Ia dianggap kumpulan heavy metal yang sangat berpengaruh dalam sejarah rock. Mungkin mereka bukan yang terbaik, namun mereka tetap no.1 di dalam hati ramai peminat mereka.

Ada videografer yang sanggup meletakkan lagu mereka dalam video kahwin sekalipun tanpa kebenaran pengantin. Peduli apa, janji mesej dia sampai iaitu, takkan Metallica mati di dunia.

Sejarah Awal Metallica

Metallica bukanlah band yang terlalu banyak bertukar line up. Namun mereka yang ada hari ini totally bukan line up asal.

Line up mereka sekarang ialah James Hetfield (Lead Vocal, Guitar), Kirk Hammett (Vocal, Lead Guitar), Robert Trujilo (Bass) dan Lars Ulrich (Drum, Vocal).

Kumpulan ini ditubuhkan secara rasmi pada 1981. Asalnya nama band ini adalah The Young Metal Attack. Pencetus utama idea penubuhan ialah Lars Ulrich dan James Hetfield. Setelah beberapa bulan ditubuhkan, nama mereka ditukarkan kepada Metallica.

Pada ketika itu, Metallica terdiri daripada James Hetfield (Vokal, Guitar), Lars Ulrich (Drum), Lloyd Grant (Guitar) dan Ron Mc Govney (Bass). Mereka berkenalan dengan peminat rock dengan lagu Hit The Light. Single itu dimasukkan dalam album kompilasi Rock Metal Maasacre pada tahun 1981.

Selepas album itu dikeluarkan Lloyd Grant dan Ron Mc Govney mengundurkan diri dari Metallica dan digantikan oleh Dave Mustaine dan Cliff Burton.

Ini antara line up terkuat mereka. Dave Mustaine dan Cliff Burton ni memang antara genius dalam dunia rock. Mereka pakar dalam bunyian dan penghasilan lagu. Kenal Mustaine tak? Line up ini telah mengeluarkan album demo diberika nama No Life Till Leather pada 1982.

Demo yang membawa mereka kepada pertemuan dengan Johnny Zazula. Johny Z ni kemudian menawarkan mereka kontrak dengan label Megaforce. Lalu pada 1983, terbitlah album EP rasmi pertama mereka berjudul Metal up Your Ass.

Masalah disiplin Dave Mustaine membawa kepada penyisihan beliau. Dave ni ada masalah ketagihan alkohol dan dadah. Sebelum sempat album pertama mereka keluar, Mustaine disingkirkan dan digantikan dengan Kirk Hammet.

Hammet adalah gitaris kumpulan Exodus. Projek penuh pertama Hammet dan Metallica adalah menerusi album Kill em’ All. Hammet ni bukanlah gitaris yang terlalu berat macam Mustaine. Namun solo dia yang sesedap rasa itu membuatkan Metallica ni jadi ikutan ramai rockers jalanan di seluruh dunia.

Kekuatan utama Metallica adalah drum pantas oleh Lars Ulrich ni dan diselitkan dengan bunyi gitar Hammet yang harmoni dengan James Hetfield yang juga gitaris yang hebat.

Seek And Destroyed menjadi lagu yang hits.

Ride the Lightning menemui peminat pada 1984. Mereka mengeluarkan satu instrumental unik berjudul The Call of Ktulu.

Telinga pendengar juga tertawan dengan bunyi lagu Fade to Black.

Selepas kejayaan Ride The Lightning, Metallica mengeluarkan album mini berjudul Jump in The Fire.

Mengukuhkan lagi cengkaman mereka, Metallica mengeluarkan album Master Of Puppets pada 1985. Ianya menjadi antara album mesti beli oleh mat rock dan mat metal. Album yang berada dalam top 40 Billboard selama 72 minggu engkau.

Album ini meraih anugerah platinum. Metallica mulai dikenali di seluruh dunia.

Perginya Button 

Pada 27 September 1986, satu tragedi menumpa mereka, apabila bas yang mereka naiki untuk tour di Scandinavia telah kemalangan.

Ia mengorbankan Cliff Burton. Dunia rock bersedih termasuk Dave Mustaine yang ketika itu menubuhkan Megadeth yang dianggap rival kepada Metallica.

Dave mengingati Cliff dengan mencipta lagi In My Darkest Hour pada Oktober 1986.

Metallica mencari pengganti Cliff Burton dan menemukan Jason Newsted yang merupakan bassist Floatsam and Jetsam.

Line up ke-4 ini menerbitkan album And Justice For All pada 1988.

Album pertama mereka dengan adanya terbitan video klip. Antara lagu power adalah One. Aku sebut One, mesti dalam otak kau dah ada intro One kan? Ok, stop iti. Kita ke next chapter.

Album ini juga mereka memberikan penghargaan kepad Cliff Burton.

Black Album

Album ke-5 Metallica keluar pada 1990 berjudul Metallica ataupun self-titled.

Album ini dengan cover hitam dan ada lakaran ular dengan ton yang tak menonjol. Dan ianya dilabel sebagai Black Album.

Album ini dianggap album terbaik dalam sejarah Metallica kerana berjaya mendapat 4 platinum di dalam sejarah mereka dan banyak lagi anugerah lain termasuk Grammy.

Boleh dikatakan hampir semua lagu dalam album ini menjadi hits. Album yang dianggap wajib ada dalam diri seorang peminat Metallica.

