Penggemar sejarah Rom pasti sedia maklum kisah Cleopatra dengan Julius Caesar dan Mark Antony. Pemerintah Mesir Purba itu diangkat sebagai ikon penggoda kerana berupaya menundukkan dua pemimpin Rom terkenal itu. Dan saintis percaya ia dicapai menerusi resepi minyak wanginya yang berjaya dihasilkan semula saintis baru-baru ini.

Semasa era antikuiti, kerajaan Mesir Purba dikenali oleh banyak kerajaan sebagai pengeluar minyak wangi yang bermutu. Dengan amalan penghasilan minyak wangi bermula 3,000 tahun sebelumnya, pasti Cleopatra mengetahui minyak wangi berkualiti yang sesuai dengan dirinya. Ini juga menjelaskan sebab resepi minyak wangi baginda sudah muncul dalam sebuah buku tidak lama selepas kemangkatan baginda.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Tetapi selama bertahun-tahun, saintis menggaru kepala apakah ramuan minyak wangi Cleopatra. Bukan sekali cubaan mereka menghasilkan semula bau yang memukau Caesar dan Antony itu tetapi gagal. Namun begitu, semua itu berubah menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Near Eastern Archaeology.

Para saintis percaya asas kepada semua minyak wangi Mesir ialah lemak haiwan atau minyak sayuran. Ini sama sekali berbeza dengan minyak wangi moden yang berasaskan alkohol. Bau sesebuah minyak wangi dihasilkan menerusi asap pembakaran resin, kulit dan herba wangi atau melalui proses maserasi dengan merendam bunga-bungaan, kayu, resin dan rempah-ratus.

Tetapi bagi menghasilkan wangian yang bersesuaian dengan status Cleopatra sebagai pemerintah, baunya bukan saja wangi tetapi lain dari yang lain. Maksud sebenar hieroglif telah hilang ditelan zaman. Jika ada terjemahan sekalipun yang dibuat oleh cendekiawan Rom dan Yunani, terjemahan mereka tidak semestinya tepat. Ini ditambah dengan hakikat mereka bukan pembikin minyak wangi asli seperti warga tempatan.

Namun begitu, semua itu berubah menerusi penemuan kilang minyak wangi era Mesir Purba di Thmouis. Thmouis merupakan sebahagian daripada kilang minyak wangi Mendes yang diketahui menghasilkan minyak wangi berkualiti di seluruh Mediterranean.  Berikutan penemuan banyak bekas seramik wangian di situ, pengkaji arkeologi percaya minyak wangi yang dihasilkan bukan untuk kegunaan domestik tetapi untuk kegunaan komersial.

Berdasarkan teks sejarah dan analisis kimia pada semua bekas seramik yang ditemui, saintis percaya minyak wangi Cleopatra mempunyai bau yang wangi tetapi sedikit rasa pedas. Ini berdasarkan penemuan elemen mir dan kulit kayu manis yang dikisar. Lebih menarik, bau yang terhasil daripada dua bahan ini boleh bertahan sehingga dua tahun – konsisten dengan laporan kualiti minyak wangi Mesir tetap sama walaupun selepas diangkut beribu batu ke lokasi baru.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Mungkin satu-satunya peluang untuk mengetahui minyak wangi Cleopatra ialah menerusi Pameran Ratu-Ratu Mesir anjuran National Geographic pada 2019. Dalam pameran tersebut, terdapat satu bahan pameran yang menarik pengunjung iaitu Eau de Cleopatra atau minyak wangi Cleopatra.

Selain berbau wangi, ia turut mengandungi elemen anti-bakteria dan anti-fungus. Sesiapa yang memakainya termasuk jelitawan yang menjadi pujaan hati Caesar itu mampu bersinar tanpa perlu bimbang dengan bau badan.

RUJUKAN

Luntz, S. (2022, 9 Mei). Cleopatra’s Perfume Has Been Recreated By Scientists – And It’s Spicy. IFL Science.

_____

Masih ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh dapatkan minyak wangi dupe dengan 80% – 90% bau seperti minyak wangi asli di House of Amar.

_____


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply