China Timur. Peradaban yang mengasaskan kota tersebut tinggal di situ selama sealaf iaitu antara 3300 hingga 2300 SM. Masyarakat ini bertanggungjawab membina terusan, saliran, empangan dan takungan air bagi menyokong aktiviti pertanian yang wujud ketika itu.

Sejak ditemui pada 1936, kerja-kerja ekskavasi mendedahkan pelbagai artifak menarik termasuk ukiran-ukiran jed yang rumit. Disebabkan statusnya sebagai Venice Zaman Batu, China mencadangkan Liangzhu diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengiktirafan tersebut diberi pada tahun 2019.

Rajah 1: Kawasan perkuburan Liangzhu, tempat ukiran-ukiran jed yang rumit ditemui. Sumber: Institut Arkeologi dan Peninggalan Kebudayaan Wilayah Zhejiang

Sebelum ini, para saintis berspekulasi bahawa banjir merupakan punca kota ini ditinggalkan oleh penghuninya kira-kira 4,000 tahun lalu. Bagaimanapun, tanpa sebarang bukti kukuh, ia hanya teori di atas kertas. Tetapi semua itu berubah menerusi penemuan lapisan nipis tanah liat sekitar kawasan runtuhan.

Bagi penulis kajian Christoph Spotl dari Kumpulan Penyelidikan Kuartener di Universiti Innsbruck, Austria, ia mewujudkan kaitan antara banjir dari Sungai Yangtze atau Laut China Timur dengan keruntuhan Liangzhu. Dan ia kemudiannya disokong dengan kajian pada stalagmit yang terdapat di dua buah gua bawah air berhampiran.

Bagi mendapatkan data menarik daripada stalagmit-stalagmit ini, dua teknik digunakan. Pertama, analisis isotop karbon bagi menentukan kelembapan semasa ia terbentuk. Kedua, teknik pentarikhan uranium-thorium bagi menentukan usia sebenar stalagmit. Hasil kajian mendedahkan wujud tempoh hujan lebat antara 4,345 hingga 4,324 tahun lalu.

Rajah 2: Analisis pada stalagmit-stalagmit mendapati banjir menjadi punca kejatuhan Liangzhu. Sumber: Haiwei Zheng

Hujan lebat ini didorong oleh pemanasan air laut Pasifik – peristiwa yang dikenali sebagai Alunan El Nino-Selatan. Kajian sama turut mendedahkan keadaan lembap ini berterusan selama beberapa ratus tahun sehingga membawa kepada pembentukan Dinasti Xia sekitar 2070 SM.

Pengasasnya Raja Yu Yang Agung (Yu the Great) memperkenalkan pelbagai kaedah kawalan banjir yang lebih berkesan di China. Atas jasanya itu, baginda diberi gelaran sebagai Penjinak Banjir. Begitupun, para saintis percaya kaedah kawalan banjir Yu turut didorong oleh faktor perubahan iklim sekaligus memastikan kebangkitan Dinasti Xia.

Rajah 3: Lakaran Raja Yu Yang Agung era Dinasti Han.

RUJUKAN

Kindy, D. (2021, 2 Disember). Why Did This Chinese City of Canals Collapse in the Third Millennium B.C.E.?. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.