Aku dulu ada la kaset dia. Tapi tu la…

Ini setlist lagu dalam album ini:

1. Enter Sandman
2. Sad but True
3. Holier Than Thou
4. The Unforgiven
5. Wherever I May Roam
6. Don’t Tread on Me
7. Through the Never
8. Nothing Else Matters
9. Of Wolf and Man
10. The God That Failed
11. My Friend of Misery
13. The Struggle Within

Fasa Akhir Newsted 

Selepas mengeluarkan album dianggap masterpiece, Mettalica mengeluarkan Load dan Reload pada 1996 dan 1997.

Selepas mengeluarkan album reload, Metallica banyak menjelajah. Dan Newsted mulai ada bibit bibit nak keluar daripada kumpulan selepas dikatakan berselisih faham dengan James Hetfield.

James tak suka Newsted yang terlalu banyak masa untuk side project dia. Prinsip Metallica ni, band always come first berbanding projek peribadi.

Projek Orkestra

Pada 21 dan 22 April 1999, Metallica merakamkan album khas rock dengan simfoni yang diketuai Michael Kamen yang pernah bekerjasama dengan mereka dalam Nothing Else Matter.

Idea itu sudah wujud pada 1991 lagi. Dan ia direalisasikan sebelum Kamen pergi meninggalkan dunia.

Kamen dan 100 ahli muziknya bergabung dengan Metallica.

Album ini mendapat banyak sekali pujian daripada semua pihak. Metallica menyatakan ia projek yang sukar, memenatkan namun memberikan kepuasan.

James Hetfield selepas tamat satu lagu Master Of Puppets memberitahu rakannya. ‘Hey Hey They Like It!’ Tanda dia teruja dengan sambutan peminat di dewan filharmonik.

Dia pun ada rasa gentar nak buat benda ni asalnya. Beberapa lagu terpaksa tak dibawa kerana sukar nak rearrange dengan bunyi orkestra.

Perginya Newsted 

Pada 2001, Newsteed rasminya keluar daripada Metallica. Sayang sekali, ini antara line up terbaik dimiliki Metallica terutama sekali pada zaman kegemilangan mereka.

Namun sekarang hubungan mereka berdua kembali baik. Siap berpeluk bertampar balik. Pada 2009 pun Newsted dijemput untuk majlis Rock And Roll Hall Of Fame.

Eksperimental Gagal

Pada 2005, Metallica mendapatkan khidmat Robert Trujilo untuk album ke-8 yang agak eksperimental berjudul St. Anger.

Ramai mengkritik album ini kerana dianggap hilang identiti Metallica. Ia lebih kepada cubaan Metallica menyaingi kebanjiran band Nu Metal.

Rolling Stones dalam penulisannya menganggap album ini adalah barah dalam karier Metallica kerana peminat non rap-metal kecewa dengan apa yang disajikan dalam album ini.

“Maka tak hairanlah St. Anger menjadi kemarahan kepada peminat bukan rap-metal (nu metal). Selama 75 minit lebih, disajikan struktur rumit sambil mengenang hari pra- Black Album, Metallica kembali kepada intipati kejam mereka.”

“Tiada lagu saiz radio, rock 4 minit, tidak korus pop yang mesra, tidak ada unsur balada, tiada solo, tidak ada eksperimen yang menongkah arus.”

Bercakap kepada Loudwire, Kirk Hammet menyatakan awalnya mereka memang nak masukkan solo dalam lagu, tetapi sukar kerana banyak struktur lagu tak sesuai untuk dimasukkan solo ala Metallica.

Selepas banyak kritikan ke atas St. Anger yang dianggap album hanya untuk menjerit dan bunyi drum pantas, Metallica kembali dengan album Death Magnetic. Termuat lagu The Day That Never Comes yang menjadi lagu dalam “Guitar Hero III”.

Album terakhir mereka setakat ini adalah Hardwired… to Self-Destruct pada 2016.

Legasi Legenda Terpelihara

Kumpulan ini meninggalkan legasi yang sangat kuat. Mereka dianggap big 4 untuk kumpulan trash metal bersama-sama dengan Slayer, Anthrax, dan Megadeth.

Datuk Bandar San Francisco, Willie Brown mengisytiharkan Hari Metallica pada 7 Mac 1999.

Sepanjang karier mereka, Metallica sudah menjual lebih 125 juta salinan album di seluruh dunia.

Di USA sahaja mereka menjual lebih 58 juta salinan. Menjadikan mereka salah satu kumpulan rock yang paling tinggi nilai komersial.

Metallica adalah satu jenama yang para peminatnya banggakan. Pakai baju T Metallica pun satu kepuasan.

Pada 2003, mereka dihiburkan dalam satu majlis MTV Icons sebagai satu penghargaan. Antara artis baru terlibat ialah Sum 41 medley For Whom the Bell Tolls, “Enter Sandman, dan “Master of Puppets.

Staind cover lagu Nothing Else Matters, Avril Lavigne mempersembahkan Fuel, Snoop Dogg pun turut persembahkan lagu Sad but True.

Tapi telinga aku masih melekat Korn cover lagu One. Power betul. Jap bukak Youtube.

Pada 2009, nama Metallica diabadikan di Rock And Roll Hall Of Fame.

MTV mengiktiraf mereka sebagai band Heavy Metal ke-3 terbaik sepanjang zaman.

Ramai yang mengangkat James Hetfield dianggap frontman terbaik selepas Fredy Mercury. Itu selera masing-masing. Macam kau minat Haqiem Rusli, kau cakaplah dia power.

Mereka menjadi rujukan banyak band metal di seluruh dunia.

Macam biasa 3 lagu favourite aku:

(susah betul nak pilih)

1. One
2. Battery
3. Master Of Puppets


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Comments are closed.