‘Plastic surgery’ memang sudah sebati dalam masyarakat Korea Selatan. Sedangkan di Gangnam sendiri saja sudah ada 500 klinik untuk rawatan ini. Banyak flyers yang ditampal di merata tempat buat mengiklankan ‘before’ dan ‘after’ selepas prosedur dijalankan dengan kata-kata pujukan seperti “ Inilah rahsia mengapa selebriti berani berwajah tanpa mekap” dan “Anda seorang saja yang masih belum lakukannya”. Lihat saja selebritinya yang berwajah cantik, hidung terletak dengan penampilan yang hampir sempurna. Para lelaki juga tidak terkecuali akan ‘trend’ ini dan mahukan wajah mereka menyerupai pelakon dan idola Kpop. Namun, mengapa Korea menjadi negara yang paling tinggi kadar pembedahan plastik sehingga berjaya mengalahkan Amerika Syarikat?
Setengah daripada jumlah populasi Korea tertumpu pada ibu negeranya,Seoul menjadikannya kota keenam yang paling padat dengan orang. Jadi adalah sikap normal untuk berdaya saing dan mahu menjadi yang terbaik. Mendapatkan pembedahan plastik di sini juga bukanlah satu perkara yang memalukan malah mendapat sanjungan yang tinggi daripada keluarga dan rakan-rakan. Ia merupakan simbol bahawa seseorang sedang menyiapkan diri untuk menghadapi dunia sebenar serta merupakan usaha untuk mengubah diri.
Orang Korea juga mempunyai sikap mendahulukan pendapat orang lain daripada pendapat diri sendiri. Ini merupakan salah satu ciri pemikiran bawaan Confucianism dan masih hidup dalam budaya Korea. Apa yang orang fikir pasal diri anda adalah jauh lebih penting daripada apa yang anda fikir tentang diri sendiri. Dalam budaya Korea juga sudah terbiasa akan dorongan untuk melakukan perubahan kepada fizikal masing-masing. Seawal tamat sekolah menengah, gadis-gadis Korea juga diberi hadiah berupa sesi pembedahan plastik daripada ibu bapa tanda tamat sekolah. Ini juga adalah sebab mengapa satu daripada tiga perempuan Korea pernah melakukan pembedahan plastik seumur hidup.
Pembedahan yang paling popular ialah pembedahan untuk mendapatkan ‘double eyelid’ . Ia membuatkan mata seseorang lebih besar. Surgeri ini juga menjadi pilihan kerana adalah paling murah dan tidak memakan masa yang lama untuk sembuh. Pembedahan lain yang mendapat sambutan termasuk pembetulan pada tulang hidung supaya hidung lebih mancung dan terletak serta pembetulan rahang supaya dagu nampak lebih runcing. Walaupun industri ini begitu pesat, ramai yang memilih untuk tidak melakukan perubahan yang terlalu drastik pada diri seperti membesarkan payudara dan punggung. Mereka lebih memilih untuk tidak terlalu menarik perhatian orang kerana dianggap berfikiran sempit. Ini juga merupakan satu lagi pemikiran Confucian.
Kehidupan di kota metropolitan Seoul ini membuatkan warganya bersifat kompetitif. Pembedahan plastik juga dipercayai dapat menjamin kehidupan dari segi kerjaya dan hubungan sosial. Dalam kerjaya, mereka mahu memberi ‘first impression’ yang baik buat majikan melaui resume yang dihantar dan meningkatkan peluang untuk mendapat kerja. Dalam antara komuniti juga mereka pasti akan memilih pasangan yang mempunyai paras rupa yang menepati ‘standard’ kecantikan tempatan. Mereka juga tidak malu untuk mengaku sudah melakukan pembedahan malah berasa bangga atas pencapaian mereka mengharungi kesakitan pembedahan bagi mendapatkan wajah yang baru.
Keperluan untuk mendapatkan pembedahan plastik bagi semua orang juga ditekankan lagi dengan bantuan media yang menular di situ. Rancangan realiti Korea popular “Let Me In” menceritakan tentang perjalanan pesertanya yang tidak mampu diterima masyarakat akibat paras rupanya sendiri. Mereka juga diberi gelaran pada permulaan rancangan seperti “Gadis Berwajah Frankestein”, “Ibu Berdada Leper” dan sebagainya.
Rancangan ini juga menjemput ibu bapa peserta bagi menceritakan penderitaan yang dialami oleh anaknya dan memohon maaf secara terbuka kerana tidak mampu untuk membiaya kos pembedahan yang mahal dan memberi genetik paras rupa yang hodoh. Pada akhir rancangan ini, peserta keluar dengan penampilan terbaru dan membuatkan semua penonton kagum. Rancangan sebegini juga merupakan salah satu taktik pemasaran bagi mengiklankan klinik terkemuka yang menawarkan pembedahan plastik berkualiti tinggi.
Di sebalik paras rupa yang cantik selepas rawatan berjaya, banyak risiko yang perlu ditanggung oleh pesakit. Agensi Pengguna Korea melaporkan satu pertiga daripada pengguna khidmat pembedahan plastik tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Lebih 70% juga mengadu mengalami kesan sampingan negatif daripada pembedahan tersebut. Berita tentang pengguna yang tidak sedarkan diri daripada bius selepas rawatan juga banyak kali berlaku.
Namun, segala berita buruk ini tidak merudumkan industri pembedahan plastik di Korea. Malah banyak klinik pernah mengalami kemalangan dan tidak mengamalkan prosedur mengikut protokol. Semua ini dianggap perkara biasa. Lambakan doktor yang tidak bertauliah di bidang ini juga sudah sedia maklum di kalangan masyarakat. Mereka sanggup menghadapinya sebagai risiko yang perlu diambil bagi mencapai kecantikan yang diinginkan
Keajaiban daripada pembedahan plastik memang tidak dapat dinafikan. Malah ia dapat mengubah nasib seseorang 360 darjah dan membuatkan seseorang seakan hidup kembali. Perkara ini adalah salah satu keperluan untuk kekal dalam persaingan hidup dalam negara yang berkembang pesat. Namun kita yang hidup sebagai orang Islam ditegah untuk melakukan perubahan fizikal pada diri sendiri lebih-lebih lagi untuk tujuan kecantikan. Untuk mencukur dan membentuk kening juga sudah jatuh haram, apatah lagi permbedahan fizikal yang kekal? Oleh itu, kita perlu sedar dan mengambil iktibar yang baik sahaja apabila melihat kepada cara hidup warga negara yang membangun supaya tidak mudah terpengaruh.
Sumber Rujukan:
Drake Bier (2015) Why South Korea Is The Plastic Surgery Capital Of The World. Business Insider. http://www.businessinsider.com/south-korea-is-the-plastic-surgery-capital-of-the-world-2015
Patricia Marx (2015) Why is South Korea the world’s plastic-surgery capital?. The New Yorker. www.newyorker.com/magazine/2015/03/23/about-face
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih