Siapa sangka penjajah yang tak pernah dilihat dari ratusan batu di negeri atas angin yang sebelumnya hanya sebatas berdagang semata mata, berbaik dengan pemerintah tempatan. Memberi hadiah kepada pemimpin di Timur mulai berubah kepada penjajah yang menaklukkan negara negara Timur.
Portugis yang merupakan salah sebuah kuasa Eropah yang baharu yang baru bangkit sebagai kuasa maritim dunia yang terkenal pada abad ke 18. Portugis mengorak langkah dengan merintis laluan perdagangan baharu setelah laluan Mediterranean telah dikawal ketat oleh Uthmaniyyah, laluan darat seperti laluan Sutera juga dikuasai oleh Uthmaniyyah.
Putera Henry, telah menggalakkan penerokaan dunia baharu dan benua baharu bagi bertujuan meningkatkan kembali perdagangan dan merintis laluan alternatif perdagangan bagi bersaing dengan Kerajaan Uthmaniyyah.
Vasco Da Gama telah menemui Tanjung Harapan, Afrika Selatan kemudiannya menemui Goa, India dan menaklukkannya. Seterusnya adalah, Asia Tenggara.
Sebuah rantau yang tidak kalahnya dengan kesibukan kota Venice yang sangat sibuk dengan perdagangan. Lopez De Sequeira telah menghantar delegasi Raja Portugal untuk berdagang bersama Melaka.
Namun, jauh di lubuk hati mereka ingin menguasai rantau ini. Namun, apakah sebabnya?
[Keperluan Pelabuhan dan Kepentingan Ekonomi]
Seperti yang disebutkan awal tadi, kepentingan Ekonomi merupakan kepentingan bagi kerajaan Portugal. Ekonomi Eropah telah menunjukkan kemunduran apabila peluang perdagangan mulai menjadi risiko apabila wujudnya serangan armada laut Uthmaniyyah.
[Penyebaran Agama Kristian]
Dengan membawa misi penyebaran Agama Kristian, bagi mereka tidaklah mudah untuk menumbangkan empayar Uthmaniyyah yang beragama Islam secara keseluruhannya. Faktor Agama adalah salah satu faktor penyatuan dan kekuatan tambahan bagi Empayar Uthmaniyyah.
Hal inilah yang menjadi perhatian pemerintah Eropah. Justeru, salah satu agenda penjajahan mereka adalah membawa pendeta Kristian bagi memutuskan jalur bantuan Agama bersama Empayar Uthmaniyyah. Disamping itu, penyebaran Agama Kristian mampu menguatkan lagi penguasaan mereka ke atas penduduk tempatan.
[Kegemilangan Kerajaan]
Untuk pengetahuan semua, abad ke-15 merupakan era kebangkitan bagi dua kuasa maritim Eropah iaitu Sepanyol dan Portugal. Dua kerajaan ini bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan baharu bagi tujuan kebanggaan mereka. Christopher Columbus menemui dunia baharu – Sepanyol, Vasco Da Gama menemui Tanjung Harapan – Portugal, Ferdinand Magellan mengelilingi dunia, Portugal.
Dek kerana persaingan yang sangat sengit ini mendorong kedua kuasa ini membahagikan kawasan untuk mereka menjajah. Mereka memuatkan perjanjian ini dalam Perjanjian Tordesillas pada 7 Jun 1494. Dengan pembahagian ini dapat mengelakkan mana mana dari dua kuasa melanggari sempadan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.
Kesimpulannya, persaingan dan faktor inilah telah mendorong Portugis bagi menaklukkan Melaka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





