Jumaat, 30 Oktober 202630 Okt 2026
Psikologi

Minyak Lintah dan Ubat Tinggi Sebenarnya Placebo Effect? Apa Maksudnya?

Minyak lintah dan ubat tinggi sering dipasarkan sebagai solusi pantas untuk meningkatkan prestasi diri, terutamanya dalam kalangan lelaki. Namun dari sudut sains, keberkesanan produk ini masih menjadi persoalan kerana kebanyakannya tidak disokong oleh kajian klinikal yang kukuh.

Cuba bayangkan seorang lelaki beli minyak lintah atau ubat tinggi sebab terpengaruh dengan iklan. Testimoni bukan main padu. “Sekali sapu, terus stamina seperti kuda.” “Makan sebiji, terus rasa muda balik.”

Tapi persoalannya, betul ke produk tu berkesan? Atau sebenarnya otak kita sendiri yang sedang menipu badan?

Sebahagian produk mungkin hanya beri Placebo Effect. Sebahagian lagi mungkin langsung tidak berkesan. Tetapi yang lebih menakutkan, ada produk yang nampak menjadi kerana dicampur bahan ubat terkawal tanpa pengetahuan pengguna. Lama kelamaan, buah pinggang rosak.

Apa sebenarnya maksud Placebo Effect ni?

Dalam bidang perubatan, terdapat konsep yang dikenali sebagai Placebo Effect, iaitu keadaan di mana seseorang merasakan perubahan walaupun rawatan tersebut tidak mempunyai kesan aktif. Fenomena ini telah lama dikaji dalam Perubatan Klinikal dan Psikologi sebagai satu tindak balas sebenar antara minda dan tubuh.

Kajian oleh Henry K. Beecher pada tahun 1955 menunjukkan bahawa pesakit boleh mengalami pengurangan kesakitan walaupun hanya diberikan rawatan kosong. Penyelidikan moden oleh Fabrizio Benedetti pula membuktikan bahawa kepercayaan boleh merangsang otak untuk menghasilkan bahan kimia seperti endorphin yang memberi rasa selesa.

Apabila seseorang menggunakan minyak lintah atau ubat tinggi, jangkaan awal bahawa produk itu “berkesan” boleh mempengaruhi persepsi mereka terhadap tubuh sendiri. Ini menyebabkan perubahan kecil atau sementara dirasakan sebagai kesan yang besar, walaupun ia mungkin tidak berpunca daripada kandungan sebenar produk tersebut.

Dalam banyak kes, produk seperti ini tidak melalui proses ujian klinikal yang ketat seperti ubat moden. Oleh itu, sukar untuk membezakan sama ada kesan yang dialami adalah hasil bahan aktif atau sekadar tindak balas psikologi.

Menurut World Health Organization, penggunaan produk kesihatan tanpa bukti saintifik boleh membawa risiko seperti kelewatan mendapatkan rawatan sebenar dan pendedahan kepada bahan tidak diketahui. Ini menunjukkan bahawa bergantung sepenuhnya kepada produk tidak disahkan bukan sahaja tidak pasti berkesan, malah boleh memudaratkan dalam jangka panjang.

Kesimpulannya, kesan yang dirasai daripada minyak lintah dan ubat tinggi mungkin bukan sepenuhnya datang daripada produk tersebut. Sebaliknya, ia boleh dijelaskan melalui placebo effect, di mana kepercayaan dan jangkaan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tindak balas tubuh manusia.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet