Selepas Perang Dunia ke-2, jarang sekali kita melihat perusahan Tanah Melayu mahu membuat apa apa hubungan dengan Jepun, baik dari segi ekonomi, perusahan mahupun pertukaran budaya, jauh sekali membuat filem.
Tidak diketahui mengapa Runme Shaw secara tiba-tiba berhasrat membuat pengambaran filem Melayu di Jepun memandangkan kos pengambaran berlipat kaliganda tingginya. Runme Shaw turut memanggil pelakon ternama Jepun Asao Matsomo & Motoko Furukawa untuk membintangi projek bersejarah ini. Pengarah Filipina, Ramon A. Estella diangkat sebagai Pengarah dibantu oleh S.Kadarisman sebagai penolong pengarah.
Pada 11 Julai 1963, SAADIAH dan S.KADARISMAN telah melakar sejarah menjalani mengambaran filem Melayu selama sebulan di Tokyo, Jepun. .
Sinopsis filem:
Rosnah (Saadiah) merupakan seorang wanita dari Malaya yang memenangi satu peraduan dengan ganjaran melancong ke Tokyo dan segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak penganjur. Kunio (Asao Matsomoto) dan Mariko (Motoko Furukawa) telah ditugaskan untuk menjadi pemandu Rosnah bersama bapa saudaranya, Ali (S. Kadarisman) semasa mereka berada di Tokyo. Mariko mencintai Kunio tanpa pengetahuannya.
Tetapi, Kunio tidak mencintai Mariko kerana terpikat dengan kejelitaan Rosnah. Rosnah tidak dapat menerima cinta Kunio kerana sudah mempunyai kekasih di kampungnya yang bernama Darus (Aziz Jaafar). Sikap Rosnah yang jujur itu telah melukakan hati Kunio kerana mengetahui kedudukan yang sebenar. Mariko pula kecewa dengan sikap Kunio yang lebih mementingkan Rosnah daripada dirinya.
Apabila Mariko memberitahu perkara yang sebenar kepada Rosnah tentang perasaanya terhadap Kunio, Rosnah cuba menjauhkan diri daripada Kunio. Rosnah juga berusaha untuk merapatkan hubungan antara Kunio dan Mariko.
Pada peringkat awalnya watak Rosnah diberikan kepada seniwati Zaiton Abdullah, tetapi atas beberapa sebab ianya tidak menjadi kenyataan lalu Saadiah menjadi pilihan. P.Ramlee, Ahmad Daud dan Saloma merupakan antara penyanyi undangan untuk filem ini.
Belum pernah lagi filem melayu membuat pengambaran di negara matahari terbit itu jauh sekali membuat filem berwarna. Selepas filem RIBUT(1956) & MAHSURI(1959) menggunakan Gevacolor, Shaw Brothers kembali menggunakan perkhidmatan Eastmancolor. Ini merupakan filem ke-3 Shaw menggunakan Eastmancolor selepas filem HANG TUAH (1955) & LONGHOUSE (1957).
Filem ini mendapat pujian HEBAT dari media tempatan yang merumuskan bahawa filem ini berjaya membawa filem melayu setaraf dengan filem barat. ia juga memberi pendedahan dengan keunikan budaya serta tempat tempat menarik di Jepun. Nama seniwati Saadiah juga melonjak naik sekaligus ditawarkan menjalani pengambaran di Hong Kong terbitan Shaw. Maka terbit filem berwarna NORA ZAIN EJEN WANITA 001 pada tahun 1965.
Sayang sekali tidak sampai 2 tahun, filem ini musnah sewaktu banjir besar di jalan Ampas pada Februari 1966 dimana turut merosakkan banyak filem shaw yang lain.
Sedikit kenangan filem ini, lagu OST nyanyian Normadiah, Aziz Jaafar –
IMPIAN SUKMA:
RUJUKAN:
Repair Gambar Lama
Filem Klasik Malaysia – Mustafa AR
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
Berita Harian Julai 1963
Berita Harian – National Library Singapore
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih