Korang ingat tak masa PMX buat press conference lepas menang PRU, ada orang call. Macam takde time lain kan, menyibuk je. Penat kita tunggu. Yang call tu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan. Anyway, tau tak baru-baru ni dia ada buat Ulangtahun ke-100 Memperingati Kemangkatan Khalifah Abdul Hamid Khan II.

Tanggal 10 Februari 1918, Turki kehilangan salah seorang Sultan terbaik. 24 jam sebelum dia meninggal dunia, doktor telah mengesahkan Abdul Hamid II mengidap jangkitan paru-paru pneumonia. Hidup dalam tahanan rumah di Istana Beylerbeyi, bekas Khalifah ini hanya ditemani kaum keluarga dan pembantunya. Tanpa kemewahan harta, malam itu dia hanya meminta secangkir kopi dari anak perempuannya. “Allah!” inilah kalimat terakhir sebelum Izrail meragut nyawanya. Pada jam 3.00 pagi, Abdul Hamid II mangkat.

Kalau Greek ada Leonidas dengan 300 tentera setianya, Turki pula ada Abdul Hamid II yang setia mendukung Khilafah di saat sakarat. Usaha 33 tahunnya menyelamatkan payung Umat Islam tidak sia-sia. Bagaikan Saidina Ali yang menyambung Khulafa’ Rashidun pada detik genting, Abdul Hamid II mewarisi Khilafah Turki Uthmaniah yang sedang digelar ‘sick man of Europe’.

Bagaimanapun, kebijaksanaan politiknya telah menangguhkan kejatuhan kerajaan Islam ini. Ratusan mahasiswa muslim dihantar ke oversea bagi mengimport peradaban moden. Idea bernasnya masih tersimpan di Istana Yildiz. Seni siyasah Abdul Hamid II telah meninggalkan jasa besar. Dengan diplomasi, Masjid Al-Aqsa kekal selamat di bawah kekuasaan Ummah. “Aku tidak akan menjual tanah Baitulmaqdis sejengkal pun. Kerana ia bukan milkku. Ia milik Umat Islam! Aku dapatkan dengan darah, aku hanya berikan dengan darah juga!” Quote popular ini tidak lain tidak bukan terucap daripada ketegasannya yang tak pernah mengenal goyah.

Kami ada banyak buku menarik yang menanti korang di Shopee. Jom belek kat Shopee kami mungkin ada buku yang menambat hati korang: bit.ly/bukupatriots



Manakala dengan pandangan jauhnya, sains teknologi diadaptasi. Pengangkutan moden dipelopori pertama kalinya di Istanbul. Projek Keretapi Hijaz takkan dilupakan. Sebuah impian menunaikan haji, cukup mudah dengan hanya menaiki tren dari Istanbul terus ke Madinah. Malangngnya wawasan ini dihijack oleh puak Wahabi dan badwi Saudi yang menganggap modeniti semuanya bidaah. Seiring peredaran zaman, Abdul Hamid II memodenkan Turki semasa fasa Revolusi Perindustrian.

Membaca sejarah dengan kematangan bererti memahami tiada figur politik yang maksum. Meskipun Mustafa Kemal Ataturk berjasa mempertahankan tanah air Turki daripada dicarik-carik barat, Sekularis Kemalist tetap berdosa besar kerana membunuh pengaruh Sufi. Sedangkan Tarekat Sufi adalah sumber kekuatan Umat Islam zaman-berzaman. Hal ini tak berlaku di era Abdul Hamid II. Bahkan Sultan sendiri seorang Sufi dan menerima tarbiah daripada Tarekat Syaziliah. Turki yang popular dengan Mulana Jalaluddin Rumi dan Tarekat Maulawiyah mengalami kejatuhan apabila zawiyah dan tekke sufi diharamkan. Mujur apabila Islamis bangkit semula, ia dimartabatkan sekali lagi oleh Erdoğan. Hari ini, Konya menjadi tumpuan pelancong luar yang ingin menyaksikan tarian sufi Whirling Dervish.

Meskipun begitu, Republik Turki Moden dengan Khilafah Turki Uthmaniah janganlah dianggap bermusuhan. Seperti komentar Ilber Ortayli, Abdul Hamid II adalah penyatu dua entiti ini. Bahkan dialah yang menandatangani perlembagaan pertama Turki bernama Qanun Asasi. Di akhir hayatnya, dia menjadi raja secara simbolik serta masih menasihati Republik Turki yang baru setahun jagung. Erdoğan menganggap, Republik Turki kini adalah lanjutan Khilafah Turki Uthmaniah yang silam. Meskipun jajahan kekuasaannya jauh beza, namun tanggungjawab dan nilai Islam harus sentiasa perkasa.

Erdoğan turut mengakui ramai penyair dan akademis yang dahulunya mengkritik Abdul Hamid II, menyesal pula setelah kemangkatannya. Begitulah manusia, baru menghargai setelah pergi. Apatah lagi, reformis yang menjatuhkan Khilafah malahan gagal menandingi pencapaian Abdul Hamid II.

Petikan sebuah syair mengaduh: “Kamilah orang yang tidak tahu malu menfitnah engkau, Sultan yang paling cerdas politik abad ini, kami menuduh Sultan sebagai zalim dan bodoh, kami memaksa untuk memberontak Sang Sultan, apa pun yang dikatakan Syaitan kami selalu menurutinya, kami melakukan fitnah dan terjatuh ke dalamnya..”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply