Apabila berbicara tentang kucing kampung mesti ramai yang berkata baka kucing kampung ini jenis yang biasa-biasa saja tiada yang istimewa seperti baka kucing-kucing yang mahal seperti mainecoon, parsi, Bengal dan banyak lagi. Ini ditambah lagi banyak kucing jenis ini hanya menjadi kucing gelandangan dan terbiar di jalanan. Namun jika anda seorang pencinta kucing yang sejati, anda tidak akan mengklasifikasikannya jenis baka kucing kampung ini direndah-rendahkan martabatnya kerana ianya juga sebenar antara makhluk ciptaan Allah.
Kucing kampung sebenarnya lebih dikenali sebagai “Malay Cats” di dalam dunia kucing. Kriteria fizikal yang terdapat pada seekor kucing kampung “Malay Cats” adalah ianya adalah dari jenis berbulu pendek atau Domestic Short Haired dan corak bulunya adalah berceloreng seakan-akan jenis kucing Tabby. Telinganya pula jenis telinga besar dan bentuk fizikal badannya adalah besar terutama sekali kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang-belang seakan-akan ekor seekor musang dan ada juga kucing kampung “Malay Cats” yang ekornya panjang serta dihujungnya bengkok.
Mengikut salsilah asal keturunan si Kucing Kampung “Malay Cats” dikatakan bahawa kucing kampung sebenarnya nenek moyangnya adalah kucing dari baka Manx yang origin asalnya adalah dari Isle of Man, sebuah negara jajahan Koloni British yang terletak di sebuah pulau di Laut Irish di Great Britain. Keberadaannya di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx telah dibawa masuk oleh orang Eropah daripada bumi asal mereka sewaktu mereka bertapak di bumi Malaysia suatu waktu dahulu dan kemudian mengahwinkannya dengan kucing baka-baka tempatan yang lain maka terjadilah Kucing Kampung yang dikenali dengan nama “Malay Cats” sekarang. Memandangkan baka kucing Manx itu sendiri adalah daripada kucing yang mempunyai bulu yang pendek serta berbelang-belang maka adalah tidak mustahil Malay Cats juga sedemikian rupa malah fizikalnya juga boleh mengikut baka kucing Manx yang besar serta tegap. Untuk itu jika sekiranya ada yang berkata bahawa kucing kampung “Malay Cats” tidak mampu membesar seperti kucing baka maincoon itu adalah tanggapan yang salah. Ini kerana sekiranya kucing kampung “Malay Cats” diberikan makanan kucing premium serta mempunyai persekitaran yang kondusif nescaya ianya juga akan membesar seperti kucing-kucing baka mahal yang lain.
Bagi pencinta kucing yang mempunyai baka kucing kampung “Malay Cats” yang mana ekor kucingnya panjang dan bengkok sebenarnya ada cerita legenda mengenai mengapa ianya sedemikian rupa. Diceritakan bahawa kucing kampung “Malay Cats” yang berekor bersimpul sebenarnya adalah kerana suatu waktu dahulu ada sesetengah bangsa Eropah terutama sekali bangsa Portugis mempunyai adat resam yang pelik terhadap kucing mereka. Dikatakan bahawa kucing-kucing di Portugis suatu waktu dahulu memang disengajakan untuk mereka mengepit hujung ekor kucing sejak daripada anak kucing lagi kerana dikatakan ianya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Apabila kedatangan bangsa Portugis ke bumi Melaka suatu waktu dahulu mereka juga membawa kucing-kucing baka Manx yang berekor bersimpul dan akhirnya wujudlah kucing kampung “Malay Cats” berekor bersimpul.
Inilah sedikit informasi perkongsian bijak di dalam kita cuba mengenal kucing kampung “Malay Cats” yang sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita di Malaysia sekarang. Janganlah mereka dipandang sebelah mata sahaja dan dibuang di jalanan seperti tiada harga kerana sebenarnya kucing kampung ini juga mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri contohnya mereka bijak untuk berkomunikasi dengan tuannya samada melalui isyarat mahupun meowing. Dan yang pasti kucing kampung “Malay Cats” adalah antara pemburu yang terhandal di dalam dunia kucing.
p/s: Paw Prints of My Heart juga mempunyai seekor kucing kampung “Malay Cats” yang bernama Spainix Lunar Alex atau nama borneonya si Awang Tomba. (seperti di dalam gambar). Lunar sudahpun berusia 3 tahun sekarang dan beratnya sudah 6 kg dengan bentuk fizikalnya yang besar. Keistimewaannya dia boleh berkomunikasi dengan kami terutama di dalam memberi amaran kepada kami tentang apa yang adik-adiknya lakukan seperti memanjat ataupun adiknya terkandang di dalam tandas tanpa kita sedari. Itu adalah salah satu daripada keistimewaannya tetapi yang pasti walaupun Lunar kucing kampung sahaja namun dia tetap abang long yang paling disayang di dalam anak-anak Paw Prints of My Heart.
kiki emoticon
Berikan kucing jalanan sebuah penghidupan bergelar rumah tetap.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih