Kalau tanya orang ramai pasal fungsi mata, semua mesti cakap untuk melihat. Tidak salah sebenarnya. Memang betul pun. Tetapi mata mempunyai banyak tujuan sampingan seperti imbangan dan jadual tidur-bangun (circadian rhythm).

Dan setiap tahun, ada saja orang yang hilang daya penglihatan atas sebab-sebab tertentu. Hilang tangan boleh kata susah tetapi lebih baik untuk dibandingkan dengan hilang mata.

Jadi benda ini memang isu sangat besar. Orang buta dari lahir boleh buat macam-macam. Tetapi orang buta secara tiba-tiba perlu alami macam-macam sebelum boleh sesuaikan diri.

Hanya Lapan Peratus Populasi Dunia Bermata Biru

Cuma jika fikir balik – hilang tangan, boleh ada tangan bionik. Hilang kaki pun sama. Hampir setiap anggota sudah ada alternatif bionik. Macam mana dengan mata? Takkan belum ada teknologi untuk “membionikkan” mata?

Kalau muka tembok pun boleh jadi lawa, takkan teknologi bionik sebegini penting belum ada? Jawapan paling mudah: ada sebenarnya.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pernah mengeluarkan statistik bahawasanya 40 juta orang di dunia ini buta. Manakala 135 juta pula mengalami isu daya penglihatan yang terjejas. Berdasarkan laporan ini, beberapa pemain industri mula mengatur langkah.

Memahami Fungsi Mata Yang Mengagumkan

Tidak perlu cakap yang fungsi mata amat berlainan untuk dibandingkan dengan anggota lain. Semua orang boleh bayang sendiri. Asasnya, mata bergantung pada cahaya.

Tiga benda sangat penting untuk memahami hubungan cahaya dengan mata: kornea (lapisan paling luar berbentuk kubah yang mempengaruhi tumpuan mata), pupil (mengawal kemasukan cahaya) dan retina (bahagian dalaman yang menghantar isyarat).

Gambaran Digital

Selepas menem.busi kornea, cahaya kena pada retina yang menghantar isyarat dalam bentuk elektrik. Dan isyarat elektrik ini sampai di otak… yang menukarkannya menjadi “gambar”.

Amat menakjubkan kerana proses ini mengambil masa tidak sampai satu saat secara konsisten. Ketika pembaca melintasi setiap perkataan yang ditulis, proses ini sedang berjalan. Menakjubkan, bukan?

Gantian Mata Semulajadi

Sekarang semua boleh bayang betapa susahnya untuk buat alternatif bionik. Bukan setakat alat sahaja. Otak perlu ‘faham’ isyarat daripada alat tersebut. Tetapi kalau cakap begini, nampak macam mudah pula. Selagi otak berfungsi, hanya perlu isyarat elektrik sahaja.

Dapat saja isyarat ini, selesailah masalah buta. Tiada pembedαhαn diperlukan untuk masuk wayar bagai. Cukup dengan adanya alat yang otak boleh faham bentuk isyaratnya.

Pada tahun 2009, Universiti Manchester menyediakan suatu alat khas yang memenuhi tujuan ini. Argus II adalah sebuah ‘kaca mata’ yang menyerap cahaya. Kemudian cahaya ini dihantar ke sejenis alat berbentuk bulat yang mengirim isyarat elektrik untuk ditafsir otak.

Mata Bionik Argus II

Pihak universiti berpakat dengan Hospital Manchester dan Moorfields. Dua hospital ini ada pesαkit yang hilang daya penglihatan.

Selesai saja eksperimen, mereka menyiapkan laporan yang dikaji Amerika Syarikat. Empat tahun kemudian, Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) meluluskan Argus II untuk kegunaan awam. Kerana 10 orang pesαkit boleh cam bentuk dan corak setelah mengenakan Argus II (Smith, 2022).

13 tahun sudah berlalu sejak keajaiban tersebut. Banyak universiti sekarang bergiat membangunkan teknologi tersendiri yang boleh menggalas tanggungjawab retina. Hasrat mereka sudah menongkah lebih jauh daripada ‘bentuk’ semata-mata. Mereka ingin membuat sebuah retina tiruan yang boleh ‘faham’ warna.

Universiti Sydney dan UNSW berpakat untuk membangunkan Phoenix99 yang diuji pada kambing biri-biri. Phoenix 99 merupakan sebuah alat implan khas untuk golongan yang retina mereka terjejas.

Phoenix99 memang sesuai digunakan golongan yang masih ada saraf penghubung antara retina dan otak. Kira alat ini bantu menarik dan menukar cahaya dalam bentuk isyarat elektrik sahaja. Kemudian alat ini ‘guna’ saraf semulajadi untuk hantar isyarat ke otak (Ward, 2021).

RUJUKAN:

Smith, M. (2022, Mac 11). Bionic eyes: How tech is replacing lost vision. Live Science.

Ward, C. (2021, Disember 4). Sheep with bionic eyes foreshadow human cyborgs. Syfy.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply