Agak melucukan dan agak pelik dengan pemahaman sesetengah daripada kita yang mengatakan bahawa Melaka itu tak wujud kerana tiada tinggalan yang boleh dilihat jelas kini. Ada juga yang cuba membandingkan penjajahan Portugis di Melaka dengan penjajahan Portugis di Brazil atau Sepanyol di Mexico dan Peru. Kononnya Sepanyol dan Portugis tidak memusnahkan tinggalan tamadun Mesoamerika. Bagi saya, kalau anda betul-betul baca sejarah dunia atau tahu sejarah Melaka dan sejarah penjajahan di Melaka secara terperinci, tidak sepatutnya timbul pertanyaan atau kenyataan yang sebegitu.

Siapa kata Sepanyol tidak memusnahkan kota asli orang Amerika Selatan? Kota Mexico itu dahulu adalah kota tamadun Mesoamerika bernama Tenochtitlan . Kota ini adalah diantara kota yang paling cantik, besar, canggih dan penuh dengan temple dan piramid serta bangunan batu diatas tasik. Malah para Conquistador juga kagum dengan kehebatan kota tersebut. Tapi mana perginya sekarang kota Aztec ini? Semua istana, piramid, temple dan bangunan batu, terusan, pasar, kompleks kota dan tembok lambang ketamadunan Mexico asli Aztec dimusnahkan dan dibina diatasnya Mexico City yang penuh dengan senibina Sepanyol!

Gambaran Kota Tenochitlan semasa kegemilangan Empayar Aztec

Hanya sekarang baru mereka menggali semula di bawah bandar Mexico untuk mencari tinggalan kota Tamadun Aztec. Machu Pichu itu juga agak lewat ditemukan sebab ia berada dikawasan yang tersorok dan orang Sepayol sendiri tidak menjumpai Machu Pichu sehinggalah kurun ke-19 dan hanya pada tahun 1911 baru ia ditemui kembali oleh seorang pengembara. Sebelum itu kota tersebut hanya menjadi lagenda di mulut orang tempatan tetapi tidak diketahui dimana kedudukannya seperti El Dorado. Kota-kota Mayan dan Aztec yang masih tinggal sempurna dengan piramid itu sebenarnya ditinggalkan sendiri oleh masyarakatnya dan bukan disebabkan oleh kedatangan penjajah Sepanyol. Kebanyakan tinggalan Mesoamerika yang popular sekarang itu asalnya hilang atau lost kerana ditinggalkan dan dilitupi hutan belantara dan hanya ditemui setelah kurun ke-18 dan ke-19.

Kota Mexico City yang dibina diatas kota Tenochitlan setelah kota Aztec tersebut dimusnahkan oleh penjajah Sepanyol.

Situasi disana tidak boleh disamakan dengan Melaka. Kota Melaka hanya kota pelabuhan yang lebih kecil jika mahu dibandingkan dengan empayar Aztek mahupun Mayan yang meliputi seluruh Mexico hingga ke Peru itu. Di Melaka ketika Portugis baru sahaja mendarat dan menawan bandar tersebut tak sampai sebulan mereka sudah pun memusnahkan Masjid Agung Melaka, makam-makam diraja, memecahkan tembok kota dan membakar istana Melaka. Dibawah runtuhan Istana dan Masjid serta binaan Melaka inilah dibina kota Afamosa diatasnya. Jadi macam mana kita nak jumpa tinggalan Istana Melaka? Semuanya telah musnah!

Kemusnahan di Melaka bukan berlaku dalam waktu 1511 sahaja tetapi berlaku dalam banyak peringkat dan zaman. Ketika beberapa kali Johor menyerang Melaka untuk cuba mendapatkannya kembali pasti ada bangunan dan tembok yang kena bedil dan diletupkan . Semasa Aceh menyerang Melaka untuk merampasnya kembali dari Portugis dengan menggunakan meriam gergasi Turki dan Al Manjanik pastinya ada bangunan yang musnah dalam tempoh hampir dua tahun dikepung dan dibedil. Malah Gereja yang dibina Portugis pada awalnya juga berjaya diletupkan oleh tentera Aceh tetapi kemudian dibina semula oleh Portugis setelah Aceh kalah.

Kemudian sewaktu serangan Belanda dengan bantuan Johor keatas Melaka pasti lagi banyak kemusnahan telah berlaku di kota kecil tersebut. Itu belum lagi dikira zaman Belanda memerintah selama hampir 300 tahun yang pastinya banyak tinggalan yang mereka musnahkan, kambus dan tambak untuk membina bangunan baru. Bukannya mereka sengaja lenyapkan atau sembunyikan sejarah Melayu, tetapi kerana mereka mahu membina bangunan dan kawasan penempatan baru mengikut selera dan citarasa serta keperluan mereka dizaman itu. Mereka tidak peduli samaada kawasan itu dahulu tapak Istana kah atau tapak masjid kah atau tapak makam kah atau tapak gudang kah, apa yang penting bagi mereka ialah kawasan tersebut sudah menjadi milik mereka dan mereka bebas memusnahkan atau membina bangunan baru diatasnya. Hal ini dimudahkan lagi kerana kebanyakan bangunan Melayu zaman Melaka terbuat daripada kayu walaupun ada yang dibina dari batu.

Sama la juga seperti di zaman kini, Kampung Kerinchi, Kampung Chubadak, Kampung Melayu Pulau Pinang dan banyak lagi kampung-kampung Melayu di KL dan Pulau Pinang yang sudah hilang dan dibina dengan kondominium, rumah kedai, rumah pangsa serta bangunan pencakar langit. Adakah masih ada lagi kesan tinggalan rumah tradisional kampung di kawasan itu? Adakah pemaju akan sengaja meninggalkan batu tangga rumah Pak Hamid ketua kampung sebagai kenangan untuk anak cucunya atau mereka sengaja tinggalkan tiang rumah Mak Senah bidan kampung untuk bukti sejarah? NO, semuanya dimusnahkan! Yang tinggal hanya nama sahaja, semuanya telah disodok untuk PEMBANGUNAN BARU.

Pendek kata Kota Melaka bukanlah sebuah kawasan yang diserang dan dijajah kemudian dibiar begitu sahaja. Ia adalah tempat yang aktif dengan pelbagai aktiviti kehidupan dan berlakunya banyak kejadian, ia telah dijajah silih berganti oleh Portugis, Belanda dan British dan berlakunya banyak pembangunan malah pertempuran besar sepanjang perjalanan sejarah. Dan pastinya dalam tempoh 500 tahun itu semua tinggalan tersebut kalau pon ada sisanya telah musnah atau ditindih dibawah pembangunan baru yang dibina penjajah atau oleh kerajaan tempatan.

Kalau anda nak tengok sangat kota Melayu yang masih tinggal puing dan bersisa maka pergilah ke Johor di Kota Johor Lama. Nah, disana ada tinggalan Kota Melayu zaman kegemilangan kerajaan Johor Lama. Kota Johor lama itu juga telah diserang banyak kali oleh Portugis dan Belanda malah dimusnahkan dan dibakar oleh Jambi semasa Perang Johor-Jambi. Tetapi mengapa kota itu masih bersisa? Sebab kota itu terus ditinggalkan setelah ia diserang dan dibakar malah penjajah Portugis dan Belanda tidak pernah menjadikan kota tersebut sebagai tempat mereka bertapak.

Sultan Johor juga telah memindahkan kotanya ke tempat lain setelah kota itu diserang oleh Jambi. Itulah adat Raja-Raja Melayu, selagi raja belum alah maka kerajaan belum jatuh. Dimana ada raja disitu ada kerajaan. Sultan Melayu pada zaman dahulu boleh membina kota dimana-mana sahaja yang mereka rasa perlu dan berpindah-pindah kota pentadbiran mengikut kesesuaian situasi politik mahupun ekonomi. Hal ini telah diamalkan sejak zaman Srivijaya lagi. Baca sejarah Srivijaya, Johor dan Perak kalau nak tahu lebih lanjut, dan tengok berapa kali Maharaja Srivijaya, Sultan Johor dan Perak berubah-rubah pusat pemerintahan. Malah Sultan Melaka juga berpidah-pindah pusat pemerintahannya setelah Kota Melaka di rampas Portugis dan Kerajaan Melaka masih bernyawa sehinggalah Sultan Mahmud Mangkat dan diganti oleh anaknya di Johor.

Tinggalan dan puing sahaja tidak cukup untuk membuktikan sesuatu sejarah. Ketiadaan tinggalan atau puing bukan bermaksud sejarah itu palsu atau ia tidak wujud. Sebaliknya sejarah sesuatu masyarakat atau kerajaan itu harus dibuktikan juga dengan catatan-catatan dari manuskrip dan dari catatan sezaman bangsa-bangsa luar yang berhubung dengan masyarakat berkenaan di sepanjang perjalanan sejarah.

Kalau nak cakap penjajah sengaja tulis sejarah palsu sebab semata-mata tak mahu orang Melayu tahu sejarah Melaka, maka macam mana dengan catatan sejarah berkenaan kewujudan Melaka daripada orang Arab, orang Parsi,orang Turki, orang Gujerati, Orang Tamil, Orang China, Jepun, Jawa, Siam, Portugis, dan Belanda? Nak cakap yang semua bangsa-bangsa besar dunia ini pi mesyuarat kat satu tempat kemudian buat keputusan untuk sama-sama tutup sejarah Melayu dan tulis sejarah palsu tentang Melaka? Pohplaeih aok yak! Dah boleh mengalahkan teori konspirasi Illuminati Yahudi dah kalau macam tu! Sekian. Wallah hu a’lam.

~ASJ~

 

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

Leave A Reply