Nabi Isa AS akan turun di sebuah tempat iaitu di Menara Putih sebelah timur Kota Damaskus (Damsyik, Syria) dengan mengenakan pakaian yang dicelup za’faran dan ia disebutkan di dalam sebuah hadis daripada an Nawwas bin Sam’aan, beliau berkata: “Allah mengutus Isa bin Maryam. Dia turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damaskus dengan mengenakan pakaian yang dicelup dengan za’faran dalam keadaan berpegang kepada sayap dua malaikat.” (Riwayat Muslim)
Tentang Menara Timur Damsyik ini sebenarnya di mana? Imam Ibn Kathir mencatatkan bahawa menara Timur yang dimaksudkan adalah menara Masjid Umawi di Damsyik.
Masjid Umawi merupakan sebuah masjid yang dahulunya merupakan gereja dan sebelumnya lagi adalah tapak ritual bagi Era Rom Pagan. Ketika Era Rom Kristian, tempat ini diubah menjadi sebuah gereja bagi tempat ibadat kaum Kristian di Damsyik pada waktu itu.
Menjelang penaklukan Syam oleh Khalifah Umar Al-Khattab pada tahun 636 M, Gereja ini telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagiannya digunakan oleh umat Islam dan sebahagiannya lagi digunakan sebagai gereja. Hanya pada era Khalifah Walid Ibn Abd Malik, gereja ini dibeli secara keseluruhannya menjadi sebuah Masjid. Masjid ini kemudiannya dikenali sebagai masjid Umawi.
Pembinaan semula masjid ini dimulakan pada tahun 705 dan berakhir pada tahun 715 Masihi. Masjid ini terus menjadi sebuah masjid yang agung sehinggalah ke hari ini dan suatu hari nanti akan menjadi salah satu medan dari medannya Al-Malhamah Kubra.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih