Al-Quds telah jatuh ke tangan pasukan Salib pada tahun 1099 Masihi dan penaklukan Al-Quds oleh Sultan Salahuddin Ayyubi pada tahun 1187 Masihi. Pernah tak pembaca terfikir, jarak daripada 1099 – 1187 Masihi merupakan suatu jangka masa yang agak lama.
Kalau diikutkan, ia lebih 80 tahun penguasaan Pasukan Salib di Al-Quds. Di mana kerajaan Islam dan Tentera Islam masa itu?
Baik, kita pergi satu demi satu kerajaan. Al-Quds di sekitarnya terdapat beberapa buah negara seperti Fatimiyyah, Abasiyyah, Seljuk dan Zenki.
Tentangan ke atas Pasukan Salib buat pertama kalinya muncul daripada Emirriyah Zengid pada 1127 yang dipimpin oleh Imaduddin Zanki. Tentangan itu juga tidak bertahan lama kerana baginda dibunuh oleh Hashashin.
Seterusnya, Fatimiyyah. Sebelah dengan Al-Quds. Empayar Fatimiyyah telah mengambil jalan untuk mengelakkan sebarang konfrontasi dengan kerajaan Salib maka pelbagai perjanjian damai dimetrai antara keduanya.
Kerajaan Seljuk dan Abasiyyah pula sedang mengalami krisis perpecahan. Seljuk terbahagu kepada dua, Seljuk Anatolia dan Seljuk di Khurasan. Begitu juga Abasiyyah yang terpecah dan meninggalkan Kota Baghdad semata mata.
Maka, dari sini kita dapat rungkaikan betapa kompleksnya politik pada ketika itu, mirip seperti konflik umat Islam kini.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet