Ramai orang ingat, Tiktok hanya tempat berjoget. Tetapi, seorang perempuan barat yang bernama Megan Rice telah membuktikan sebaliknya. Dalam sebuah live broadcast Tiktok, dia mengucap dua kalimah syahadah dengan senang hati.
Siapa Megan Rice?
Dia adalah aktivis Amerika dan Tiktoker yang mempunyai 752 ribu follower. Megan Rice (@megan_b_rice) terinspirasi dengan kesabaran muslim Gaza yang berdepan kekejaman Israel. Apa yang membuatkan mereka mampu bertahan? Megan pun mula membaca al-Quran dan menemukan keajaiban.
Masuk Islam terus pakai hijab?
Ya, walaupun berdepan kritikan di ruang komen Tiktok, Megan tak mempedulikan itu semua. Dia tidak mengendahkan stigma negatif daripada masyarakat barat asalkan dia yakin apa yang dia buat itu betul. Kalau tegas dengan pendirian menyokong Palestin pun Megan sanggup, apalah sangat memakai hijab yang menutup rambut?
Sejak peperangan di Palestin semakin parah, Megan jadi popular di dunia arab kerana berani memuji keberanian, keimanan dan kekuatan muslim Gaza. Megan sentiasa tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka tidak mengalah dengan kebengisan IDF. Jawapannya ada pada Islam.
Bagaimana dia masuk Islam.
“I made a video expressing my admiration for the Palestinian faith, and people commented, ‘Well yeah, girl, that’s Islam. Have you read the Quran? You should probably read the Quran,” katanya dalam sebuah video.
“I have time, and I am curious to research and learn. I have started reading the Quran to know the secret of the source of the strength of the people of Gaza,” katanya lagi.
Apabila menemukan mukjizat al-Quran yang membicarakan kebebasan kaum perempuan dalam perceraian dan rujuk, dia menyedari ini bukanlah buku biasa. Megan turut mengasaskan kelab buku Quran untuk ramai orang lagi mengkaji keindahan Islam. Tujuannya demi mengatasi Islamophobia dan perkauman. Dia juga mahu lebih memahami rahsia rakyat Palestin yang kuat berpegang kepada al-Quran.
Mukjizat al-Quran tidak akan pernah berakhir. Walaupun sudah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun yang lepas, rahsia keajaiban al-Quran akan sentiasa membuka mata sesiapa sahaja yang membacanya. Benarlah bawa al-Quran adalah kalamullah.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz




No comments yet