September tahun ini bukanlah bulan yang biasa bagi jiran kita, Brunei Darussalam, tetapi bulan yang sangat istimewa. Hal ini demikian kerana pada bulan September ini, Brunei menyambut Jubli Emas Sultan Brunei menaiki takhta. Namun yang menjadi sorotan penulis bukanlah tentang Jubli Emas Sultan Brunei yang diadakan nanti tetapi falsafah yang ditanamkan oleh Baginda Sultan Brunei kepada rakyatnya. Falsafah yang sekian lama menjadi sendi kemakmuran dan keamanan negara ini ialah falsafah Melayu Islam Beraja. Penulis boleh katakan bahawa falsafah inilah yang menjadikan negara bebas cukai dan kaya emas hitam ini aman, makmur, dan sentosa.

APAKAH MAKSUD ‘MELAYU ISLAM BERAJA’?

Gambar 2: Sambutan Hari Kemerdekaan Brunei 1984. Sumber: http://komputerdanpengajaranbahasa.blogspot.my/p/blog-page.html

Melayu Islam Beraja merupakan falsafah kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang diisytiharkan secara rasminya oleh KDYMM Sultan Brunei semasa hari kemerdekaan Brunei pada 1 Januari 1984 bersamaan 27 Rabiul Awwal 1404 Hijrah. Baginda bertitah, “…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subahanahu Wata’ala akan untuk selama-lamanya menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah…”.

Istilah Melayu dalam konteks Melayu Islam Beraja merujuk kepada 7 bangsa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei 1959 sebagai perwaris sah Negara Brunei Darussalam. Tujuh bangsa Melayu yang dimaksudkan ialah Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayaan, Murut dan Tutong. Oleh itu, menurut konteks ini, Negara Brunei Darussalam merupakan negara Melayu yang mengamalkan nilai-nilai tradisi atau kebudayaan Melayu yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan menguntungkan.

Istilah Islam dalam falsafah Melayu Islam Beraja memberi pengertian yang Negara Brunei Darussalam adalah  sebuah kerajaan Islam, menjadikan Islam sebagai agama negara  mengikut Ahli Sunnah Waljamaah dan berpegang kepada Mahzab Imam Shafi’e. Bahkan dalam Perlembagaan Negara Brunei 1959 juga sudah termaktub agama Islam sebagai agama rasmi negara berdasarkan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermahzab Shafi’e. Sultan Brunei juga kini ingin menjadikan Negara Brunei sebagai Negara Zikir dan Negara celik Al-Quran. Hal ini selari dengan firman Allah SWT: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf:96)

Manakala istilah Beraja pula memberi takrifan  sistem politiknya yang diperintah dan dipimpin oleh seorang raja yang juga sebagai ketua kepada adat dan agama. Kuasa Sultan yang telah dinyatakan di bawah Perlembagaan, Bahagian III, Artikel 4 (1) adalah seperti berikut: “Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak di dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan”.

KESIMPULAN

Dengan berfalsafahkan konsep Melayu Islam Beraja ini, Brunei telah Berjaya membuktikannya kepada dunia dengan keutuhan sistem politik beraja. Malah rakyat Brunei, tanpa mengira bangsa sekalipun termasuklah iban, kaum cina dan keseluruhan warganegara Brunei mampu mengekalkan identiti kebruneian selaras dengan perkembangan dunia moden dalam era globalisasi masa ini. Brunei telah berjaya mempertahankan dan mengekalkan institusi kesultanan, adat resam negara, budaya-budaya kebruneian yang telah diwarisi lebih dari 600 tahun yang lalu. Kesimpulannya, tidak boleh dinafikan lagi bahawa falsafah yang disemat dalam hati setiap rakyat Brunei ini menjadi penyumbang kepada kemakmuran Brunei.

 

SUMBER

  1. Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, § Bahagian III-Artikel 4.
  2. Jais, M. H. (2015, March 6). Melayu Islam Beraja (MIB): Pengenalan. Retrieved September 07, 2017, from http://libguides.ubd.edu.bn/content.php?pid=278173

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang meminati subjek politik, ekonomi, dan falsafah. Cenderung kepada konservatism, Keynesian, dan berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun begitu, saya hanyalah seorang guru di pusat pendidikan swasta dan bercita-cita melahirkan generasi intelektual dan bermoral tinggi serta bersedia mempertahankan agama, raja, dan negara.

Leave A Reply