Bertalu-talu kami terima notifikasi daripada pentaksub-pentaksub konspirasi. Buka tengok, rupanya akhbar Kosmo ada naikkan laporan ‘perkongsian’ pasal pendaratan Bulan.

Kisah mudahnya, Green Boss ada buat suntingan sedikit sebanyak pada gambar pendaratan Bulan yang kononnya mendedahkan seorang lelaki berbaju chroma key.

Berduyun-duyunlah orang tag kami macam berikut:

 

 

Fuh. Nampak gaya macam kami kena bungkus dah. Misi meyakinkan orang ramai pada ilmu Allah SWT barangkali sudah gagal kerana ramai percaya pada video Green Boss.

Tetapi sebenarnya, pernah saja orang-orang konspirasi tepek video sebegini setiap kali kami naikkan artikel tentang pendaratan Bulan. Jom kita tengok dulu sampel video tersebut. Ada banyak versi. Ini salah satu:

Kononnya sebelum.

 

Kononnya selepas. Dan pentaksub konspirasi terus melompat kegembiraan. Hahaha.

Dan jawapan kami tetap sama. Asal dijawab saja, mesti mereka pusing macam gasing tuduh kami Yahudi yang tidak dapat terima hakikat. Nak tahu apa yang paling lawak? Kalian percaya pada video Green Boss, yang menaikkan video-videonya dalam bahasa Ibrani (Hebrew).

Jadi siapa yang Yahudi? Malas nak jawab. Boleh fikir kalau ada akal. Memandangkan ada yang sudah tag kami, maka kami ulangi jawapan tersebut.

Green Boss Adalah Karya Parody

Sebelum kita mengulas panjang, biar saya terangkan dulu kenapa video Green Boss boleh buat ‘pendedahan’.

Pertama sekali, mereka menyunting masuk orang chroma key ke dalam gambar tersebut. Betulkan saiz, posisi dan arah untuk seolah-olah memegang Bendera Amerika Syarikat yang tidak berkibar di Bulan. Gambar orang chroma key ini akan ada pada layer lain. Layer bawah adalah layer gambar pendaratan Bulan.

Maka kemudian mereka mengubahsuai kelegapan (opacity) layer orang chroma key. Jadi hilanglah orang chroma key. Kemudian semasa buat rakaman video tangkap layar (screen video), mereka tukar sikit sebanyak kononnya mereka buat proses suntingan guna Filter Mode (Other Maximum) bagai.

Ini asas Photoshop ya. Kalau tidak faham, maka kalian kena dalami ilmu Photoshop terlebih dahulu. Tapi sebentar, apa bukti saya? Sebab saya ikut prosedur mereka buatlah saya tahu macam mana mereka buat.

Gambar Asal:

Gambar Suntingan Pertama (Filter –> Maximum 100):

Gambar putih.

Haa. Mana? Putih terus gambar. Cuba right click kawasan nampak kosong di atas dan ‘copy image address’. Paste dekat tab baru. Itu dapatan saya selepas buat suntingan cara sama.

Gambar asal pula bukan gambar pecah-pecah saya sebat daripada mana hala. Saya dapatkan gambar ini daripada direktori NASA. Takkan ada gambar lagi jelas, besar dan berkualiti untuk dibandingkan apa yang ada di laman NASA.

Jangankan gambar itu, saya buat pada gambar-gambar lain pun tiada orang chroma key didedahkan. Memang mereka tiada dalam gambar asal.

Maka pertanyaan saya kepada pentaksub-pentaksub konspirasi terutamanya yang tag saya, kalian terlalu desperate berlaku sombong pada ilmu Allah sampai terpaksa percaya pada video PARODY? Video apa mereka parody? Mereka buat parody video Fame Focus.

Itu baru pertanyaan pertama. Ada beberapa pertanyaan lagi, memandangkan kalian sendiri cari nahas tag kami. Nak kami rungkaikan lagi kredibiliti Green Boss yang lemah? Nah tengok ni.

Kononnya dia dedahkan Tom Holland cium ‘orang chroma key’ yang disunting kemudian jadi Zendaya. Sebenarnya, benda ni adalah ‘common knowledge’ setiap peminat MCU yang follow isu macam magnet tarik jarum.

Dah lama didedahkan yang babak ni sebenarnya mereka improvise kerana Zendaya sibuk dengan penggambaran filem lain. Maka mereka buat dulu babak-babak Tom Holland. Improvise mana yang patut, kerana pelakon ni tiada jadual yang tunggal. Jadual mereka kadang bertindih.

Mengetepikan Dusta Pada Fakta

Saya sudah menjelaskan apa yang kalian bangkitkan. Kini giliran kalian menjelaskan apa yang saya bangkitkan, kalau benar niat kalian adalah untuk meraikan perbincangan.

Pertama sekali, kalau pendaratan Bulan ini palsu, kenapa Kesatuan Soviet senyap sampai sekarang? Persekutuan Rusia yang sekarang ini pun adalah successor state pada Kesatuan Soviet. Mereka juga senyap. Diamnya mereka adalah sebenar-benar tanda bahawa pendaratan Bulan adalah benar.

Kalau pendaratan Bulan ini palsu, macam mana boleh ada plat-plat retroreflector? Soviet meletakkan dua retroreflector melalui misi Luna 17 dan Luna 21. NASA letak melalui misi Apollo 11, Apollo 14 dan Apollo 15. Apakah misi Soviet juga palsu? Yalah. Kalau tiada orang mendarat, macam mana nak ‘letak’? Ini logik kalian.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Apa guna reflector ini? Saintis guna laser tembak ke kawasan tersebut. Cahaya laser akan pantul balik. Jadi dengan cara ini, saintis mengukur laser tersebut untuk tahu jarak Bumi-Bulan.

Saya bagi dua soalan mudah terlebih dahulu. Dapat jawab dua soalan ini, saya tanya soalan-soalan lebih rumit macam limpahan teknologi seperti MRI semua. Tapi saya tunggu dulu sementara kalian terkulat-kulat cari fakta yang kalian takkan mampu terima kerana terlalu sombong pada ilmu.


Kalau korang betul-betul cintakan ilmu, ini masanya kita menadah ilmu Allah melalui jendela iaitu saintis-saintis agung sepanjang zaman. Kenali saintis tersebut melalui buku THE PHYSICIST’S ODYSSEY (bahasa Melayu) yang sudah dijual di Shopee: https://bit.ly/3CQNQTH


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply