Filem Indiana Jones the Kingdom of The Crystal Skull ialah Indiana Jones paling teruk dan tak patut wujud dalam sirinya. Tapi disebalik tu, timbul juga persoalan berkaitan artifak yang direbut di dalam filem tersebut iaitu “Tengkorak Kristal”.
Mungkin terdapat tengkorak kristal yang jarang ditemui ni dalam koleksi peribadi dan awam. Kesemuanya dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Tengah.
Ramai yang percaya tengkorak ni diukir berpuluh ribu tahun dulu oleh tamadun Mesoamerika purba. Ada juga pendapat ia mungkin peninggalan dari Atlantis atau bukti bahawa makhluk luar angkasa melawat Aztec sebelum penaklukan Sepanyol.
Cerita tentang tengkorak ni selalunya tertumpu pada kuasa ghaib. Ada dakwaan berkaitan dapat menyembuhkan pesakit dan kebolehan psikik jika seseorang berada di hadapan tengkorak tu.
Tengkorak kristal ni juga selalu muncul dalam karya seni Mesoamerika purba, terutamanya di kalangan Aztec. Secara tak langsung memang ada hubungan antara artifak ini dan tamadun.
Bagaimanapun, kajian Muzium British dan Institusi Smithsonian menganggarkan bahawa tengkorak ni bertarikh pada pertengahan hingga akhir 1800-an. Masa tu minat orang ramai terhadap budaya purba sangat tinggi dan muzium tak sabar-sabar untuk pamerkan.
Kajian Muzium British sebenarnya menunjukkan pembuatan kebanyakan tengkorak tu dibuat di dengan pembuatan reka bentuk kuarza dan kristal yang rumit pada akhir abad ke-19. Kristal tu dikatakan ditemui di
Brazil atau Madascar dan kristal ni tak dapat diperoleh oleh orang Aztec sebelum kedatangan Columbus di Amerika.
Disebabkan oleh fakta tiada tengkorak kristal pernah ditemui oleh penggalian arkeologi secara rasmi menyebabkan Muzium British mengandaikan bahawa semua tengkorak kristal berkemungkinan palsu.




No comments yet