Selepas kejatuhan Constantinople di tangan Mehmed II pada 29 Mei 1453, Empayar Rom Timur/Byzantine berkubur sebelum ia ditamatkan secara rasmi pada 1475. Sejak itu, beberapa kerajaan mendakwa mereka sebagai Empayar Rom seterusnya. Tetapi yang paling popular sudah pasti dakwaan Moscow sebagai Rom Ketiga.

Jadi, siapa yang mencadangkan idea ini? Idea ini timbul pada 1492 hasil buah fikiran ketua Gereja Ortodoks Rusia ketika itu, Zosimus. Beliau menggelar Grand Prince of Moscow Ivan III sebagai Tsar yang baru dan Moscow sebagai pengganti Constantinople.

Ini disusuli satu surat yang ditulis seorang rahib bernama Philotheus sekitar 1523 hingga 1524. Dalam surat yang diutus kepada Grand Prince of Moscow, beliau menggesa baginda untuk bangkit dan memerangi golongan menyeleweng.

Mengikut pendukung teori ini, Rom yang pertama ialah Empayar Rom di mana ia kemudiannya menjadikan Kristian sebagai agama rasmi pada abad keempat Masihi.

Selepas empayar itu jatuh lebih seabad kemudian, peranan itu diambil alih oleh kerajaan Rom Timur/Byzantine. Ia terus bertahan sebagai Rom kedua sehinggalah kejatuhan Constantinople pada pertengahan abad ke-15.

Semasa kuasa Rom berpindah tangan dari Rome ke Constantinople, gereja juga berpecah kepada dua kumpulan iaitu Roman Katolik dan Ortodoks Timur. Bagi golongan Ortodoks, Rome dianggap Rom versi Katolik dan telah menyeleweng daripada ajaran Kristian sebenar. Justeru, pada mereka, Constantinople dianggap Rom sebenar.

Selepas Constantinople jatuh, saki-baki wilayah Rusia digabungkan dengan pemerintahan Moscow lalu membentuk kerajaan R***a. Ini membuka jalan kepada kota itu diangkat sebagai ibu kota Ortodoks Kristian yang seterusnya.

Dan ini membawa kepada dakwaan bahawa Moscow ialah Rom ketiga. Alasannya ialah pertama, dari segi undang-undang pewarisan takhta di Eropah ketika itu, Ivan III dan putera-puterinya boleh mendakwa diri mereka sebagai pewaris empayar yang jatuh itu. Namun begitu, jika mengikut tradisi Rom sebenar, tiada sebarang pewarisan automatik berlaku untuk takhta kerajaan.

Tetapi itu tidak menghalang pemerintah Moscow daripada ditabalkan sebagai Tsar. Pada 1547, Ivan IV (kemudiannya dikenali sebagai Ivan the Terrible) ditabalkan bukan saja sebagai Tsar/Caesar untuk seluruh Rusia. Pada masa sama, ia juga memberi kebenaran kepada baginda berkomunikasi dengan para pemimpin gereja.

Dakwaan ini diperkukuhkan menerusi lawatan Ecumenical Patriach Jeremias II yang mewakili Gereja Ortodoks Yunani ke Moscow pada 1588 hingga 1589. Tujuan lawatan beliau ialah meraih dana bagi membantu komuniti Ortodoks Yunani yang menetap di wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah.

Semasa lawatan inilah, Jeremias II mengiktiraf ketua gereja Ortodoks Rusia sebagai patriach. Ramai melihat pengumuman ini sebagai pengiktirafan dakwaan Moscow sebagai Rom ketiga.

Sementara pada abad ke-18, Catherine II dikatakan merancang membina semula empayar Rom Timur dan menjadikan puteranya Konstantin sebagai maharaja yang baru. Rancangan ini dikongsikan dengan bakal Maharaja Rom Suci Joseph II.

Tetapi apakah idea ini bertapak dalam kalangan Tsar lain? Bagi para sejarawan, jawapannya sudah tentu tidak. Rusia turut meluaskan wilayahnya seperti kuasa-kuasa Eropah lain tetapi ia dibuat atas faktor sumber bahan mentah dan akses kepada laluan maritim. Malah, idea ini dilupakan selama hampir 300 tahun.

Idea ini kembali bertapak pada separuh kedua abad ke-19 semasa pemerintahan Alexander II. Ini selepas kenyataan Philotheus dicetak dan disebarkan kepada orang ramai.

Sejak itu, ramai menjadikan idea ini sebagai asas kepada penyatuan orang Slavik di bawah panji Empayar R***a. Namun begitu, idea ini berkubur begitu saja berikutan Revolusi 1917 dan pembentukan Kesatuan Soviet.

Satu lagi sebab idea Moscow Rom ketiga ditolak ialah ia langsung tidak mempunyai persamaan dengan Rome. Iklimnya saja sejuk dan mencabar serta perbezaan dari segi bentuk seni bina.

Satu-satunya persamaan mereka ialah ia dibina di atas tujuh buah bukit sama seperti Rome. Namun begitu, idea ini turut ditolak oleh sejarawan Alexander Frolov kerana satu-satunya bukit yang wujud di situ ialah Bukit Borovitsky. Di bukit inilah, berdiri megahnya Kremlin R***a. Frolov turut menyifatkan idea Moscow Rom ketiga sebagai satu lagi idea romantik yang cuba menaikkan prestij kota tersebut.

RUJUKAN

Yegorov, O. (2017, 30 Mac). Why do R****ns call Moscow the Third Rome?. RBTH.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply