Perasan tak, masuk saja cuaca sejuk seperti musim hujan, kita selalu masuk dan keluar dari tandas semata-mata membuang air kecil walaupun kita tidak banyak meminum air? Saya sendiri pun alami perkara yang sama. Kenapa kita selalu banyak membuang air kecil pada waktu sebegitu? Adakah kita sebenarnya menghasilkan banyak air kencing dalam pundi semasa musim hujan atau sejuk?

Penyebab Menghasilkan Banyak Air Kencing

Penghasilan air kencing yang banyak biasanya terjadi apabila kita tidak berpeluh dan kesejukan. (Sumber: CBC)

 

Saintis sebenarnya telah rungkaikan mengapa kita selalu membuang air kecil. Ada dua sebab yang mampu jelaskan keadaan yang memaksa kita pergi ke tandas pada musim sejuk:

1.Perubahan gaya hidup

Apabila masuk hari biasa atau musim panas, kita cenderung untuk ke luar melakukan aktiviti seharian. Badan kita keluarkan peluh untuk keluarkan lebihan air dalam badan. Kita juga sering kehausan dan perlukan air untuk hidratkan diri.

Maka, pengeluaran peluh mengurangkan isipadu air dalam pundi kencing. Jadi kita kurang pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Apabila masuk musim sejuk atau hujan, kita biasanya berada dalam rumah dan tidak melakukan aktiviti yang keluarkan peluh.

Maka, jumlah air yang biasanya keluar dari saluran peluh akan mengalir ke pundi kencing sehingga memenuhinya. Dari sinilah kita kerap ke tandas kerana membunag air kecil hanya satu-satunya jalan bagi keluarkan lebihan air dalam tubuh.

2.Badan kita mengelakkan kehilangan banyak haba

Apabila kita kesejukan, badan kita akan melindungi organ dalaman dengan cara tertentu. Salah satunya ialah ‘cold-induced diuresis’, iaitu peningkatan penghasilan air kencing sebagai tindak balas terhadap kesejukan badan.

Biasanya, darah akan mengalir keluar dari lapisan kulit bagi mengelakkan haba terkeluar banyak dari kulit. Jadi, darah mengalir melalui organ-organ dalaman teramsuklah buah pinggang. Apabila darah melintasi buah pinggang, ia perlu menapis begitu banyak darah yang berada dalam tekanan tinggi. Di sinilah berlaku peningkatan jumlah air kencing dalam pundi.

Cara Berhadapan Dengan Situasi Sebegini

Hypothermia boleh terjadi sekiranya kita tidak membuang air kecil dalam musim sejuk. (Sumber: Richland Public Health)

 

Kita telah memahami sebab-sebab kita selalu ke tandas. Apakah ada cara untuk berhadapan dengan begitu banyak air kencing dalam pundi? Sebenarnya, cara pemakanan, usia, tekanan darah, dan keadaan individu mempengaruhi kekerapan kita membuang air kecil.

Apabila kita keluar pada musim sejuk, kita tidak merasa haus. Namun kita harus meminum air juga kerana kita sedang melakukan aktiviti walaupun dalam keadaan sejuk, supaya kita kekal hidrasi. Pemakanan juga harus dijaga supaya kurang membuang air kecil. Ini kerana kekerapan buang air kecil akan mengganggu keseimbangan garam dalam tubuh seperti potassium dan sodium.

Namun begitu, penghasilan banyak air kencing juga mengundang berlakunya hypothermia iaitu berlaku penurunan suhu badan begitu mendadak iaitu bawah 37 darjah Celsius. Dalam erti kata lain, kesejukan melampau. Maka, kita harus pergi ke tempat yang mempunyai sumber api untuk panaskan badan dan segera buang air kecil. Jika masih mengalami hypothermia dengan simptom kekeliruan atau kesukaran pernafasan, pergilah meminta bantuan medik segera.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Kita hanya pastikan tubuh badan kita tidak mengalami stress semasa dalam keadaan sejuk. Pastikan pakai pakaian yang panaskan badan dan jaga pemakanan . Dan juga pastikan kita tidak kehausan tidak mengira musim panas atau sejuk.

RUJUKAN:

Moro, C. & Phelps C. 3 June 2022. A Scientist Explains Why Being Cold Makes You Need to Pee More. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply