Dekad baru-baru ini, Merit Ptah, nama doktor dari Mesir Purba yang dikatakan hidup hampir 5,000 tahun yang lalu telah menjadi idola dalam kalangan wanita dalam bidang sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan (STEM). Wanita ini telah dinobatkan sebagai “wanita pertama dikenali namanya dalam sejarah sains”. Namun, Merit Ptah mungkin tidak wujud seperti yang disangka.
Kajian sejarah telah menjejak sejarah asal-usul wanita ini dan menemui bahawa perincian tentang wanita ini bercampur-baur dalam tempoh 80 tahun sejak namanya muncul pada tahun 1938.
Malah, menurut sejarawan perubatan, Jakub Kwiecinski dari University of Colorado Anschutz, keseluruhan legenda doktor Mesir Purba hampir kesemuanya salah. Menurut Kwiencinski, nama Merit Ptah disebut di mana-mana. Di atas talian (online) mengenai wanita dalam STEM, dalam permainan video, dalam buku popular sejarah dan sebagainya. Namun, tiada bukti bahawa doktor wanita ini wujud. Hal yang jelas ialah tiada doktor Mesir Purba wanita bernama Merit Ptah.
Legenda Merit Ptah (namanya bermaksud “disayangi dewa Ptah) bermula pada awal kurun ke-20 daripada seorang feminis dan doktor Kanada bernama Kate Campbell Hurd-Mead. Pada tahun 1938, dia menerbitkan sebuah buku bertajuk A History of Women in Medicine: From the Earliest of Times to the Beginning of the Nineteenth Century. Dalam buku ini, muka surat 16, Campbell Hurd-Mead menggambarkan seorang doktor Mesir Purba wanita.
Campbell Hurd-Mead menulis, “The first woman doctor of ‘the old kingdom’ in the fifth dynasty, or about 2730 BC, practiced during the reign of a queen Neferirika-ra. Her son was a high priest at whose tomb is a tablet describing his mother as the ‘Chief Physician’.”
Kemudian, dia tambah lagi, “in a tomb in the Valley of the Kings is the picture of a woman named Merit Ptah, the mother of a high priest, who is calling her ‘The Chief Physician’, although neither her costume nor her bearing indicate her medical profession of her importance.”
Petikan ini mengandungi kesilapan kerana Lembah Raja-raja (Valley of Kings) belum lagi digunakan sebagai makam sehinggalah 1,000 tahun kemudian dari 1539 SM hingga 1075 SM. Buat masa ini tiada rekod doktor wanita bernama Merit Ptah di Kerajaan Tua (Old Kingdom) dari Mesir Purba. Namun, ini bukanlah bermaksud tiada doktor wanita langsung di Mesir Purba. Malah, gambaran doktor wanita yang disebut oleh Campbell Hurd-Mead hampir tepat.
Tetapi namanya ialah Pesehet. Kita tahu kewujudannya kerana dia digambarkan di makam Akhethotep – anaknya, pegawai diraja dan pendeta yang hidup ketika Dinasti Ke-5 sekitara 2,400 SM. Ayah Akhethotep digambarkan sebagai pegawai diraja juga yang bernama Ptahhotep yang bermaksud “keamanan dewa Ptah”. Pesehet pula bermaksd “pegawai perubatan wanita”.
Buku Campbell Hurd-Mead telah menyebut nama Peseshet, tetapi tidak banyak. Kwiecinski mengesyaki Campbell Hurd-Mead mungkin keliru antara Peseshet dan isteri menteri Ramose yang hidup sekitar 1350 SM. Kita berharap kekeliruan itu tidak menafilkan adanya doktor wanita ketika zaman Mesir Purba.
Rujukan:
- Kwiecinski, J. M. (2019). Merit Ptah,“The First Woman Physician”: Crafting of a Feminist History with an Ancient Egyptian Setting. Journal of the history of medicine and allied sciences, 75(1), 83-106.
- The Story of That Famous Female Physician From Ancient Egypt Is Actually Wrong. https://www.sciencealert.com/this-ancient-egyptian-physician-has-been-a-figurehead-for-women-in-stem-one-problem-she-never-existed
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih