Benarkah perkhidmatan awam negara mementingkan orang Melayu berbanding kaum lain? Adakah Melayu lebih mudah diterima bekerja dalam sektor awam dan lebih mudah naik pangkat berbanding kaum lain?
Saya akan jawab 2 soalan ini berdasarkan statistik dan terpulanglah kepada tuan-tuan untuk menilai sendiri.
Bagi soalan pertama, saya merujuk akhbar Sin Chew Daily bertarikh 14 Oktober 2010. Antara Januari – Jun 2010, jumlah pemohon kerja kerajaan mengikut kaum adalah seperti berikut:
Melayu – 754,106 orang
Cina – 19,216 orang
India – 32,708 orang
Jumlah mereka yang diterima bekerja mengikut kaum bagi tempoh sama pula adalah seperti berikut:
Melayu – 14,430 orang.
Cina – 907 orang
India – 3,105 orang
Berdasarkan statistik tersebut, daripada 754,106 pemohon Melayu, hanya 1.91% daripadanya diterima bekerja di sektor awam. Daripada 19,216 pemohon Cina, 4.72% daripadanya diterima bekerja di sektor awam. Daripada 32,708 pemohon berbangsa India, 9.49% daripada mereka diterima bekerja di sektor awam.
Untuk memudahkan kalian…
Ini bermakna kadar kejayaan kaum India untuk diterima bekerja sebagai penjawat awam adalah yang paling tinggi diikuti kaum Cina dan akhirnya barulah Melayu. Timbul soalan kedua, bukan Melayu tidak minat bekerja di sektor awam kerana mereka sukar naik pangkat berbanding kaum Melayu.
Untuk soalan ini, kita akan pecahkan statistik penjawat awam daripada gred 56 ke bawah dan gred JUSA ke atas. JUSA atau Jawatan Utama Sektor Awam adalah gred bagi peringkat pengarah jabatan. Paling rendah adalah Jusa C yang contohnya dipegang pengarah bahagian, pengarah jabatan peringkat negeri dan YDP Pihak Berkuasa Tempatan.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Lebih tinggi daripada itu adalah gred Turus yang dipegang oleh Ketua Pengarah agensi utama persekutuan, KSU Kementerian dan beberapa jawatan utama lain. Saya merujuk hansard jawapan di parlimen pada 18 Julai 2022.
Jumlah keseluruhan penjawat awam (tidak termasuk pasukan keselamatan) mengikut kaum adalah seperti berikut:
Melayu – 951,322 orang
Cina – 73,190 orang
India – 47,994 orang
Penjawat awam gred JUSA ke atas (termasuk gred Turus) mengikut kaum pula adalah seperti berikut:
Melayu – 3,300 orang
Cina – 388 orang
India – 243 orang
Berdasarkan statistik di atas, daripada 951,322 penjawat awam berbangsa Melayu, 0.347% daripada mereka memegang jawatan utama kerajaan. Daripada 73,190 penjawat awam berbangsa Cina, 0.53% daripada mereka memegang jawatan utama kerajaan. Daripada 47,994 penjawat awam berbangsa India, 0.506% daripada mereka memegang jawatan utama kerajaan.
Ini bermakna kadar kejayaan penjawat awam berbangsa Cina untuk memegang jawatan utama sektor awam adalah yang paling tinggi, diikuti India dan akhirnya barulah Melayu.
Pernah seorang guru saya (seorang Profesor di universiti awam) memberitahu: Taraf pendidikan seorang sama ada PhD atau Master atau Ijazah atau gelaran Profesor sekalipun hanya menunjukkan tahap pengetahuan.
Ia belum tentu menunjukkan tahap kebijaksanaan.
Naratif yang dimainkan Ramasamy ni sebenarnya bermotifkan politik. Kalau korang nak faham lenggok politik, jemput baca POLITIK UNTUK PEMULA yang dah dijual kat Shopee: https://bit.ly/3frB0C5




No comments yet