Orang kata mata adalah tingkap kepada jiwa. Sebuah kajian menyatakan bahawa ungkapan itu juga turut terpakai ke atas kucing. Charles Darwin mempunyai minat bagaimana haiwan berkomunikasi melalu raut wajahnya dan bagaimana spesis-spesis lain meluahkan perasaan melalui wajah.
Kajian mengenai komunikasi haiwan daripada raut wajahnya masih baru dijalankan secara sistematik untuk memahami bagaimana raut wajah dapat memberitahu kita tentang suatu niat ataupun perasaan haiwan secara spesifik. Kebanyakan kajian yang telah dibuat fokus untuk memahami bagaimana raut wajah haiwan apabila mereka dalam keadaan sakit menggunakan skala gerenyot (grimace). Skala gerenyot terdiri daripada imej bersiri yang menunjukkan bagaimana ekspresi wajah berubah apabila haiwan tidak menghadapi kesakitan, menghadapi kesakitan secara sederhana dan menghadapi kesakitan yang teruk.
Kajian ini telah pun menggunakan tikus sebagai bahan terawal mereka. Kemudian, skala itu digunakan ke atas haiwan domestik lain seperti kuda, rabit, memerang, anak babi, kambing biri-biri dan kucing. Menariknya, raut wajah setiap haiwan ini akan berubah dalam bentuk raut wajah yang sama apabila dalam keadaan sakit. Contohnya, mata mereka akan menjadi juling. Terdapat tekanan pada hidung, mulut dan pipi mereka. Telinga mereka pula akan rata ke bawah dan ke belakang.
Walaupun penemuan ini dapat membantu kita untuk memahami dunia haiwan, kita masih lagi jauh untuk menguasai apa yang dipanggil sebagai “cincin Raja Solomon” iaitu kebolehan bercakap dengan haiwan.
Salah satu daripada batas kita untuk memahami ekspresi haiwan ialah kita cenderung membuat penentuan luar (extrapolate) daripada raut wajah manusia walaupun haiwan biasanya mempunyai otot wajah yang berbeza dan menggunakan cara yang berbeza kepada manusia.
Terdapat juga isu yang timbul apabila kita cuba untuk mengenalpasti ekspresi yang sama melalui bentuk wajah yang berbeza. Sebagai contoh, kucing Parsi yang rata dan bulat sangat berbeza dengan kucing siam yang bertelinga besar dan berhidung mancung. Sesetengah haiwan, terutamanya kucing sangat berahsia. Nenek moyang kucing yang paling terdekat hidup bersendiri dan berpotensi menjadi mangsa kepada mamalia yang lebih besar. Maka, mereka cenderung tidak mahu menunjukkan sama ada mereka dalam keadaan sakit ataupun umumnya berasa tidak selesa. Banyak kucing tiba-tiba menjadi senyap, berlalu pergi dan bersembunyi ataupun terus sahaja hidup dalam keadaan normal. Ekspresi mereka sangat tidak ketara dan sukar bagi manusia untuk mengenalpasti.
Atas faktor-faktor ini, telah timbulnya minat kajian dalam menggunakan pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengautomasi proses analisis ekspresi wajah manusia dan haiwan. Mesin akan mengurangkan bias dan lebih spesifik dalam menentukan sistem wajah haiwan. Daripada mesin ini, kita dapat mengenalpasti apabila kucing sakit, ia akan;
- Telinga mereka akan dikecilkan dan jarak antara kedua-dua telinga semakin jauh.
- Kawasan mulut dan pipi kelihatan lebih kecil dan semakin rapat ke arah hidung dan menuju ke atas ke arah mata.
- Matanya pula akan jadi semakin kecil dan ada sedikit juling.
- Terdapat perbezaan halus pada bentuk luaran telinga kucing.
- Hidungnya berada ke bawah dekat dengan mulut, jauh dari mata.
Walaupun raut wajah ini jelas pada kucing individu, dalam populasi besar, ekspresi ini agak halus dan sukar dikesan. Mungkin disebabkan kepelbagaian rupa daripada bentuk muka kucing yang berbeza. Dalam situasi seharian seperti kucing di klinik vet, kadangkala kita boleh terlepas pandang dengan ekspresi kesakitan yang dialami oleh kucing, terutamanya apabila pegawai vet tidak menyedari bagaimana raut wajah kucing apabila dalam keadaan normal. Berita baiknya ialah, tuan kucing dapat mengesan perubahan halus ini lebih baik dan pada suatu hari nanti kita berhadap telah ada aplikasi untuk membantu kita menentukan sama ada kucing kita berada dalam keadaan sakit ataupun tidak.
RUJUKAN:
- McLennan, K. M., Miller, A. L., Dalla Costa, E., Stucke, D., Corke, M. J., Broom, D. M., & Leach, M. C. (2019). Conceptual and methodological issues relating to pain assessment in mammals: The development and utilisation of pain facial expression scales. Applied Animal Behaviour Science.
- Caeiro, C., Guo, K., & Mills, D. (2017). Dogs and humans respond to emotionally competent stimuli by producing different facial actions. Scientific reports, 7(1), 15525.
- Driscoll, C. A., Menotti-Raymond, M., Roca, A. L., Hupe, K., Johnson, W. E., Geffen, E., … & Yamaguchi, N. (2007). The Near Eastern origin of cat domestication. Science, 317(5837), 519-523.
- Is Your Cat in Pain? Their Face Might Hold Subtle Clues. https://www.sciencealert.com/your-cat-might-be-trying-to-tell-you-it-s-in-pain-with-its-facial-expression
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih