Israel dari segi politik tidak pernah bersatu. Mana pernah sebuah parti politik mendirikan kerajaan secara tunggal.
Ahli politik paling popular seperti Golda Meir sekalipun perlu bergantung pada parti-parti kecil untuk melepasi garisan demokrasi.
Setiap kali pilihan raya, tiada parti politik mendapat majoriti 60 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jadi sejak penubuhan lagi, Israel mempunyai kerajaan minoriti diketuai 13 perdana menteri.
Ibaratkan asam, garam dan gula, semua mempunyai rencah rasa berlainan – tetapi apabila dimasak sekali, rasanya enak. Cuma bagaimana kalau salah satu terlebih? Itulah apa yang sedang berlaku di Israel.
Secara kebiasaan, sebuah negara demokrasi akan mengadakan pilihan raya setiap penggal yang mungkin empat hingga enam tahun sekali.
Mandat Benjamin Netanyahu sepatutnya berakhir pada November 2019.
Tetapi pilihan raya diawalkan ke 9 April, kerana 1) rang undang-undang khidmat negara yang memaksa populasi Haredi (ultra-Ortodoks) menyertainya dan juga 2) tuduhan mahkamah terhadap Netanyahu.
Seperti biasa tiada parti politik mendapat majoriti. Netanyahu yang memimpin Likud berdepan dengan kebangkitan parti Kahol Lavan diketuai Benny Gantz.
Kedua-dua parti mendapati 35 kerusi.
Tetapi masalahnya, kedua-dua parti besar ini tidak dapat meminang parti-parti kecil lain untuk melepas 60 kerusi.
Nasib yang sama menimpa Israel beberapa bulan kemudian, apabila pilihan raya kedua (17 September) tidak menghala ke pembentukan kerajaan.
Malah populasi Arab pula dilihat bersatu dengan The Joint List dipimpin Ayman Odeh.
The Joint List mempunyai 13 kerusi, sangat besar untuk dijadikan rakan sokongan sebuah kerajaan.
Tetapi masalahnya, parti-parti Yahudi lain enggan bekerjasama sekali jika Kahol Lavan meminang The Joint List. Tidak dapat membentuk kerajaan, Israel mengadakan pilihan raya ketiga dalam masa 12 bulan.
Dan keputusan sama berlaku – tiada parti mendapat majoriti, dan tiada siapa ingin bekerjasama dengan Kahol Lavan atau Likud.
Malah kali ini Likud ialah parti paling besar, dengan 36 kerusi (berbanding Kahol Lavan yang hanya 33 kerusi).
COVID-19 Yang Mengubah Politik
Ketika pilihan raya ketiga diadakan pada 2 Mac 2020, seluruh dunia sedang terkejut dengan COVID-19. Israel ketika itu sudah mencatatkan 12 kes.
The Joint List mahu bekerjasama dengan Kahol Lavan untuk mengusir Benjamin Netanyahu (Middle East Eye, 2020).
Jadi Kahol Lavan (33 kerusi) bersama Yisrael Beiteinu (7 kerusi) menghampiri majoriti 60 dengan The Joint List (15 kerusi). Tetapi masalah timbul apabila Yoaz Hendel dan Zvi Hauser daripada Kahol Lavan sendiri enggan menyokong kerajaan jika Benny Gantz mengambil The Joint List (Hoffman, 2020).
Jadi memang mustahil pakatan Arab ini boleh menyertai kerajaan Israel (sekalipun dalam bentuk sokongan sahaja).
Gantz tiada pilihan lain. COVID-19 semakin melampau. Beliau terpaksa memungkiri janjinya dan bekerjasama juga dengan Netanyahu untuk membentuk kerajaan (Wootliff, 2020).
Gantz dan Netanyahu mencapai persetujuan, yang mana Netanyahu kekal menjadi Perdana Menteri buat suatu tempoh.
Sepanjang tempoh ini, Gantz menjadi PM Tepi.
Kerajaan Terbubar
Kahol Lavan, Likud dan The Joint List menjadi kuat atas faktor yang sama. Ketiga-tiga parti ini ialah gabungan parti-parti kecil.
The Joint List menggabungkan empat parti Arab. Likud pula ialah gabungan lima parti pro-kanan. Kahol Lavan menyatukan Hosen (Benny Gantz) dan Yesh Atid (Yair Lapid).
Bezanya, Likud sudah bergabung sejak tahun 1988. Jadi rencah politik parti ini lebih bersatu, tambah pula menjadi kerajaan sejak Ariel Sharon.
Beberapa parti politik sebelum ini enggan bekerjasama dengan Kahol Lavan angkara Lapid daripada Yesh Atid.
Parti-parti pro-Haredi (ultra-Ortodoks) tidak menyokong rang undang-undang memaksa Haredi masuk khidmat negara.
Lapid pula mahu menj3n4yahkan siapa yang enggan masuk khidmat negara (Lis, 2013). Jadi semangat Lapid yang pro-ket3nt3raan memang masuk dengan usaha Gantz.
Tetapi apabila Gantz berhubung dengan Netanyahu untuk bersatu membentuk kerajaan, Lapid mengeluarkan Parti Yesh Atid daripada Kahol Lavan (Wootliff, 2020). Keluarnya Lapid meninggalkan Kahol Lavan hanya 14 kerusi (daripada 33).
Jumlah ini cukup untuk membentuk kerajaan (seperti dijanjikan antara Netanyahu dan Gantz). Tetapi penyatuan dalam kalangan parti-parti politik sebegini takkan bertahan lama.
Dan memang betul tidak bertahan lama. Kerana Israel perlu meluluskan sebuah belanjawan untuk tahun 2021. Sebuah sidang diadakan di Knesset pada 2 Disember 2020.
Jika belanjawan tidak lulus, Knesset mencapai persetujuan 61-54 untuk membubarkan kerajaan. Dan pada 21 Disember, Knesset gagal meluluskan belanjawan secara tipis, yakni 47-49 (Hoffman, 2020).
Kerajaan Israel automatik terbubar, dan perlu mengadakan pilihan raya pada 23 Mac 2021 nanti.
Netanyahu mempunyai peluang cerah untuk menang, hanya jika rakyatnya bersetuju dengan normalisasi bersama Dunia Arab yang bersyarat tidak menj4j4h Tebing Barat.
Gantz pula mempunyai peluang sama, kerana barangkali boleh meminang parti-parti kecil yang membenci Yesh Atid.
Di sini jelas bahawa demokrasi berparlimen tidak begitu stabil. Cukup berbeza dengan demokrasi berpresiden yang mengasingkan pilihan raya antara eksekutif dan legislatif.
RUJUKAN:
Hoffman, G. (2020, Mac 10). Orly Levy’s flipflop (ditapiskan) minority government. The Jerusalem Post.
Hoffman, G. (2020, Disember 22). Election prevention bill fails, Israel headed to elections on March 23. The Jerusalem Post.
Lis, J. (2013, Mei 27). Lapid (ditapiskan) to topple government unless ultra-Orthodox dealt equal share of IDF (ditapiskan). Haaretz.
Middle East Eye. (2020, Mac 9). Israel’s Gantz woos Joint List after reaching agreement with Lieberman.
Wootliff, R. (2020, Mac 22). Gantz: Unity government needed now, I’m waiting for Netanyahu to okay talks. The Times of Israel.\
Wootliff, R. (2020, Mac 29). Knesset panel okays (ditapiskan) of Blue and White; Gantz keep the name. The Times of Israel.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih