Pasca Pilihanraya Ke-14, 2 bulan yang lalu, bagi rakyat yang cakna dengan politik, pentadbiran dan persekitaran sebuah negera bernama MALAYsia pasti merasa kehangatan situasi pasca pilihanraya kali ini jauh lebih membahang berbanding dua belas (12) kali pilihanraya sebelum ini kecuali ketika berlaku detik berdarah 13 Mei. Kali ini keputusan pilihanraya bukan hanya menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan beralih dari Perikatan/Barisan Nasional ke Pakataan Harapan malah rakyat dapat merasa betapa titik ketidakstabilan Negara telah bermula apabila kemenangan ini diambil kesempatan oleh segelintir yang lagaknya seperti Kaduk Naik Junjung.

Sekadar memperkenalkan diri. Aku adalah anak MALAYsia yang di atas kad pengenalan dinyatakan sebagai Melayu walaupun hakikatnya dalam darah aku mengalir mungkin hanya 40% darah Melayu Tanah Melayu itu sendiri. Datuk sebelah ibu adalah seorang yang berbangsa Cina dan nenek pula berdarah Sharifah dari Tanah Arab. Keluar sebelah bapa adalah campuran orang Melayu Tanah Melayu dengan suku Rawa yang berasal dari Tanah Indonesia (ya, suku Rawa juga masih Melayu kerana mereka adalah peribumi Gagasan Kepulauan Tanah Melayu).

Sedikit pengenalan tentang gagasan Kepulauan Melayu pula, gagasan ini secara geografinya terletak di Benua Asia di bahagian Tenggara yang terdiri dari pecahan beberapa sempadan Negara pada waktu ini (MALAYsia, Singapura,  Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Timur Leste, Kepulauan Papua).

Dengan keluasan kawasan kira-kira 2 juta km persegi yang terdiri dari gabungan 25,000 hingga 30,000 buah pulau gagasan ini adalah tanah asli satu bangsa yang dipanggil Melayu.  Pecahan suku di dalam bangsa ini juga tidak kurang kecilnya. Di MALAYsia sahaja terdapat banyak suku yang dikategorikan sebagai Bumiputera seperti Melayu, Minang, Jawa, Bugis, Kadazan, Iban, Dusun, Semai, Jakun dan lain-lain lagi.

Bangsa Melayu bukan pendatang di negara-negara di dalam Gagasan Kepulauan Melayu.  Untuk membaca sejarah Melayu dan rumpunnya, bolehkah kalian membaca rentetan artikel-artikel kami sebelum ini.  Cukup sedikit menyentuh akan sejarang bangsa melayu dan di mana asal mereka.

Ketuanan Melayu mungkin tidak didengari sangat di negara-negara lain di bawah gagasan ini tetapi menjadi kata keramat buat bangsa Melayu di MALAYsia.  Di bumi bertuah MALAYsia ini, istilah Ketuanan Melayu menjadi penguat dan dasar dalam menentukan hala tuju Negara MALAYsia itu sendiri.

Bermula tahun 1957 di saat Tanah Melayu mengecap kemerdekaan dari kolonial, pemimpin-pemimpin waktu itu telah mula berbicara akan hak bangsa Melayu dan juga bangsa-bangsa lain yang di bawa masuk bermula dari zaman perdagangan kuno seperti Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Johor, Kerajaan Melayu Melaka hinggalah ke era penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun sebelum kembali kepada British.

Bangsa-bangsa bukan asal gagasan mula masuk ke sempadan-sempadan gagasan ini sama ada untuk berdagang atau di bawa masuk sebagai pekerja untuk industri-industri terpilih. Asimilasi telah bermula sejak ratusan tahun dahulu hingga melahirkan satu suku baru yang dipanggil Peranakan yang mana berasal dari perkahwinan campur bangsa Melayu, pemilik gagasan dan bangsa Cina dari Tanah Besar China. Sebuah suku yang bercakap dalam bahasa Melayu, makanan yang diadaptasi dari makanan Melayu, pakaian yang diadaptasi dari budaya Melayu tetapi tidak melupakan asal usul mereka dari Tanah Besar China.

Secara khusus di MALAYsia, sewaktu perjanjian kemerdekaan ditandatangani, ada kegusaran oleh pemimpin bangsa yang bukan berakar umbi di Tanah Melayu. Bagaimana nasib mereka apabila Tanah Melayu merdeka kelak? Adakah perlu mereka kembali ke tanah air mereka nanti sedangkan mereka sudah berasimilasi dengan bangsa Melayu di Tanah Melayu seperti tanah ini milikan bersama.

Bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap sangat menyantuni tetamu hasil dari dakwah Islam yang dibawa dahulu tidak pernah mengatakan bahawa apabila Tanah Melayu merdeka, tanah ini hanya akan diduduki oleh bangsa Melayu sahaja malahan bangsa Melayu telah menerima kehadiran bangsa-bangsa lain di kalangan mereka sebagai keluarga. Malahan apabila perjanjian kemerdekaan di tandatangani, ada klausa kontrak sosial yang membenarkan lain-lain bangsa menjadi warganegara sebuah Negara berdaulat baru.

Bukan hanya membenarkan mereka tinggal di Tanah Melayu sesudah kemerdekaan malah mereka dibenarkan mengamalkan agama mereka, budaya mereka, bahasa mereka tanpa sebarang halangan dengan syarat perlu menghormati pegangan agama majoriti bangsa Melayu, menghormati bahasa Melayu, menghormati budaya orang-orang Melayu. Inilah yang dinamakan menghormati kehadiran satu sama lain.

Berbeza di negara lain di gagasan Kepulauan Melayu, MALAYsia mempunyai perlembagaan yang menyatakan secara khusus hak-hak bangsa Melayu di negara ini. Antara contohnya adalah orang Melayu perlu beragama Islam. Tetapi jika ada bangsa lain yang mengamalkan budaya Melayu, beragama Islam mereka diberi gelaran Bumiputera yang mendapat keistimewaan sama seperti bangsa Melayu.

Di sinilah bermula Ketuanan Melayu di bumi MALAYsia. Apabila bangsa itu dilindungi secara rasmi dengan pelbagai keistimewaan, sedikit sebanyak manjadikan bangsa-bangsa lain merasa tidak selemat dan tidak dilindungi malah tidak dibantu. Walhal keistimewaan yang bangsa Melayu dapat hanyalah untuk menghormati hak mereka sebagai pribumi tanah ini yang membenarkan tanah mereka dikomgsi dengan lain-lain bangsa namun lain-lain bangsa masih mendapat hak sebagai rakyat sama seperti bangsa Melayu.

Antaranya bangsa lain masih mendapat subsidi perubatan, subsidi Pendidikan dan subsidi-subsidi lain yang disediakan kerajaan. Masih dibenarkan memiliki aset di Tanah Melayu termasuk pemilikan tanah. Masih dibenarkan mempunyai sekolah aliran mereka sendiri yang mana aliran pandidikan vernacular ini satu-satunya wujud di dunia di Tanah Melayu. Masih mendapat tempat di universiti-universiti. Masih mendapat tempat dalam bidang pekerjaan di sektor awam. Masih dibenarkan membina rumah-rumah ibadat mengikut ajaran agama mereka. Masih dibenarkan menyambut hari-hari perayaan agama dan bangsa mereka malah turut disenaraikan sebagai cuti umum.

Dan bangsa Melayu yang pada awal kemerdekaan rata-rata datang dari golongan miskin terpaksa dibantu bagi mengembalikan keseimbangan Tanah Melayu. Bantuan-bantuan seperti biasiswa pendidikan, sistem kuota bangsa untuk masuk ke universiti, peluang-peluang pekerjaan di sector swasta, bantuan memulakan perniagaan, pelbagai projek kelolaan kerajaan seperti FELDA dan FELCRA dan bermacam lagi mengukuhkan lagi semangat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa istimewa.

Benar, sebagai tuan tanah bangsa Melayu adalah tuan di Tanah Melayu. Benar tanah ini milik bangsa Melayu berdasarkan cacatan sejarah. Dan tuan seharusnya mendapat keistimewaan berbanding bangsa-bangsa yang dibenarkan berkongsi tanah yang dilimpahi nikmat ini.  Tetapi dari sudut pandang aku, Ketuanan Melayu ini apabila sampai ke generasi baru sekarang digunakan sebagai satu alasan untuk kurang berusaha. Aku tidak menyalahkan golongan generasi baru sepenuhnya sebaliknya kesalahan ini patut diletakkan dipundak ibu bapa mereka yang selesa dengan keistimewaan yang mereka warisi dari datuk nenek mereka juga moyang mereka.

Sepatutnya sebagai pribumi di Tanah Melayu, bangsa Melayu mendahului lain-lain bangsa dari semua aspek terutama dari aspek pendidikan dan ekonomi. Terlalu banyak keistimewaan yang dinikmati bangsa Melayu tetapi gagal dipergunakan untuk memajukan diri seterusnya bangsa malah dijadikan alasan untuk tidak berusaha keras seperti bangsa-bangsa lain. Tidak malukah seorang tuan jika orang yang dikatakan menumpang lebih kaya dari pribumi? Tidak malukah pribumi jika orang yang dikatakan menumpang menjadi pelajar cemerlang setiap peringkat?

Tidak malukah pribumi jika yang dikatakan menumpang yang menyedia peluang pekerjaan buat anak-anak pribumi?

Tidak malukah pribumi jika yang dikatakan menumpang mengawal produksi keperluan asas pribumi?

Tidak malukan pribumi jika yang dikatakan menumpang memiliki gedung-gedung perniagaan besar di tanah milik pribumi?

Tidak malukah pribumi jika yang dikatakan menumpang yang membekalkan keperluan asas pribumi?

Bukankah sepatutnya yang terjadi adalah sebaliknya? Pribumi yang sepatutnya mengawal segala-galanya dan yang menumpang benar-benar menumpang di Tanah Melayu.

Pasti ada yang memberikan hujah bahawa bangsa lain juga adalah pribumi kerana mereka sudah bergenerasi tinggal di Tanah Melayu? Jika ini ialah hujah yang diberikan sila baca kembali sejarah Tanah Melayu dan dokumen kontrak sosial menjelang kemerdekaan 60 tahun lalu. Ya anda andalah warganegara MALAYsia, nama bagi Tanah Melayu Moden tetapi anda masih bukan berakar umbi dari gagasan Kepulauan Melayu.

Anda bukan punduduk asal Kepulauan Tanah Melayu. Kehadiran anda di tanah ini adalah kerana aktiviti perdagangan dan juga akibat dasar yang dibuat oleh golongan colonial yang menjajah bumi Tanah Melayu selama beratus-ratus tahun. Cuba tanyakan datuk nenek anda akan susur galur di mana keluarga anda bermula.

Atas dasar menyantuni anda sebagai keluarga bangsa Melayu membenarkan kehadiran anda di tanah mereka. Atas dasar baik hati bangsa Melayu anda dibenarkan mengaut kekayaan di tanah air mereka. Atas dasar setiakawan anda dibenarkan menuntut ilmu di tanah air mereka. Salahkah jika anda menghormati bangsa Melayu sebagai pemilik mutlak tanah-tanah di Gagasan Kepulauan Melayu?

Dan buat bangsa Melayu, berhentilah dari menjadi bangsa yang perlu disuap segala atas nama KETUANAN MELAYU. Bangkit! Berusahalah bersaing dengan lain-lain bangsa yang sudah lama meninggalkan bangsa kamu dari pelbagai aspek kehidupan.

Sejujurnya aku melihat perubahan tampuk pemerintahan selepas Pilihanraya ke 14 lalau adalah satu titik tolak kesedaran buat bangsa Melayu. Jika selama ini kerajaan sebelum ini yang amat dibenci menjaga bangsa dengan segala macam keistimewaan dan kelebihan, sekarang adalah masa terbaik untuk bangsa Melayu belajar untuk hidup tanpa semua itu. Apapun  ini semua adalah atas pilihan anda semua bukan?

Bangsa Melayu bukan tidak mampu bersaing kerana bangsa Melayu adalah bangsa pejuang yang menakluk laut dan daratan. Bangsa MElayu bangsa yang kreatif dalam kerja tangan dan penghasilan dasar malah pernah dikenali sebagai padar dalam segala hal pertukangan. Bangsa Melayu bijak menjadi pemain  catur dalam urusan pentadbiran.  Bangsa Melayu bukan bangsa bodoh tetapi bangsa Melayu perlu keluar dari zon selesa dijaga dan ditatang oleh kerajaan sepenuhnya. Jika semangat penakluk milik nenek motang bangsa Melayu kembali dihidupkan adakah peluang bangsa lain merampas segala kekayan di tanah milik Melayu ini?

Bangsa Melayu juga perlu kembali ke susur galur identiti bangsa sendiri. Cukuplah terpengaruh dengan kemasukan bermacam budaya pelik yang dibawa bangsa lain yang melalaikan anak bangsa. Sebaliknya ambillah segala yang baik yang dibawa oleh bangsa lain dalam memperkukuh bangsa anda sendiri. Kenali dan hargai budaya bangsa selagi ia tidak menyalahi syariat agama Islam. Didiklah anak-anak generasi baru bangsa Melayu dengan adab dan budaya yang dipupuk dalam diri kita oleh ibu bapa kita sebelum ini. Kembalikan jatidiri bangsa yang terhakis dek arus pemodenan yang dibawa oleh kecanggihan teknologi maklumat.

Wahai bangsa Melayu! Bangkitlah dari mimpi enak selama ini. Bangkitlah dari kerusi selesa Ketuanan Melayu! Jadilah Tuan Melayu yang mampu digeruni oleh bangsa lain bukan tuan yang hidup mengharap perlindungan sepenuhnya kerajaan.

Jadilah bangsa yang menjuarai carta pelajar cemerlang, carta billionaire, carta pemilik perniagaan bertaraf antarabangsa, carta inovasi produk, carta penyelidik yang menghasilkan kajian berimpak tinggi untuk seluruh dunia!

Cukuplah bangsa Melayu menjadi juara carta permasalahan sosial yang tidak berkesudahan. Apa kata serahkan tangga juara carta masalah sosial itu kepada bangsa-bangsa lain pula dan jadilah bangsa yang cemerlang dari pelbagai sudut.

Jika dahulu moyang bangsa Melayu mampu menjelajah dunia tanpa kehadiran teknologi canggih seperti yang kita ada sekarang takkan kita generasi yang punya segala tak mampu menakluk kembali dunia seperti yang pernah dilakukan oleh moyang kita dahulu?

Bangunlah bangsa Melayu! Buktikan Ketuanan Melayu bukan hanya di Tanah Melayu tetapi turut dirasai bahangnya ke seluruh dunia! Kita bina kembali kegemilangan tamadun MElayu yang pernah terbina 2600 tahun lalu selepas #MalaysiaMemilih tanggal 9 Mei 2018 lalu. Jadikan tarikh itu tarikh keramat kebangkitan bangsa kita ke arah menjadi bangsa cemerlang!

#MelayuKonservatif
#ConservatifIsCool
#BukanMacaiPolitik
#AnakDidik GPMS
#Bukan MelayuSejati
#AkuNasionalis


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.