Korang boleh bayangkan tak macam mana Turki Uthmaniah boleh pecahkan tembok kota Constantinopel yang berlapis-lapis? Bukan mudah tau. Temboknya setebal 4.5–6 meter dan setinggi 12 meter. Tembok sepanjang 12 kilometer itu sudah berpuluh tahun melindungi kota Constantinople.
Jawapannya ada pada meriam besar Ottoman.
Khilafah Turki Uthmaniah bukanlah pengasas meriam. Serbuk meriam sudah diasaskan lebih awal di Cina dan meriam telah digunapakai di semenanjung Iberia. Apa yang Ottoman buat tak lebih daripada menaiktaraf teknologi meriam sehingga mengatasi kerajaan lain pada zaman itu.
Kepakaran dari Bursa dan Edirne dimanfaat sepenuhnya. Orban dengan meriam terkenalnya, Basilica telah menarik perhatian Sultan Mehmet al-Fatih. Meriam besar seperti itu dibuat lagi untuk pengepungan pada 1453.
Sebanyak 4 buah meriam sebesar Basilica menembak dinding Constantinople. 10 buah meriam besar lain menambah dentuman. 56 buah meriam kecil darbzen ikut membantu asakan yang menjadi mimpi negeri Rom.
70 meriam Ottoman menembak tembok besar Constantinople selama 55 hari tanpa henti. Pada 29 Mei 1453, Constantinople menjadi milik Turki dan ditukar nama kepada Istanbul. Tidak hairanlah, kota terakhir Rom Byzantin ini boleh tumbang jikalau jumlah meriam yang digunakan sebegini banyak.
Kehebatan Khilafah Turki Uthmaniah dalam teknologi meriam ketenteraan telah berhasil menggegarkan dunia selama 2 abad.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih