Peminat-peminat rock kapak mesti kenal kumpulan BPR. Tapi kali ini kita bukan nak bercakap tentang Dari Sinar Mata ataupun Seribu Tahun Tak Kan Mungkin. Sebab kita mahu membedah lagu 1511 yang dibuat berdasarkan peristiwa Melaka ditakluk Portugis.
“Kelihatan kapal berlabuh
Membawa turun sebuah kebudayaan
Berjanggut putih
Berwatak ganas
Bagai albino di nusantara”
Cuba tengok rangkap lirik pertama dekat atas tu. Masa mula-mula Portugis sampai, orang Melaka rasa pelik tengok deme. Ye lah rupa, pakaian dan budaya deme sangat berbeza dengan orang Melaka.
Orang Melaka punya pelik ni sampai dia pergi pintal-pintal janggut, tepuk kepala dan pegang tangan orang Portugis. Bila dah puas barulah orang Portugis tu dapat berjumpa dengan bendahara. Nampak, kan sama macam dalam lirik tu.
“Mereka ingin menjadi kaya
Mereka ingin menjadi raja”
Pada mulanya, bendahara layan baik je orang Portugis. Tapi bila terdengar pedagang dari Goa cakap orang Portugis ni nak rampas Melaka, terus bendahara tahan kesemua utusan. Katanya Portugis nak rempah dan menguasai jalur perdagangan di Selat Melaka.
“Gugur panglima menghunuskan senjata
Namun semangat makin menyala
Itulah kaum Feringghi
Itulah penjajah ibunda melaka”
Salah seorang daripada tawanan berjaya melarikan diri lantas memberitahu apa yang terjadi di Melaka kepada gabenor Portugis di Goa. Alfonso d’Albuquerque yang mendengar berita itu berasa sangat marah.
Maka dia hantar Gonzalo Periera bersama-sama tujuh kapal, sepuluh ghali panjang dan 13 perahu untuk menyerang Melaka. Dari kapal-kapal ini Portugis tembak guna meriam. Penduduk Melaka yang tak pernah berperang sangat terkejut dengan serangan ini hingga ramai terkorban.
Keesokkannya, soldadu Portugis berjaya naik ke darat untuk bertempur dengan hulubalang Melaka. Tun Hasan Temenggong yang memimpin hulubalang Melaka berjaya menewaskan soldadu Portugis dan menghalau mereka ke laut.
Dalam lagu BPR 1511 ni, lirik di atas diulang sebanyak dua kali. Bermakna Portugis datang untuk kali kedua dengan angkatan soldadu yang lebih besar.
“Berjuang lah
Bertempur terus
Pertahan kan bumi kita”
Ketika serangan kedua ni Portugis telah beri amaran deme nak naik ke darat pada hari esok. Maka Sultan Ahmad kumpulkan sekalian hulubalang dan rakyat untuk bersiap sedia bertempur bersama-sama.
Pada malam harinya, Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah telah dibacakan bagi menaikkan lagi semangat perjuangan orang Melaka. Secara tak langsung moral orang Melaka semakin meningkat.
Apabila hari telah siang, soldadu Portugis terus menyerbu masuk ke Melaka. Orang Melaka yang sudah bersiap sedia sejak semalam terus memberi tentangan sengit. Ternyata soldadu Portugis tak mampu tahan amukan orang Melaka.
Bagi menyelesaikan masalah tu, Alfonso d’Albuquerque telah menghantar 1000 soldadu bersenapang sebagai backup. Hal ini membuatkan formasi orang Melaka terus pecah sebab mereka terkejut pertambahan soldadu Portugis.
Nak tak nak, mereka perlu berundur sebab dah ramai orang Melaka terkorban. Ditambah lagi Portugis sudah berjaya menguasai jambatan dan istana. Dengan rasa berat hati, sultan bersama-sama rakyat yang tersisa terus meninggalkan Melaka. Kisah ini ada diabadikan dalam lirik di bawah;
“Bagai padang jarak
Padang tekukur
Yang mengkebumi ratusan perwira
Mengalir darah masih hangat
Menuntut pembela bangsa
Negara agama
Di kemudian hari”
Terakhir sekali kalau korang perasan tahun 1511 disebut banyak kali dalam lagu ini. Maknanya itu merupakan satu bentuk penegasan. Supaya kita semua tak ulang kembali segala kelemahan yang pernah terjadi kepada nenek moyang kita dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih