Baru-baru ini, kita digemparkan dengan terhempasnya pesawat penumpang Boeing 737-500 Sriwijaya Air SJ 182 pada Sabtu didalam perjalanan menuju Pontianak pada (9/1/2021), serpihan pesawat itu ditemui berhampiran Pulau Laki. Takziah diucapkan.
Pernahkah anda terbaca berita mengenai kejadian nahas berkaitan pesawat penumpang terutama sekali AirAsia QZ8501 yang telah terhempas lebih dua tahun lepas, atau nahas udara Air France 447 pada tahun 2009. Malah, sesetengah dari penumpang mereka ditemui tidak berpakaian, malahan kesemua penumpang dan kru meninggal dunia.
Apabila kita semua memikirkan semula melalui logik akal tersendiri, sudah pasti anda terfikir “mengapa mereka ini tidak gunakan jaket penyelamat yang ada di dalam pesawat, adakah mereka ini tidak tahu berenang? Air laut sahajakan, bukannya jatuh di atas konkrit mahupun tanah.” Namun jawapan untuk keadaan seperti ini adalah amat sukar dinyatakan jika diterjemahkan tanpa bukti-bukti saintifik.
Kejadian terhempasnya pesawat AirAsia QZ8501 dan Air France 447 berlaku apabila masalah teknikal dan kru membawa kepada nahas terhempas dilaut. Meskipun begitu, nahas dilaut masih mempunyai kebarangkalian atau peratusan untuk terselamat.
Seperti kejadian Ethiopian Airlines penerbangan 961 pada tahun 1996, pesawat itu dirampas pengganas dan terhempas di persisiran pantai Grande Comore, Pulau Comoros di Lautah Hindi. 125 maut dari 175 penumpang, kru serta tiga orang pengganas yang cuba merampas pesawat itu.
Namun, apakah yang membawa keadaan berbeza bagi dua pesawat yang dinyatakan di atas tadi, sehinggakan tiada penumpang mahupun kru yang terselamat? Apakah keadaan antara terhempasnya pesawat Ethiopian Airlines 961 ini berbeza dari kejadian AirFrance 447 serta AirAsia QZ8501.
Nahas Ethiopian Airlines 961 pada 23 November 1996, 50 orang dari 175 penumpang dan kru terselamat. Nahas US Airways Penerbangan 1549 pada 15 Januari 2009 di Hudson River di New York , kesemua 155 penumpang dan kru terselamat Nahas Ethiopian Airlines 961 agak berbeza kerana pendaratannya amat terkawal sebaik sayap menyentuh permukaan laut, sebelum fiuslaj pesawat terpisah apabila ia bertemu permukaan air. Dilaporkan, kelajuan pendaratan ketika itu adalah 175 knot iaitu 324 Km/j.
Namun untuk kes seperti AirAsia QZ8501 dan AirFrance 447, pesawat itu jatuh mendadak secara badan pesawat di dalam posisi mendarat, namun pada kelajuan agak tinggi. Berdasarkan dari data yang diperoleh oleh penyiasat NTSB (National Transportation Safety Board) melalui “Black Box”, selalunya keadaan ini terjadi kerana kehilangan daya terbang dan mengalami “stall”.
Apabila pesawat mengalami “stall”, pesawat tidak dapat menghasilkan daya angkatan. Ini bukan disebabkan oleh masalah mekanikal, seperti kegagalan enjin atau mengalami kerosakan. Sebaliknya, kapal terbang jatuh ketika sudut di mana ia memasuki di dalam pergerakan arus angin jauh lebih besar dari “critical angle of attack”.
Apabila ini berlaku, jumlah udara yang tidak mencukupi bergerak di bawah sayap pesawat untuk mengekalkannya. Akibatnya, pesawat akan jatuh, sehingga kehilangan altitud. Sehinggalah, “Angle of Attack” diselaraskan dengan betul.
Sekiranya pesawat cuba mendarat di permukaan lautan atau jatuh di atas permukaan laut pada kelajuan tinggi sama ada badannya mendatar atau terus menjunam (nose dive), arah gelombang dapat menyebabkan kerosakan pada badan pesawat.
Secara teoritikal, anda tidak akan terus meninggal dunia sehinggalah tubuh badan anda mengalami kece-deraan yang membawa maut. Apabila bahagian pesawat mula menyentuh air pada kelajuan tinggi, kesemua badan badan mahupun struktur pesawat menghentam anda. Ini ialah impak daripada pesawat berkelajuan tinggi dengan beratus kilometer sejam bertukar kelajuannya kepada sifar dalam sekelip mata.
Di dalam hal ini, penumpang tidak tahu mereka terhempas sehingga pesawat terhempas dilaut (Kejadian pesawat AirFrance 447). Jadi, anda boleh bayangkan sebuah pesawat bergerak pada kelajuan 500 ke 800 kilometer sejam, iaitu kelajuan biasa untuk jet penumpang, apabila ia mula terhempas dipermukaan air, kesannya sama seperti seakan-akan memandu kereta pada 500 km/h dan melanggarnya pada dinding konkrit.
Dengan kelajuan sedemikian, tubuh badan anda hanya ada beberapa sentimeter dari dinding pesawat sebelum badan anda “dimampat” akibat impak. Malah, troli makanan, sudu garpu, tubuh badan penumpang lain, kerusi, beg di atas anda turut akan melayang ke arah anda pada kelajuan seperti mana pesawat sedang terbang.
Tekanan G yang melampau sewaktu pesawat menjunam ke laut pula menghan-curkan organ dalaman penumpang dan kru sewaktu berlanggar dengan permukaan laut, meninggalkan cebisan tubuh yang kecil. Tali pinggang keselamatan yang dipakai penumpang memo-tong tubuh penumpang akibat kelajuan impak tinggi.
Rasa kesakitan bergerak melalui saraf badan pada kelajuan 1 meter persaat. Oleh itu, jika tulang hidung anda patah, signal kesakitan akan bergerak ke otak anda tidak sampai sesaat, ia akan mengambil masa satu saat sebelum otak anda menerima serta “memaklumkan” signal tersebut kepada bahagian otak yang menerima kesakitan seperti “dorsal posterior insula” . Tetapi, sebelum sempat otak anda hendak memproses maklumat kesakitan, otak anda ketika sudah pun hancur terburai akibat impak. Kema-tian adalah serta-merta.
Majoriti bedah siasat yang dilakukan pada ma-yat penumpang yang terkorban di dalam nahas pesawat yang melibatkan nahas dilaut pada impak berkelajuan tinggi ditemui mengalami trauma seakan dari pukulan objek tumpul seperti “blunt force”.
Di dalam erti kata lain, daya-G (G-Force) yang terhasil dari impak dipermukaan laut melebihi yang mampu ditanggung oleh tubuh badan manusia. Misalnya, apabila menyiasat ma-yat dari kemalangan atau nahas udara melibatkan kebakaran kabin, kesan jelaga boleh dikesan melalui saluran pernafasan, atau ditemukan kesan seolah-olah kesan asap kebakaran di dalam salur darah.
Apabila sebuah kabin penumpang pecah ditengah udara di altitud tinggi akibat penyahmampatan udara di kabin (cabin decompression) seperti kejadian pesawat Comet pada tahun 1953, tubuh yang diperiksa oleh bedah siasat, akan menemi kece-deraan seperti patah bahu dan tengkorak patah kerana tercampak keluar dari kabin bertekanan tinggi pada pesawat yang berkelajuan tinggi.
RUJUKAN:
What Happens When An Airplane Stalls?. https://monroeaerospace.com/blog/what-happens-when-an-airplane-stalls
The Last Four Minutes of Air France Flight 447. https://www.spiegel.de/international/world/death-in-the-atlantic-the-last-four-minutes-of-air-france-flight-447-a-679980.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih