Di setiap pelosok dunia dari Amerika Latin hingga Afrika dan Timur Tengah, ada saja binaan berbentuk piramid. Antara piramid terkenal di seluruh dunia ialah Piramid Agung Giza (Mesir), zigurat Chogha Zanbil (Iran) dan Teotihuacan (Mexico). Tetapi persoalannya di sini ialah apa sebab mendorong sesetengah tamadun atau empayar membina piramid?

Persoalan ini membelenggu komuniti arkeologi sejak sekian lama. Ini mendorong mereka membuat beberapa teori mengapa piramid dibina. Pertama, ia merupakan satu bentuk propaganda golongan pemerintah terhadap rakyat mereka. Bagi golongan pemerintah, pembinaan monumen sebegini dilihat sebagai ekspresi kekuasaan politik dan kewangan yang dimilikinya dan tidak boleh dicabar sesiapa.

Ini kerana untuk membina piramid berskala Piramid Djoser atau Tenochtitlan, ia memerlukan perancangan rapi dari segi reka bentuk. Kualiti pembinaannya termasuk penggunaan bahan binaan yang terbaik pasti akan digunakan untuk monumen tersebut. Dan sudah tentu berupaya mengerah tenaga buruh yang ramai untuk menyiapkan piramid mengikut spesifikasi yang dimahukan si pemerintah.

Atas sebab itulah selepas era pemerintahan Pepy II (Firaun Dinasti Keenam Kerajaan Lama), ia menandakan berakhirnya era pembinaan piramid besar bagi Tamadun Mesir Purba. Benar, zaman Kerajaan Pertengahan menyaksikan para Firaun kembali membina piramid. Tetapi piramid yang dibina mereka tidak segah Piramid Khufu kerana kekuatan kewangan dan politik yang dimiliki tidak sebesar Firaun-Firaun dari Kerajaan Lama.

Ada pula berpandangan pembinaan piramid merupakan simbolisme kepada gunung. Bagi si pemerintah, dengan piramid yang dibina atas arahan baginda, ia menunjukkan bahawa baginda berkuasa ke atas setiap ceruk kawasan wilayahnya. Ia juga merupakan ingatan kepada warganya bahawa si pemerintah berupaya melindungi dan menjamin keselamatan mereka daripada sebarang anasir termasuk anasir luar.

Dalam sesetengah kes, ada piramid berperanan sebagai tempat pengebumian golongan pemerintah. Apabila monumen sebegini dibina, ia dilihat sebagai cara memastikan pengaruh sang pemerintah terus kekal dalam kalangan mereka walaupun selepas kemangkatan mereka. Kekayaan yang disimpan bersama mereka seperti dilakukan oleh orang Mesir Purba bertujuan menjadikan kehidupan selepas ma.ti si pemerintah dan kerabatnya tetap mewah dan selesa.

Piramid juga dikatakan tempat berlakunya drama sosial membabitkan setiap lapisan masyarakat. Dengan fokus kepada sekumpulan besar manusia, piramid berperanan sebagai pendefinisi, pemisah atau penentu sesuatu kelompok itu sebahagian atau bukan sebahagian daripada masyarakat.

Walau apa pun sebab di sebalik pembinaan piramid, yang pasti ia menggamit minat sesiapa yang melihatnya. Dan secara tidak langsung, ia turut mengingatkan orang ramai agar tidak melupakan sejarah mereka. Ini kerana dengan pengetahuan sejarahlah, ia secara tidak langsung membuatkan manusia berbangga dengan warisan mereka. Atau sebagai ingatan pahit agar kesilapan lama tidak diulangi pada masa akan datang.

RUJUKAN

Hirst, K. Kris. (2021, 16 Februari). Pyramids: Enormous Ancient Symbols of Power. ThoughtCo.

History. (2019, 30 September). Egyptian Pyramids.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.