Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Dunia Tempur

Membekalkan Makanan Kepada Tentera Pada Zaman Darurat

Selepas Perang Dunia Kedua, kehadiran
tentera British yang lewat dua minggu menyebabkan ahli Parti Komunis Malaya
(PKM) keluar dari hutan dan mengganas di seluruh negara.

Mereka bertindak zalim dengan membunuh
orang kampung, membakar rumah serta merampas makanan orang kampung dan akan
bertindak ganas sekiranya orang kampung tidak bekerjasama dengan mereka.

Keadaan diburukkan lagi dengan pembunuhan
tiga pengurus ladang berbangsa Inggeris yang dibunuh oleh ahli PKM di Sungai
Siput pada 1948, mencetuskan Darurat.

Kemudian, Pesuruhjaya Tinggi British di
Malaya, Sir Henry Gurney mati dibunuh di Bukit Fraser pada tahun 1951 dalam
satu serangan hendap PKM.

Kematian Gurney menyebabkan Gerald Templer
menggantikan kedudukannya, dan menyambung Rancangan Briggs dalam usaha
memerangi komunisme di Tanah Melayu.

Dalam hal ini, tentera yang berkhidmat
merupakan benteng di barisan hadapan menentang musuh ini, dan bak kata Napoleon
Bornaparte, “askar tidak akan mampu berperang dalam perut yang kosong”.

Makanan tentera dipaketkan di sebuah kilang
di Kuala Lumpur untuk dihantar oleh pihak tentera British sebelum merdeka, dan
kerajaan Malaya selepas merdeka kepada tentera-tentera yang sedang berada di
perbatasan.

Antara makanan yang dipekkan ialah seperti
beras, gulai kari ikan sardin yang ditinkan, gula, garam, kopi, teh, dan biskut
kering dibungkus dalam tin yang kedap udara kepada lebih 40,000 orang tentera
yang berkhidmat kepada British sebelum merdeka, dan Malaya selepas merdeka.

Selain itu juga, lebih 200,000 anggota
tentera “Home Guard” dari pelbagai negara-negara Komanwel turut membantu negara
dalam mengekang pergerakan komunis di hutan.

Logistik semasa itu amatlah sukar
memandangkan infrastruktur ketika itu amatlah terhad, terutamanya di kawasan
pantai timur yang hutannya lebih luas dan lebih padat. Begitu juga di kawasan
pergunungan Titiwangsa kerana kekurangan infrastruktur jalan raya.

Disebabkan itu makanan sering dibekalkan
menerusi payung terjun melalui Tentera Udara Diraja ke kawasan yang ditetapkan.

Terdapat dua pek untuk tentera iaitu untuk
orang Islam dan bukan Islam, bertujuan untuk menjaga sensitiviti terhadap
kehalalan makanan. Semua makanan dikawal dari segi kebersihan dan kualiti bagi
memastikan kesihatan para tentera tidak terganggu dengan makanan yang rosak.

Semua makanan yang dibungkus dengan plastik
juga adalah kalis air, agar makanan tidak rosak sekiranya terkena hujan semasa
dalam operasi. Tin yang digunakan sebagai penutup bekal itu juga tahan lasak
dan mampu dibawa oleh tentera di dalam hutan tanpa memberatkan beban yang
dibawa.

45,000 tin dibungkus setiap hari di kilang
di Kuala Lumpur, dan setiap bungkusan ini cukup untuk bekalan dua orang selama
24 jam.

Dengan cara ini, tentera yang berjuang di
perbatasan dapat berjuang menentang musuh negara dengan moral yang tinggi tanpa
rasa kelaparan dan keletihan dalam suasana tekanan yang tinggi ini.

Selain itu juga, bekalan makanan ini juga
diberikan kepada penduduk Kampung Baru Cina yang dibina oleh British yang
dibina menerusi Rancangan Briggs, di sepanjang era Darurat untuk memastikan
kesihatan penduduk kampung ini terjamin serta tidak diganggu oleh pihak
komunis.

Darurat berlangsung selama 12 tahun dengan
negeri Melaka adalah negeri pertama yang mencapai ‘kawasan putih’ keseluruhan
negeri. Di sepanjang era Darurat, kira-kira 11,000 nyawa telah terkorban
menerusi serangan taktik gerila komunis, termasuklah 2,500 orang awam.

Sumber Video: British Pathe – https://www.youtube.com/watch?v=lNYnxDEIJPk

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet