Meriam Urban merupakan salah satu inovasi yang paling cemerlang dalam ketenteraan Uthmaniyyah. Sebelumnya, Uthmaniyyah hanya memanfaatkan senapang lantak mereka yang digunakan oleh pasukan elit mereka iaitu Janissary. Penggunaan meriam urban ini merupakan suatu pembaharuan yang sangat baik dalam dunia ketenteraan Uthmaniyyah ini.
Memperkenalkan kepada anda Meriam Urban. Meriam ini merupakan antara meriam yang terbesar pada zaman tersebut. Berat meriam ini perlu ditarik dengan menggunakan 10 ekor lembu dan memerlukan tiga orang yang kuat bagi mengangkat peluru meriam ini. Setiap kali tembakan meriam ini dilepaskan, ia memerlukan masa tiga jam untuk di isi ulang.
Kekuatan tembakan meriam ini juga telah meluluh lantakkan sebahagian besar benteng Konstantinopel. Bahkan, meriam Urban inilah telah menjadi pemecah fantasi bagi sesetengan penduduka Konstantinopel yang menyatakan bahawa tiada apa yang mampu menembus benteng yang kukuh dan ampuh ini.
Meriam ini dibangunkan oleh seorang jurutera daripada Hungary. Pada awalnya, Urban telah menawarkan perkhidmatannya kepada Maharaja Rom di Konstantinopel tetapi permintaannya ini diabaikan oleh pemerintah Rom. Maka, kepakaran Urban ini akhirnya dimanfaatkan oleh Sultan Mehmed II dengan mengganjari Urban dengan bayaran yang setimpal.
Akhirnya, Kota Konstantinopel ini berjaya ditembusi pada tahun 1453 hasil kerja sama tembakan Meriam Urban ini dan benteng Kota Konstantinopel akhirnya luluh lantak akibat hentaman meriam ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih